Rabu, 16 September 2009

PASTI KEDAH SUMBANG DUIT RAYA KEPADA IBU TUNGGAL ANAK ANAK YATIM PASTI

Jabatan PASTI Negeri Kedah dengan Kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah berjaya mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilftiri kepada Ibu Tunggal dan Anak Yatim yang terdiri daripada Guru PASTI dan anak-anak mereka.

Seramai 25 orang ibu tunggal Guru PASTI serta 75 anak-anak telah diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan pada 12 Sep 2009, Sabtu di Kompleks PAS Kedah. Sumbangan hasil tajaan syarikat korporat itu telah disampaikan oleh YB Ust Izzat Shauki, Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah dan Sdr Yusrin Zakri Adnan, Bendahari DPPNK.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Muhamad Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua Pemuda,Ust. Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, Ust Azam Abd Samat, Pengarah PASTI Negeri, Fadzil Baharum, Helmi Khalis, Ust Salim Mahmud, Ust Saiful Syazwan, Ust Mohamad Ismail, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Negeri, AJK Majlis Guru PASTI Kedah serta keluarga masing-masing.







Saranan koperasi SAR disambut baik

ALOR SETAR - Unit Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) menyambut baik cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang mencadangkan supaya Sekolah Agama Rakyat (SAR) menubuhkan koperasi bagi mencari dana sekolah itu.

Pengerusi HESA, Ahmad Yahya berkata, jawatankuasa HESA terdiri daripada pentadbir-pentadbir sekolah SAR bersetuju untuk membincangkan usul berkenaan yang pada anggapannya, dapat memanfaatkan banyak pihak.

“Jawatankuasa akan beri perhatian terhadap usul itu dan akan dibawa dalam mesyuarat untuk dibincangkan,” katanya ketika diminta mengulas saranan Azizan supaya SAR mempunyai koperasi sendiri sebagai saluran dana.

Ahmad yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah berkata, pihaknya akan menimbang baik buruk saranan itu bagi manfaat lebih 5,000 pelajar daripada 21 buah SAR, termasuk lebih 800 guru dan kaki tangan yang bernaung di bawah HESA.

“Kita memang tidak mendapat peruntukan kewangan daripada Pusat mahupun Kerajaan Negeri. Namun usaha Kerajaan Negeri yang mengagihkan RM600,000 kepada 21 buah SAR di bawah HESA sedikit sebanyak dapat melancarkan pentadbiran dan aktiviti sekolah,” katanya.

Menurutnya, sumbangan itu akan diagihkan mengikut keperluan dan bilangan pelajar bagi menghadapi perayaan akan datang, selain untuk melicinkan urusan pentadbiran.

“Sumbangan itu menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap sekolah ini yang tidak mempunyai sumber kewangan tetap. Walaupun ada pihak yang menghulurkan sumbangan, namun SAR masih memerlukan sumbangan berterusan bagi menjalankan operasinya. Diharap pihak korporat tidak meminggirkan SAR, terutama menjelang Aidilfitri ini,” katanya.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah menghubungi Unit HESA, di Madrasah At Taklimiah Al Khairiah, Kampung Tok Keling, Alor Setar.

Y.A.B Menteri Besar Kedah Lancarkan Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia


Alor Setar, 15 Sept. 2009 – Logo Kejohanan Badminton Remaja Dunia ‘Yonex Sunrise BWF World Junior Badminton Championship 2009’ telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Kejohanan yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim pada 22 Oktober 2009 sehingga 01 November 2009 itu bakal disertai oleh lebih 40 buah negara.

Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori antara pasukan yang mempertaruhkan Piala Suhandinata serta kategori individu yang menyaksikan rebutan bagi Piala Bimantara. Kejohanan yang bakal berlangsung selama 10 hari itu adalah anjuran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persatuan Badminton Kedah (KBA).

Upacara penyampaian hadiah dan piala kejohanan bakal disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah pada 26 Oktober bagi Piala Suhandinata dan 01 November bagi Piala Bimantara.

Kejohanan yang bakal disertai oleh jaguh handalan dunia seperti China dan Indonesia itu bakal disiarkan oleh stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai stesyen penyiar rasmi. Manakala Yonex, Sunrise Sports Sdn. Bhd. Dan 100 Plus bersetuju untuk menjadi penaja bagi kejohanan ini.

Disediakan oleh : Kedah Communication & Events Sdn. Bhd. (KCE)

Ahad, 13 September 2009

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons