Jumaat, 20 November 2009

Permohonan Penangguhan SPR Mengenai DUN Kota Siputeh Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) akan membuat keputusan Isnin ini berhubung permohonan penangguhan yang difailkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusannya pada 16 Nov yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebagai kosong.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menetapkan tarikh itu selepas mendengar penghujahan panjang lebar daripada Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, yang mewakili SPR, dan Sulaiman Abdullah, peguam bagi Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

SPR memfailkan permohonan itu pada 17 Nov selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sharif bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri persidangan DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.

Pada 1 Sept, Dr Abdul Isa memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam persidangan DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan Adun kawasan berkenaan.

Di samping permohonan penangguhan, SPR dan Abu Hassan turut memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam keputusan bersejarah itu, Alizatul Khair turut mengarahkan SPR supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi berkenaan.

Dalam penghujahannya, Kamaluddin memberitahu mahkamah bahawa jika permohonan penangguhan itu ditolak, ia akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil yang membabitkan banyak wang dan SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh sahaja.

"Ia merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan yang sangat besar kepada suruhanjaya berkenaan," tegas Kamaluddin.

Beliau menggesa mahkamah supaya menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu di mana terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.

Peguam bagi Abu Hassan, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang menyokong permohonan penangguhan oleh SPR, bersetuju dengan Kamaluddin bahawa terdapat kemungkinan komplikasi perundangan selanjutnya jika mahkamah menolak penangguhan itu.

"Jika seorang calon baru dipilih sebagai wakil rakyat untuk kerusi berkenaan, dan jika Abu Hassan menang dalam rayuannya, ini akan mengakibatkan persaingan tuntutan oleh dua wakil rakyat untuk satu kerusi," kata Mohd Hafarizam.

Sulaiman pula berhujah bahawa mahkamah tidak seharusnya membenarkan permohonan penangguhan itu memandangkan keputusan itu dibuat oleh beliau (Hakim Alizatul Khair) sendiri.

Beliau berkata perkara itu membabitkan interpretasi perlembagaan di mana kerusi terbabit telah pun diisytihar kosong.

"Penangguhan perintah mahkamah itu sendiri beberapa hari selepas perintah dibuat bukan merupakan kepentingan awam," hujah Sulaiman.

Beliau berkata SPR gagal menunjukkan keadaan khas untuk membolehkan penangguhan itu dibenarkan dan mahkamah seharusnya menolak permohonan itu.

-- BERNAMA

50 ORANG TERPENGARUH DIDUNIA, TAHNIAH KEPADA TOK GURU NIK AZIZ



KUALA LUMPUR, 20 Nov: PAS mendapat penghormatan dunia Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah disenaraikan antara '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.
Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
 

CERAMAH PERDANA 24 TAHUN MEMALI DIHADIRI RIBUAN MANUSIA

Semalam berjaya diadakan Ceramah Perdana 24 Tahun Memali di  Madrasah Islahiah Diniah , Kg. Memali. 

Ceramah telah sampaikan oleh Hj Mohamad Sabu, Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ust Azman Shafawi, Ust Ahmad Yahya dan Yb Yusuf Husin.
Dataran Madrasah penuh sesak dengan hadirin hingga melimpah ke jalan raya. Ceramah yang disampaikan begitu bersemangat dan menyentuh semangat perjuangan dan jihad. Sudah lama kita tidak mendengar ceramah tentang perjuangan sejak akhir-akhir ini. Ceramah yang disampaikan oleh pimpinan seperti kita berada di era 80-an dan 90-an yang menyentuh perjuagan parti.

Sebelum itu Solat hajat dan bacaan yasin dan tahlil telah diadakan selepas solat maghrib dipimpin oleh Tuan Guru Hj Salleh Musa.


pada jam 5.00 petang Konvoi pemuda Kedah telah bertolak dari Pusara Syuhada ,Parit Panjang ke Memali yang melibatkan 100 buah motosikal. Turut sert dalam konvoi tersebut Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda Negeri Kedah , YB Johari Abdullah, Exco DPPNK, AJK DPP kawasan dan pemuda kawasan Baling. Mereka juga telah menziarahi makam syuhada dan membaca doa' di Pusara Syuhada.

Rabu, 18 November 2009

KERAJAAN KEDAH GARIS 4 STRATEGI UNTUK MELAKSANAKAN BAJET 2010

YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak ,Menteri Besar Kedah telah telah menggariskan 4 strategi untuk melaksanakan bajet 2010 seperti untuk meningkatkan pendapatan rakyat berikut:-

1. MERANGSANG PERTUMBUHAN EKONOMI BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN RAKYAT

    i. Kedah akan dimajukan sebagai sebuah negeri pengeluar makanan yang utama kerana mempunyai sumber tanah yang luas dan subur.

    ii. Bajet 2010 memperuntukkan sebanyak RM 12,500,030 kepada Jabatan Pertanian dengan pertambahan 1 juta bagi melaksanakan pelbagai projek membantu petani menambah keluasan kawasan tanaman dan meningkatkan hasil pengeluaran padi,jagung,nanas dan sayuran.

   iii. Memperkenalkan polisi bahawa tanah pertanian akan dikekakan untuk maksud pertanian sahaja.
    iv Jabatan Perkhidmatan Veterinar diperuntukkan sebanyak RM 4.5 juta . Daripada jumlah itu, sebanyak RM 2.5 juta akan dibelanjakan untuk membeli baka lembu, kambing, bebiri dan kerbau kepada penternak secara pawah nagi meningkatka populasi ternakan di Kedah, meningkatkan pendapatan penternak serta bekalan daging dan susu.

    v. Sejumlah RM 10.95 juta disediakan bagi peningkatan prasarana pertanian khususnya kemudahan pengairan dan saliran di kawasan Skim JPS dan luar SKIm JPS. Langkah ini memberi kemudahan pemngairan kepada pesawah di akwasan berikut:-
             (a) Skim Pengairan Kurung Hitam dan Lembah Bata
             (B) Skim Pengairan Sidam Kanan
             (c) Skim Pengairan Bandar Baharu

    vi. Kerajaan Negeri menyediakan RM 0.3 juta kepada Jabatan Pengairan dan saliran untuk projek mendalamkan dan melebarkan muara sungai bagi kemudahan laluan dan pendaratan bot-bot nelayan. Muara sungai yang terlibat ialah :-
  (a) Kuala Tebengau
  (b) Kuala Sala
  (c) Kuala Sungai Udang
  (d) Muara Sungai Limau
  (e) Kuala Sungai Yan
  (f) Muara Sungai Meriam
  (g) Muara Sungai Simpor
  (h) Muara Sungai Ban Merbok
  (i) Sungai Temoyong

   vii. Meningkatkan peluang kepada peniaga-peniaga kecil mengembangkan perniagaan dikawasan bandar. Peniaga-peiaga sedia ada yang menjalankan perniagaan di pasar malam atau tepi jalan akan ditawarkan berniaga digerai-gerai yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Sejumlah RM 5 juta disediakan bagi projek ini.

 viii. Program Merakyatkan  Akuakultur. Kerajaan akan menyediakan insentif atau modal awalan kepada ushawan tani tempatan untuk menceburi secara komersial ternakan ikan keli dan ikan talapia di negeri Kedah.

Selasa, 17 November 2009

SIDANG DUN KEDAH - YAB MENTERI BESAR KEDAH BENTANG BAJET 2010


YAB Dato' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak,Menteri Besar Kedah Darul Aman telah selesai membentang bajet 2010 bagi Negeri Kedah pada jam 3.00 petang tadi  dalam Sidang DUN Kedah 17 Nov 2009.

Antara intipati bajet tersebut ialah:

1. Meningkatkan kemasukkan pelancong  ke Kedah sebanyak 4 juta orang berbanding tahun 2008 seramai 3 juta orang.


2. Sebanyak RM 837,345,329 jumlah kelulusan pelaburan yang diterima oleh Kedah dan menduduki tempat kelima di malaysia selepas sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

3. Berjaya mengutip hasil sebanyak RM211.6 juta sehingga oktober 2001 dari anggaran hasil sebanyak RM 480 juta.

4. Kerajaan berjaya menampung kutipan hasil walaupun berlaku pengurangan hasil tanah kerana memberi rebat 50% pada tahun 2009 melalui peningkatan hasil dibidang- bidang berikut:-
  (a) Kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM 19 juta tahun 2009 kerana usaha penguatkuasaan dan pengurusan yang rapi oleh Pejabat tanah.

   (b) Kenaikan hasil balak daripada RM 8juta setahun sebelum ini kepada RM 35 juta pada tahun 209 kerana polisi atau dasar tender terbuka yang diamalkan Kerajaan Negeri.
    (c) Dividen atas sumbangan daripada 11 buah GLC kepada kerajaan Negeri sebanyak RM 30juta. Inilah pembayaran yang pertama kali diterima oleh Kerajaan Negeri selepas usaha-usaha penyusunan semula GLC berjaya meningkkatkan aktiviti dan keuntungan setiap GLC

5. Unit Perancangan Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan mengenai kedudukan sosio-ekonomi Negeri Kedah hasil bancian yang dibuat seperti berikut:-

(a) Kadar  kemiskinan telah berkurangan daripada 7% pada tahun 2004 kepada 3%

(b) Kadar kemiskinan tegar telah berkurangan daripada 1.3 % pada tahun 2004 kepada 0.3%.

(C) Pendapatan kasar bulanan isi rumah purata telah meningkat daripada RM2.126 pada tahun 2004 kepada RM2,408.

(d) Kadar pengganguran telah berkurangan daripada 3.8 % pada tahun 2004 kepada 3.3%

(e) Kadar pertumbuhan ekonomi Kedah hampir sama dengan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada tahun 2008, KDNK Kedah mencatatkan sebanyak 4.65, manakal KDNK Malaysia sebanyak 4.8 %

bersambung....

Isnin, 16 November 2009

MAHKAMAH ARAH PILIHANRAYA KECIL DI DUN KOTA SIPUTEH

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.
Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.
Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail   menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.
Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof,  berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.
Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.
"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.


Ahad, 15 November 2009

KEDAH JOHAN BOLA SEPAK TEMASYA SUKAN KELANTAN 2009

Pasukan Bola Sepak Kedah berjaya muncul johan perlawanan Bola sepak 6 sebelah di Temasya Sukan Kelantan 2009 pada 14 Nov 2009, mengalahkan pasukan dari Kelantan, Kota Bharu B di Stadium Sultan Muhammad ke Keiv, Kota Bharu. Mereka menang dengan sepakan penalti 2-0 selepas terikat seri 0-0 dalam perlawanan tersebut.Sementara untuk perlawanan pingpong pasukan kedah berjaya mendapat tempat ketiga. Untuk acara Takraw, Bandminton dan bola tampar pasukan kedah gagal untuk memenangi sebarang perlawanan.

Ini adalah Kontinjen Kedah yang pertrama dihantar oleh Urusetia Belia, Sukan, Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Kerajaan Negeri Kedah seramai 40 orang.Kontinjen di Ketuai oleh Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengarah Urusetia Belia dam Sukan Kerajaan Negeri Kedah.


Temasya Sukan Kelantan 2009 ini juga adalah julung kali diadakan oleh Urusetia Belia Kerajaan Negeri Kelantan. Penyertaan melibatkan semua Parlimen di Kelantan dan Negeri-negeri di semenanjung Malaysia. Antara Negeri yang menghantar kontinjen ialah Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons