Sabtu, 1 November 2008

ACARA-ACARA IHTIFAL PASTI





IHTIFAL UJIBAKAT PASTI MALAYSIA 2008 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH

Saksikan gambar -gambar menarik sepanjang ihtifal PASTI Malaysiakaa 2008 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Alor Star, Kedah

MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM 31 OKTOBER 2008







Saksikan gambar -gambar menarik sepanjang ihtifal PASTI Malaysiakaa 2008 yang diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Alor Star, Kedah

Jumaat, 31 Oktober 2008

MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN SARANAN PAKATAN RAKYAT UNTUK BELANJAWAN 2009

PENDAHULUAN
Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia.
Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini.
Terdapat keperluan mendesak bagi Ahli Dewan dari kedua-dua belah pihak untuk bertukar-tukar fikiran bagi merangka belanjawan yang lebih dipercayai serta rancangan yang lebih bertanggungjawab untuk mengurus dan membelanjakan perbendaharaan negara.
Parti pemerintah setakat ini telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu mendepani dialog sebegini. Pandangan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak dibahaskan dengan baik kerana kebanyakan Ahli Dewan Rakyat BN dan para Menterinya tidak menghadirkan diri di Dewan Rakyat. Ini mencerminkan sikap sombong dan ketidakprihatinan terhadap penderitaan rakyat yang hidup menderita akibat kesan dari situasi ekonomi yang tidak menentu.
Kami percaya kepada proses demokrasi dan berpegang teguh dengan janji kami kepada rakyat Malaysia. Kami mewakili kepentingan mereka dan akan berjuang bersungguh-sungguh untuk menentang korupsi dan kronisme yang telah menjadi sebab utama kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini. Kami akan melaksanakan tugas kami bagi mendesak kerajaan supaya bertanggungjawab dalam hal ini demi memastikan sumbangan para pembayar cukai dan kekayaan hasil semulajadi negara ini dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk rakyat dan masa depan negara ini.
3
SENARIO EKONOMI GLOBAL, CABARAN KEPADA MALAYSIA
1.
Ekonomi global kini berdepan ancaman kemelesetan berterusan dan berpanjangan. Terdapat tanda-tanda kegagalan sistem dalam kedua-dua pasaran kewangan serta ekonomi secara keseluruhannya apabila permintaan terhadap bahan asas dan barangan siap semakin menguncup seluruh dunia. Para cendekiawan percaya bahawa walaupun pasaran kewangan mungkin akan meningkat semula dalam masa terdekat, kesannya terhadap pembangunan ekonomi secara keseluruhannya akan berterusan.
2.
Dalam ekonomi global, tidak dapat tidak kesan daripada krisis akan dirasakan seluruh dunia dan di dalam ekonomi berorientasikan eksport seperti Malaysia negara ini perlu melakukan persediaan bagi menghadapi cabaran mendatang.
3.
Kini dalam suku terakhir tahun 2008 data yang ada seakan membuktikan apa yang telah dijangka pada awal tahun ini. Analisis mutakhir Malaysian Institute Economic Research menjangkakan pembangunan akan merencat ke 3.4% pada 2009 dan kemungkinan kemelesetan sebenar berlaku tahun depan perlu difikirkan secara serius. Ini mengesahkan jangkaan para pakar ekonomi antarabangsa dan juga di rantau ini ramalan kerajaan bahawa pertumbuhan negara sebanyak 5.4% boleh dikatakan terlalu optimistik.
4.
Sepanjang penguncupan ekonomi yang telah berlaku pada bulan September dan Oktober, kerajaan hari ini telah secara berterusan menafikan Malaysia akan terkesan walaupun kita sedang menghadapi inflasi tertinggi dalam masa dua dekad akibat kegagalan kerajaan menguruskan subsidi petroleum. Turut membimbangkan adalah aliran pengangguran dan Indeks Komposit BSKL yang menjunam di bawah aras 900 mata.
5.
Kenyataan oleh pihak kerajaan menunjukkan penafian berterusan terhadap realiti dan ini akan mencetuskan rasa selamat yang palsu di kalangan rakyat yang sepatutnya kini mengambil langkah sewajarnya bagi mendepani kesukaran mendatang. Strategi begini akhirnya akan memakan diri, dan menyebabkan negara ini dan kebanyakan dari rakyatnya dalam keadaan menderita.
6.
Belanjawan 2009 yang dicadangkan oleh kerajaan adalah tidak realistik dalam jangkaan pendapatan keseluruhan apabila harga komoditi telah jatuh secara dramatik. Paras perbelanjaan defisit akan semakin bertambah walaupun kami percaya kelompok sasaran untuk perbelanjaan tidak akan memberikan rangsangan secukupnya terhadap ekonomi dalam menghadapi kemungkinan kemelesetan.
4
7.
Tambahan pula pakar secara meluas telah mengkritik bajet ini yang dikatakan walaupun tidak menghukum perniagaan, tetapi pada masa yang sama tidak akan melakukan apa-apa untuk menggalakkan perniagaan. Rancangan ini tidak mempunyai inisiatif berkesan bagi menggalakkan perniagaan kecil mahupun besar, serta tidak mengandungi gagasan besar bagi memperbaiki daya saing Malaysia dalam menghadapi penguncupan ekonomi.
KEGAGALAN KERAJAAN BN DALAM MEMBERI REAKSI AWAL TERHADAP KRISIS PASARAN
8.
Kerajaan Malaysia berterusan menafikan bahawa negara akan terjejas teruk berikutan kemerosotan pasaran bermula sejak bulan September lalu. Para menteri sering menegaskan kepada umum bahawa asas ekonomi negara kita kukuh dan mampu untuk berhadapan dengan krisis kewangan global terkini. Ironinya hanya Malaysia yang percaya ianya kebal daripada kesan krisis tersebut. Mutakhir ini menteri kewangan mengakui hakikat bahawa Malaysia akan terkesan dari kemelesetan global dan telah menyatakan unjuran KDNK akan diturunkan. Kendatipun begitu beliau mengulangi kenyataan bahawa asas ekonomi masih kukuh dan tidak mungkin negara akan mengalami kemelesetan.
9.
Kegagalan menteri kewangan memahami bahaya situasi ini dapat dilihat dari kemiskinan inisiatif untuk menyemak semula Belanjawan 2009 sebagai reaksi kepada realiti baru pasaran. Apa yang membimbangkan ialah keyakinan beliau bahawa negara ini mampu menanggung peningkatan belanja pengurusan yang besar meskipun pendapatan negara dijangka berkurang.
10.
Kegagalan menanggapi bahaya krisis kewangan global yang akan dihadapi rakyat Malaysia pada tahun 2009 dicerminkan melalui dasar-dasar yang tidak logik, haru-biru dan tidak menentu.
11.
Cadangan menteri kewangan untuk menyuntik RM5 Billion kepada Valuecap Sdn. Bhd. tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Suntikan 1% ekuiti ke dalam Bursa Malaysia tidak akan memberi sebarang kesan baik kepada pasaran saham. Penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk sebuah
5
12.
Pengumuman Menteri Kewangan untuk memulihkan persekitaran pelaburan amat kabur. Sebarang program pemulihan persekitaran pelaburan hanya boleh dicapai dengan mengambil langkah positif untuk meyakinkan pelabur luar dengan memastikan polisi berkaitan hak pemilikan ekuiti pelabur, perlaksanaan kontrak, kebebasan kehakiman dan profesionalisme sistem pendakwaan dan penguatkuasaan undang-undang. Langkah yang bercelaru tidak akan mampu untuk menghalang aliran keluar pelaburan dari Malaysia yang sudah pun mencecah angka RM125 billion pada tahun 2008.
CADANGAN PERUNTUKAN BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT
13.
Untuk tahun 2009, Pakatan Rakyat menjangkakan pengurangan dalam pendapatan kerajaan sebanyak 11% kepada lebih kurang RM157 bilion berbanding anggaran BN sebanyak RM176 bilion, yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi dan kemerosotan KDNK akibat kemelesetan global.
14.
Dalam membuat anggaran pendapatan untuk tahun 2009, kami berdasarkan harga komoditi utama:
a)
harga minyak mentah (tapis blend) USD80/barrel
b)
harga sawit mentah RM1,700/ton
15.
Untuk memastikan tanggungjawab fiskal, kami mencadangkan pengurangan 15.5% dalam perbelanjaan mengurus daripada cadangan BN sebanyak RM154 bilion kepada RM130 bilion. Peningkatan 20% dalam perbelanjaan kerajaan seperti yang dicadangkan BN adalah tidak mapan memandangkan kemerosotan pendapatan dan tidak mencerminkan sikap berjimat-cermat ketika negara berhadapan dengan kesukaran ekonomi. Peningkatan mengejut dalam belanjawan kerajaan adalah tanda-tanda pembaziran dan ketidakcekapan. Kita tidak akan mengurangkan gaji. Kita juga menjangkakan penjimatan besar sekitar RM10 bilion dengan mengurangkan rasuah dan melaksanakan tender terbuka untuk perolehan kerajaan.
16.
Malaysia telah melaksanakan belanjawan defisit selama 11 tahun berturut-turut di bawah pemerintahan Barisan Nasional. Trend ini akan berterusan pada tahun 2009 untuk mengekalkan aktiviti ekonomi ketika era penguncupan ekonomi walaupun Pakatan Rakyat percaya 6
17.
Walaupun kami akan mengurangkan jumlah perbelanjaan kerajaan untuk memastikan defisit belanjawan berada dalam lingkungan yang dapat diterima kami masih mencadangkan belanjawan rangsangan dan akan memperuntukkan perbelanjaan daripada peruntukan operasi kerajaan kepada projek pembangunan, yang kami percaya memiliki kesan berganda yang tertinggi dalam keseluruhan ekonomi.
18.
Pengurangan dan peruntukan semula dalam perbelanjaan akan diperkenalkan:
Perbelanjaan Mengurus:
Perbekalan dan perkhidmatan dikurangkan daripada RM26.5 bilion kepada RM18 bilion dengan menghapuskan pembaziran tanpa menjejaskan usaha menyokong perbekalan produk tempatan. Pengurangan ini adalah konsisten dengan kadar peruntukan pada tahun 2005.
19.
Kami telah memilih pendidikan, pengangkutan awam dan perumahan sebagai sektor yang akan memperlihan peningkatan besar dalam perbelanjaan pembangunan kerana kami percaya ia mampu memberikan pulangan dengan cepat dengan lebih banyak kesan berganda dalam usaha memperkuatkan ekonomi pada tahun 2009.
20.
Kami juga akan mempercepatkan bayaran kerajaan kepada kontraktor untuk mengurangkan masalah aliran tunai mereka. Pengurangan masa pusing balik akan mempercepatkan pengedaran wang tunai.
PENDIDIKAN – MELABUR DALAM MODAL INSAN
21.
Kami mencadangkan peningkatan besar dalam peruntukan untuk pendidikan daripada RM8.4 bilion pada tahun 2008 kepada RM11.86 bilion pada tahun 2009. Peningkatan ini hampir RM2 bilion lebih banyak daripada yang dicadangkan Barisan Nasional.
22.
Pakatan Rakyat akan memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan untuk pendidikan bagi memastikan semua sekolah rendah dilengkapkan dengan kemudahan elektrik dan air bersih. Setakat tahun 2006, 10.1% atau 767 sekolah rendah dan 1.4% atau 28 sekolah menengah tidak memiliki bekalan elektrik yang konsisten. Sementara 20% sekolah rendah atau 1,517 dan 3.4% atau 68 buah sekolah menengah tidak mempunyai bekalan air bersih. Peruntukan ini akan membantu banyak sekolah di Sabah dan Sarawak.
23.
Selain itu, guru-guru akan diberikan peningkatan gaji purata 20 peratus bagi menarik kalangan yang terbaik untuk menyertai bidang perguruan. Langkah ini akan mengatasi masalah kekurangan guru dan meningkatkan kualiti guru-guru yang mempunyai tanggungjawab
7
besar mendidik anak-anak muda. Peningkatan skala gaji ini dijangka melibatkan kos sebanyak RM200 juta bagi 330,000 guru sekolah rendah dan menengah.
24.
Peruntukan khas sebanyak RM10 juta juga akan diberikan bagi menyelesaikan masalah buta huruf yang dihadapi 115,000 atau 7.7 peratus pelajar sekolah rendah.
25.
Kami percaya pelaburan yang lebih tinggi untuk R&D tempatan akan merangsang ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan menghasilkan kumpulan profesional dengan kemahiran yang diperlukan untuk berkhidmat di pasaran tempatan dan global. Perbelanjaan R&D ini perlu dihubungkan dengan sistem universiti tempatan bagi meningkatkan kualiti penyelidikan dalam sistem universiti dan membina kemampuan tempatan dalam inovasi dan keusahawanan.
26.
Institusi pendidikan menengah dan rendah akan diperbaiki dengan berbelanja untuk pengajar yang lebih berkelayakan, kemudahan penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik, dan peruntukan untuk menggalakkan penyelidikan dalam bidang pertumbuhan utama ekonomi termasuk teknologi, pertanian dan penghasilan tenaga bersih.
INISIATIF STRATEGIK PENGANGKUTAN AWAM
27.
Pakatan Rakyat menganggap infrastruktur pengangkutan awam merupakan kepentingan untuk pelaburan serta suatu penambahbaikan utama dalam meningkatkan kualiti hidup di bandaraya-bandaraya dan kecekapan zon ekonomi utama. PR akan meningkatkan kualiti infrastruktur pengangkutan negara dengan mengoptimumkan perbelanjaan pembangunan sektor berkenaan dan menjimatkan kos dengan mempastikan tender terbuka bagi kesemua projek infrastruktur.
28.
Kesesakan lalulintas telah menjadi masalah utama di kawasan bandar yang sesak – Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Satu pelan dasar bagi jaringan landasan “Lingkaran Lembah Klang” akan turut dibangunkan bagi memperbaiki jaringan antara bandar kecil, melepasi kesesakan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Kita percaya Lingkaran Tengah Luar Pulau Pinang adalah projek penting untuk mengurangkan kesesakan lalulintas dan merangsang ekonomi Pulau Pinang.
29.
Kami mencadangkan peningkatan besar dalam pembiayaan untuk bas antara bandar di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching sebagai satu langkah penting dalam menjawab masalah kemiskinan / ketidakwujudan perkhidmatan landasan dan kesesakan trafik.
30.
PR juga mendokong polisi untuk memperkukuh dan mewujudkan jaringan pengangkutan awam seluruh negara dengan cara menghubungkan semula bandaraya ‘lama’ seperti Ipoh, Seremban,
8
Melaka dan Alor Star dengan perkhidmatan keretapi yang pantas dan boleh diharapkan.
31.
Sebagai tambahan kita juga akan menghubungkan Pantai Timur dan Pantai Barat dengan jaringan keretapi.
MENYOKONG PEMILIKAN PERUMAHAN
32.
Sektor pembinaan memiliki jaringan dalam dan luar melibatkan 150 sub-sektor dalam ekonomi – daripada pembinaan bangunan, pengeluaran material bangunan, hartanah, kredit dan kewangan, perkhidmatan perdagangan dan bahan binaan, pengubahsuaian, khidmat perundingan dan sebagainya. Kami memperuntukkan tambahan sejumlah Rm1 billion untuk pembangunan perumahan, lebih daripada dua kali ganda yang ditawarkan kerajaan dalam belanjawan 2009.
33.
Sebagai tambahan untuk menyokong pembangunan infrastruktur yang penting, Pakatan Rakyat akan menyediakan sejumlah peruntukan yang cukup untuk perbelanjaan projek perumahan bagi menjana pertumbuhan dan menekankan keperluan kritikal untuk perumahan terutamanya bagi Rakyat kelas pertengahan dan berpendapatan rendah.
34.
Lebih banyak perumahan kos rendah dan sederhana akan dibina dengan penilaian semula harga siling untuk perumahan kos rendah dengan perhitungan kos material pembinaan semasa.
35.
Pakatan Rakyat akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk pembinaan bertujuan memastikan kontraktor kecil dan sederhana tidak menghadapi masalah aliran tunai yang terhad.
36.
Pakatan Rakyat juga akan memastikan pembekalan berterusan material pembinaan dengan mengubah halangan perdagangan untuk meningkatkan pembekalan dan pengeluaran dalam negara. Ini termasuk memudahkan permit import, kuota dan lesen serta birokrasi untuk membantu perkhidmatan dan perdagangan. Ini akan membantu pengurangan kos material bangunan, yang bukan saja meningkatkan kos dalam sector perumahan tetapi juga melengahkan perlaksanaan projek awam dan swasta.
37.
Inflasi yang tinggi dan peningkatan pengangguran meletakkan tekanan kepada pemilik perumahan dan kemungkinan peningkatan pajakan tidak berbayar. Ini adalah sesuatu yang buruk kepada Rakyat dan memberi kesan yang signifikan kepada ekonomi. Pada tahun 2009 kami akan mengagihkan dana untuk menolong mereka yang layak dan berkemampuan meminjam serta kumpulan kelas menengah untuk kekal membayar pinjaman dan mendorong pemberi pinjaman menilai semula pajakan agar lebih mampu dibayar.
9
MEMERANGI JENAYAH DAN MENJAMIN KESELAMATAN
38.
Pakatan Rakyat bimbang dengan kadar jenayah yang tinggi dan mengakibatkan keselamatan rakyat yang terancam. Kami bercadang untuk memperuntukkan sebanyak RM 3.5 billion dari perbelanjaan pembangunan bagi menjamin keselamatan negara ini. Kami juga bercadang mengurangkan perbelanjaan pertahanan bersifat mega seperti pembeliaan kapal selam dan lebih menumpukan perbelanjaan untuk memerangi jenayah.
39.
Pakatan Rakyat akan melaksanakan beberapa inisiatif penting yang terkandung dalam Suruhanjaya DiRaja Pembaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis seperti memastikan 30% dari pegawai polis yang tertumpu di bahagian pentadbiran untuk disalurkan ke bahagian memerangi jenayah. Selain itu Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanyaja Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan kekosongan yang ada di bahagian pentadbiran akan diisi oleh orang awam dari sektor pegawai kerajaan. Ini pasti meningkatkan keupayaan pasukan polis untuk memerangi jenayah dan menjamin keselamatan rakyat negara ini.
SUMBER PENDAPATAN BARU DAN MASA DEPAN
40.
Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi dasar-dasar untuk menjana sumber pendapatan baru untuk mencegah kebergantungan melampau terhadap pendapatan daripada sumber asli. Sebagai contoh, hari ini kira-kira 70,000 AP dikeluarkan untuk kenderaan import. Kami mencadangkan AP ini dilelong kepada pembida tertinggi yang mahu mengimport kereta, dan proses ini dilaksanakan setiap bulan. Berdasarkan kepada anggaran harga pasaran RM25,000 setiap AP, lelongan ini akan memberikan pendapatan tambahan sebanyak RM1.75 bilion kepada perbendaharaan negara.
41.
Pakatan Rakyat mencadangkan cukai karbon sebanyak RM25 bagi setiap tan karbon dioksida atau yang bersamaan, dilaksanakan menjelang 2010. Cukai 5% untuk penggalian mineral dan keluaran hasil hutan juga dicadangkan untuk menggalakkan pengurusan alam sekitar yang berhemah. Cukai hijau juga akan dapat menampung kemerosotan dalam cukai pendapatan dan korporat serta membaiki reputasi Malaysia di mata dunia sebagai negara yang gigih melaksanakan dasar mesra alam.
42.
Rundingan semula kontrak yang menggalakkan monopoli seperti dengan konsesi tol dan pengeluar tenaga bebas bukan sahaja dapat mengurangkan kos semua perkhidmatan untuk rakyat, tetapi juga penjimatan besar buat kerajaan. Penjimatan ini akan dapat digunakan bagi subsidi silang untuk projek berkepentingan awam seperti
10
pembangunan sistem pengangkutan atau amalan pelaksanaan tenaga alternatif.
SARANAN UTAMA BELANJAWAN PAKATAN RAKYAT
43.
Pakatan Rakyat percaya dasar fiskal serta ekonomi negara ini mestilah berasaskan prinsip keadilan teragih dan cermat serta berusaha untuk memperbaiki keadaan rakyat Malaysia.
44.
Pakatan Rakyat sedar ekonomi global sedang bergolak, oleh itu perlunya langkah-langkah penstabilan dilaksanakan, juga merangsang permintaan domestik, agar pendapatan negara tidak terlalu bergantung kepada hasil petroleum, minyak sawit dan gas asli. Pakatan Rakyat juga bercadang untuk mengeratkan lagi hubungan dagangan di kalangan negara Asia lainnya, terutamanya dengan India, China dan Timur Tengah dan meneruskan usaha untuk menarik pelaburan asing.
45.
Melihat kepada kedudukan serta suasana ekonomi di luar yang tidak menentu, polisi seharusnya menumpukan untuk merekayasa semula strategi untuk memacu pertumbuhan negara samada untuk jangka masa pendek mahupun untuk jangka masa panjang, di samping memulihkan kembali sebarang kelemahan yang ada dalam ekonomi kita. Berikut adalah strategi dan langkah-langkah yang disarankan:
(i) memastikan kestabilan pasaran;
(ii) menyediakan jaring keselamatan sosial;
(iii)
memastikan harga domestik stabil;
(iv)
meningkatkan daya saing;
46.
Langkah yang diambil mestilah untuk memastikan polisi makro ekonomi yang dirangka akan menjamin persekitaran yang kondusif buat meransang pelaburan dan permintaan, di samping mengekalkan stabiliti pasaran kewangan.
LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KESTABILAN PASARAN KEWANGAN.
47.
Pakatan Rakyat menyedari asas ekonomi Malaysia adalah kuat berbanding tahun 1997 dan cabaran 10 tahun lalu adalah berlainan jika dibandingkan dengan keadaan sekarang. Walau bagaimanapun kesan krisis kewangan global memerlukan tindakan yang berhemah buat kita mengemudi negara ini keluar dari kemelut sekarang dengan jayanya. Kami menyarankan beberapa tindakan yang berikut:
48.
Kerajaan sewajarnya menjamin pendeposit di bank-bank.
11
49.
Keutamaan akan ditumpukan kepada kemudahan untuk meminjam dan institusi perbankan seharusnya bersama-sama dengan pelanggan mereka di saat yang sukar ini. Penjadualan semula pembayaran serta keanjalan di dalam membayar pinjaman akan membantu aliran tunai di sektor swasta.
50.
Mewujudkan satu bentuk koordinasi dengan negara-negara Asean serta pasaran kewangan global untuk memantau sebarang kejutan pasaran yang mampu mencetuskan pengaliran keluar modal ataupun perubahan mengejut kepada nilai matawang. Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia berkemampuan untuk melaksanakan sistem amaran awal bagi mengenal pasti corak negatif serta risiko yang mampu menggugat kestabilan dan keyakinan terhadap sistem kewangan.
51.
Meneliti perkembangan krisis subprima di Amerika Syarikat, institusi perbankan seharusnya mengukuhkan keupayaan penilaian kredit dan piawai kelayakan peminjam. Di antaranya, sentiasa menilai keupayaan pelanggan untuk membayar balik pinjaman serta memantau dengan dekat kualiti pinjaman yang diberi.
52.
Bank Negara Malaysia dan institusi perbankan lainnya seharusnya bekerjasama dengan lebih erat bagi memastikan pinjaman yang diberi secara berhemah. Ini boleh dicapai melalui program pendidikan serta kesedaran pelanggan, aliran maklumat yang lebih baik, perkhidmatan kewangan yang bermaklumat dan juga menyediakan perkhidmatan nasihat yang berasaskan perancangan kewangan terbaik.
53.
Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Pendaftar Syarikat mesti meningkatkan keupayaan pamantauan dan penguatkuasaan bagi menghalang sebarang pelanggaran undang-undang.
MENYEDIAKAN JARING KESELAMATAN SOSIAL
54.
Peruntukan kebajikan untuk warga yang mengalami masalah mendapatkan pekerjaan termasuklah golongan miskin di desa dan bandar dan mereka yang bergantung kepada kanak-kanak dan mereka yang kehilangan pekerjaan kerana proses pengurangan tenaga kerja.
55.
Pemotongan sementara untuk sumbangan pekerja kepada KWSP daripada 11% kepada 9% sebulan untuk tempoh satu tahun bagi meningkatkan pendapatan yang boleh dibelanjakan. Langkah ini akan
12
56.
Pemotongan atau penghapusan caj bagi perkhidmatan dalam pendidikan dan perkhidmatan kesihatan kerajaan.
57.
Pemotongan atau penghapusan bayaran lessen terutamanya untuk pasar dan pasar malam, dan apa sahaja yang dapat meringankan beban rakyat yang sedang mencari pekerjaan.
MENINGKATKAN PERBELANJAAN DALAM NEGARA DENGAN MENGAWAL INFLASI
58.
Kami akan mengurus tekanan inflasi dan mengawal anggaran inflasi melalui
i)
mengalihkan halangan perdagangan untuk meningkatkan penawaran dan pengeluaran dalam negara.
ii)
mengukuhkan rangkaian agihan dan penawaran.
iii)
mengurangkan cukai dan duti import bagi input yang digunakan untuk pengeluaran makanan, barangan akhir dan pertanian.
iv)
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga dan pengilang yang memanipulasi pasaran untuk memastikan keadilan dalam penetapan harga.
59.
Penurunan segera harga petrol berdasarkan rancangan yang digariskan, menyelamatkan dana daripada ketirisan dan bayaran besar kepada IPP untuk mengekalkan kapasiti simpanan tinggi yang tidak diperlukan.
60.
Kerajaan mesti mengamalkan mekanisme penetapan harga yang memberi lebih tindak balas kepada turun naik harga minyak di pasaran sambil memastikan mereka yang miskin dan terpinggir tidak mendapat kesan yang menyiksakan dari kenaikan mendadak harga petroleum.
61.
Berkenaan kawalan harga, wujud keperluan untuk menyemak mekanisme kawalan harga dalam konteks peningkatan kelancaran pasaran serta pengurangan gangguan harga.
13
DASAR PERSAINGAN KEBANGSAAN
62.
Kami mencadangkan Dasar Persaingan Kebangsaan dan akan mengambil langkah untuk mengurangkan ketidakadilan kuasa pasaran yang dikendalikan oleh monopoli ciptaan kerajaan.
63.
Pakatan Rakyat percaya dengan pengurangan cukai dan levi lain terhadap sektor perniagaan, dalam persekitaran yang sesuai, akan meningkatkan pelaburan dan mengakibatkan peningkatan kerja. Sebagai tambahan, cadangan Pakatan Rakyat akan berfokus kepada sektor penting untuk memaksimumkan kesan pengecualian cukai terhadap industri strategik bagi pertumbuhan dan pembangunan Malaysia.
i)
Pengecualian cukai untuk mereka yang membuat eksport pada tahap tertentu.
ii)
Pengecualian cukai bagi kecekapan guna tenaga dan operasi intensif pekera bagi membantu menyediakan insentif untuk syarikat beralih kepada kaedah pengeluaran yang lebih cekap menggunakan tenaga serta memastikan rakyat tidak kehilangan pekerjaan.
64.
Syarikat kecil dan sederhana merupakan 99% dari keseluruhan jumlah syarikat di negara ini. Walau bagaimanapun sumbangan syarikat-syarikat ini melalui cukai kepada negara telah mulai berkurangan akibat negara terlalu bergantung kepada hasil minyak dan gas.
65.
Kenaikan kos barangan mentah serta kenaikan harga minyak dan elektrik mengakibatkan banyak syarikat kecil dan sederhana mengalami kesukaran untuk terus bersaing.
66.
Untuk menjana semula sektor industri kecil dan sederhana serta membantu syarikat-syarikat di sektor tersebut, yang mana rakan-rakan mereka di negara-negara lain menikmati kelebihan cukai. Oleh itu Pakatan Rakyat mencadangkan kadar cukai diturunkan dari 20% kepada 18%.
67.
Tambahan lagi pengecualian cukai hanya dikenakan pada Rm 200 000 dan dicukai sebanyak 12%. Ini bermakna syarikat kecil dan sederhana yang mempunyai pendapatan RM 900 000 akan dikenakan cukai sebanyak 18%. Langkah ini akan memastikan syarikat kecil dan sederhana akan lebih berdaya saing dan menarik banyak syarikat kecil dan sederhana untuk memulakan perniagaan di Malaysia serta mencipta peluang pekerjaan.
68.
Apabila kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia 10 tahun lalu, ia berjanji untuk menyokong syarikat yang berstatus MSC. Walau bagaimanapun, kerajaan sebagai pelanggan terbesar dalam
14
69.
Oleh itu amat penting dalam belanjawan ini, syarikat berstatus MSC diberi keutamaan mendapat tender kerajaan yang berkaitan dengan teknologi maklumat.
TADBIR URUS, KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI
70.
Pakatan Rakyat komited dengan prinsip tadbir urus yang baik, ketelusan dan pertanggungjawaban. Kami percaya kerajaan yang wewenang dalam pentadbiran dan membazir dalam mengurus kewangan harus bertanggungjawab. Lebih buruk lagi adalah korupsi dan kronisme yang mengambil tempat dalam pentadbiran BN yang merugikan RM10billion duit rakyat setahun. Untuk mengakhiri amalan ini adalah dengan mengamalkan pentadbiran yang telus. Adalah amat penting belanjawan tahunan yang melebihi Rm150billion diikuti dengan beberapa langkah bagi memastikan dana awam diuruskan dengan baik dan bertanggungjawab.
MENGAWAL PERBELANJAAN KERAJAAN DALAM PROJEK MEGA:
71.
Dari segi sejarah, kerajaan BN mempunyai rekod buruk dalam pembaziran dan projek mega yang tidak mungkin dapat diwajarkan sekiranya dinilai dengan teliti. Selain daripada projek jambatan bengkok RM1.13 bilion yang dibatalkan, projek kabel bawah laut bernilai RM9 bilion dan kini ada pula cadangan untuk projek internet jalur lebar sebanyak RM15.2 bilion untuk menghubungkan 2.2 juta apa yang dipanggil premis berimpak ekonomi tinggi.
72.
Untuk mengelakkan kemungkinan projek mega yang tidak bertanggung jawab ini daripada membebankan orang ramai, Pakatan Rakyat mencadangkan, untuk tahun belanjawan ini dan baki tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan, agar kesemua projek mega yang kosnya melebihi RM1 bilion dinilai semula dari segi kebaikan sosio-ekonomi, kemampuan dan impak yang diingini untu pembangunan nasional dan peluang pekerjaan. Penilaian ini patut dilaksanakan dengan telus dengan penglibatan badan-badan profesional yang bebas dan mempunyai kredibiliti.
15
73.
Kepatuhan kepada standard penjimatan yang tinggi oleh Pakatan Rakyat – bermula dengan projek mega dan kemudian untuk semua projek baru akan menghalang dana awam daripaa dibazirkan atau dirampas oleh kroni politik BN. Ia juga akan membolehkan penjimatan untuk dialirkan kepada program-program yang membawa pulangan lebih besar kepada orang awam.
MEREFORMASI SISTEM TENDER AWAM
74.
Semua kontrak kerajaan mesti ditender secara terbuka, berdaya saing dan telus sama dengan dasar-dasar yang terbukti berkesan dan telah menyelamatkan jutaan wang pembayar cukai. Untuk mencapai matlamat ini langkah-langkah tersebut perlu dilaksanakan:
a)
Kesemua syarikat yang layak akan diberikan peluang sama rata untuk mendapat kontrak dan projek bekalan kepada kerajaan.
b)
Untuk mencegah gangguan kepada sistem semasa, dasar ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, bermula dengan projek atau kontrak bekalan bersaiz lebih RM10 juta pada tahun 2009.
c)
Selaras dengan cabaran yang dibawa oleh globalisasi dan bagi memenuhi komitmen antarabangsa kita kepada pasaran bebas, kesemua tender mestilah dibuat dengan berdaya saing, terbuka dan telus menjelang 2015.
75.
Kami mengunjurkan penjimatan kira-kira 10% dengan sistem tender baru dan penjimatan mutlak melebihi RM5 bilion setahun dan turut membawa kepada pembaikan kualiti dengan magnitud yang lebih besar.
16
MERUNDINGKAN SEMULA KONTRAK YANG TIDAK ADIL
76.
Dasar kerajaan Barisan Nasional yang menjamin konsesi tol lebuhraya dan pengeluar tenaga bebas (IPP) keuntungan besar dengan kontrak yang sangat tidak adil adalah kes paling jelas kegagalan kerajaan hari ini untuk melindungi kepentingan awam dengan tujuan memperkayakan sebahagian kecil rakyat Malaysia yang paling kaya dan pemilik perniagaan.
77.
Kesan dasar-dasar ini semakin dirasai hari ini dengan peningkatan kadar tol dan harga tenaga. Oleh itu adalah penting untuk kerajaan merundingkan semula kontrak-kontrak ini untuk melindungi kepentingan awam.
78.
Tidaklah mustahil untuk merundingkan semula jumlah subsidi dan keperluan kapasiti simpanan dan pada masa yang sama memastikan syarikat-syarikat ini dapat secara berterusan memperoleh untung yang munasabah dalam pasaran yang lebih berdaya saing.
17
KESIMPULAN
Belanjawan 2009 yang dibentang oleh kerajaan BN menzahirkan kelangsungan kegagalan polisi yang menyebabkan ketidakcekapan berpanjangan dan pembaziran dana awam berleluasa. Berbillion ringgit telah diperuntukkan untuk belanjawan 2009 tanpa alasan yang kukuh. Tanpa ketelusan dan pertanggungjawaban, berkemungkinan besar berbillion ringgit akan tiris dan mengalir ke dalam poket para kroni atau hilang akibat pembaziran dan ketidakcekapan.

hARGA MINYAK TURUN ESOK

Harga minyak akan turunj 15 sen esok.

MB Kedah Jelas Isu 50% Kuota Rumah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR STAR: Keputusan Kerajaan Negeri menaikkan peratusan kouta Bumiputera bagi pemilikan perumahan di negeri ini merupakan satu polisi kerajaan yang boleh dikaji semula dan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

Hal-ini sama sepertimana polisi-polisi lain yang ada di dalam negara ini termasuk kouta kemasukan ke universiti dan seumpamanya.

Menjelaskan kepada media perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Aman, lewat petang 29 Oktober baru-baru ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mahu semua pihak melihat perbezaan antara polisi kerajaan dengan enakmen.

Katanya, berbeza dengan polisi, sesuatu enakmen memerlukan kelulusan dari sidang Dewan Undangan Negeri.

Oleh itu ujarnya, tidak perlu ada kebimbangan kepada semua pihak bahkan Menteri Besar menegaskan Kerajaan Negeri juga tidak mahu mana-mana pihak teraniaya.

Beliau turut memberi jaminan kepada pemaju bahawa Kerajaan Negeri akan menetapkan mekanisme agar setiap unit rumah dapat dijual.

“Polisi 50 peratus ini berdasarkan antara tujuannya untuk keharmonian. Kita tidak mahu ada perbezaan ketara dari segi hak milik rakyat dalam negeri. Polisi seperti ini pernah dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk merapatkan jurang golongan berada dan tidak berada satu ketika dahulu,” katanya menerangkan.

Menurutnya, perumahan di Kedah adalah berdasarkan status tanah dan pembahagiannya berbeza antara setiap negeri di Malaysia. Beliau turut memberikan contoh pembahagian peratusan berbeza antara beberapa negeri yang dimaksudkannya.

“Di Kedah sebenarnya kita beri 50-50 untuk semua tanah yang berada dalam masalah swapping. Swapping ini maksudnya asalnya tanah itu Rizab Melayu, kemudian kita tukar jadikan milik bebas.

“Maka amalan sebelum ini bila ia jadi hak milik bebas, pembahagiannya jadi 70 peratus kepada bukan Bumiputera dan 30 peratus untuk Bumiputera. Jadi ini timbul tidak adil kerana asalnya tanah itu Tanah Rizab Melayu telah berlaku swapping, kerana itu kita beri 50 peratus,” terangnya memperincikan.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri turut melihat bahawa masih ramai Bumiputera di Kedah tidak mempunyai rumah. Memandangkan bilangan orang Melayu atau Bumiputera adalah 1.5 juta daripada 1.9 juta rakyat Kedah, maka menurutnya, wajarlah diimbangkan dengan polisi tersebut.

“Kita terima rungutan dari rakyat majoriti yang berhasrat untuk membeli rumah, tetapi rumah sudah dijual, kouta terlalu sedikit. Bila Bumiputera datang beli kata sold-out (habis) atau already booked (sudah ditempah), jadi kita terpaksa menaikkan peratusan ini,” maklumnya.

Malah menurut beliau, rata-rata rakyat tidak berkemampuan untuk memiliki rumah selama ini kerana harganya yang mahal. Oleh itu, katanya, tidak akan timbul rumah tidak dapat dijual jika harganya mampu dibeli.

“Saya sendiri tidak berani untuk beli rumah RM300,000, saya tiada duit. Wakil rakyat pun tidak berani beli rumah sampai RM400,000. Kalau dibuat rumah hingga RM400,000 memang pun ramai tidak mampu beli,” akuinya.

Melalui polisi, Kerajaan Negeri katanya boleh menetapkan supaya tanah di Kedah hanya dimiliki oleh penduduk negeri ini. Pun begitu jelas beliau, Kerajaan Negeri terbuka dan orang luar juga boleh membeli tanah di Kedah.

“Patutnya kita tetapkan untuk ‘Kedahan’ sahaja, ambil 02 punya IC (kad pengenalan) sahaja. Jadi (kesimpulannya) polisi ini ia boleh berubah. Bila keadaan sudah stabil, kita akan kembali biasa. Jadi bila sampai satu masa kita akan selaraskan dan imbangkan semula peratusan ini,” ujar beliau menyatakan jaminan.

Sementara itu, mengulas pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Naib Presiden MCA, Dato’ Liow Tiong Lai yang meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam, Ustaz Azizan melontarkan pandangan bahawa keadaan belum mengizinkan untuk perkara itu dilaksanakan.

“Ini bukan soal hapus tidak hapus, dulu peratus ini untuk membolehkan rakyat sama-sama syer pembagian ekonomi negara. Pasai apa tiada angin tiada ribut pergi sebut perkara ini? Mungkin dia hendakkan publisiti murahan sebab dia pimpinan baru.

“Saya tidak mahulah campurtangan rumahtangga mereka, tetapi dalam konteks saya sebagai rakyat dan kebetulan kita orang Melayu dan India agak terkebelakang penglibatan kita dalam ekonomi dan seumpamanya. Kita hendak menyenangkan semua orang, kita cuba untuk menyenangkan orang kepada haknya. Sepatutnya kita kena tolong-menolonglah dalam satu masyarakat,” katanya.

SEJARAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari
matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.
2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.
3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi
Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.
4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,
dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.
5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of
Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Khamis, 30 Oktober 2008

Ucapan Ustaz Taib Azzamudden Md Taib (MP PAS Baling) membahaskan Bajet 2009

Dikirim pada Oktober 24, 2008 oleh editor

Sesi Perbahasan bajet 2009
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi kesempatan dan peluang untuk dapat saya turut sama membahaskan Belanjawan 2009 pada sesi Parlimen kali ini, walaupun empat hari berusaha untuk mendapat peluang ini, hari inilah baru dapat, Alhamdulillah.

Saya akan mulai dengan melihat terus kepada tiga strategi khusus yang dikemukakan oleh bajet ini iaitu pertama sekali, menjamin kesejahteraan rakyat dan yang kedua, membangun modal insan yang berkualiti dan ketiga, memperkukuhkan daya tahan negara.

Secara umumnya saya yakin tiada siapa dapat menafikan bahawa tujuan tiga strategi khusus ini adalah baik untuk semua. Cuma sebelum saya pergi terus, saya ingin jugalah melahirkan rasa simpati kepada Yang Berhormat Rompin kerana daripada Menteri Kewangan II, Menteri Sains, dan sekarang ini nampaknya duduk di depan ini sahajalah, balik semula kepada back-bencher.

Dato’ Sri Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Biasa, biasa, itu semua biasa.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Biasa sahajalah. Dan yang kedua penghargaan terima kasih …

Tuan Yang di-Pertua: Inilah kadang-kadang menimbulkan kekecohan, yang main-main. Tolonglah elakkan perkara sebegitu. [Ketawa] Sila teruskan hujah.
Seorang Ahli: [Menyampuk]

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Yang kedua penghargaan juga saya kepada Yang Berhormat daripada Bagan. Hari semalam walaupun kita kenal dia belum Islam, tetapi dia telah pun dapat memahami antara lain apa yang dikemukakan dengan amar maaruf nahi mungkar. Dan kita percaya sebagai seorang Muslim, kita tidak harus lupa dengan apa yang telah disabdakan oleh Baginda Rasulullah, antara lain sabda Nabi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran].

Kalau semua kita dah abaikan dan kita alpa terhadap peranan amar maaruf nahi mungkar, maka kehidupan kita keseluruhannya akan diharamkan oleh Allah dengan keberkatan wahyu. Bertitik tolak daripada tiga strategi ini, maka saya ingin memulai perbahasan ini dengan apa yang telah pernah disarankan oleh Al Imam Al-Ghazali Hujatul Islam. Di mana Imam Al-Ghazali Hujatul Islam pernah menyarankan dengan kata-kata beliau, [Membaca sepotong ayat Al-Quran].

Dalam maksudnya ialah, “Rosaknya rakyat kerana rosak negara, rosaknya negara kerana rosaknya pihak yang berkuasa, rosak yang berkuasa adalah kerana rosak para pemimpin, rosaknya pemimpin adalah kerana rosaknya ulama”.

Kalau kita lihat dari segi apa yang telah disarankan oleh Imam Al-Ghazali Hujatul Islam ini, bermakna kita hari ini seluruh Ahli Dewan, apa kita boleh melihat dan menuding jari secara ke mana-mana pihak tetapi semua kita hendaklah bersama-sama menghayati apa yang telah disarankan oleh Imam Al-Ghazali ini.

Kesimpulan daripada apa yang telah dibawa oleh Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam menunjukkan bahawa apabila ulama rosak, maka rakyat akan musnah. Oleh itu ulama harus memainkan peranan untuk sama-sama mendukung kehendak ini demi yang kita hendak capainya ialah kesejahteraan rakyat keseluruhan. Ditekankan oleh Imam Al-Ghazali, ulama sini bukanlah semata-mata hanyalah kepada physically ulama dalam individu-individu berkenaan.

Akan tetapi yang lebih daripada itu ialah dalam saranan dan kandungan Islam itu sendiri yang dimandatkan oleh Allah SWT untuk ulama itu sampaikan. Sebab itulah maka Sayidina Ali ibni Abi Talib telah mengatakan bahawa [Bercakap dalam bahasa Arab]. Maksudnya kalau tidak kerana ulama manusia akan jadi sebagai haiwan.

Jadi bertitik tolak dari situ maka saya ingin menyentuh pertama sekali ialah sebenarnya manusia merupakan makhluk yang mempunyai iradat yang bebas dan entiti yang tersendiri. Iradat manusia dibatasi oleh kepentingan umum manakala entitinya tunduk di bawah kadar usahanya untuk mencapai kepentingan individu melalui pencapaian umum. Individu dalam masyarakat yang bebas mempunyai pandangan bagi menyesuaikan dengan kepentingan umum.

Cara pelaksanaannya bergantung kepada masyarakat ramai. Biar bagaimanapun tinggi kemanusiaan, namun ia terbatas kepada fitrahnya sahaja. Beberapa individu yang mungkin tiba di kemuncak dan merasa bahawa entiti dirinya tidak tercapai melainkan setelah mereka berkorban untuk kumpulan atau jemaah.

Akan tetapi mereka yang seumpamanya segelintirnya sahaja manakala majoriti adalah terbatas dengan kedudukan fitrah dan mereka tidak berupaya meminggirkannya. Tuan Yang di- Pertua, dalam soal kepimpinan, perbuatan menidakkan hak istimewa perseorangan dalam kepimpinan merupakan satu jenayah yang tebal. Ia memusnahkan tenaga manusia yang pada hal boleh digunakan oleh orang ramai jika ia diberikan peluang yang sesuai.

Dalam hal inilah Sayidina Umar Ibni Al-Khattab telah mencipta satu sistem pemerintahan negara dan menyelia pembentukan nilai-nilai murni dalam politik pemerintahan serta penyusunan masyarakat.

Saya petik ini dan saya bawa apa yang telah dilakukan oleh Sayidina Umar ini untuk sama-sama kita renung. Dalam suasana politik dalam negara kita ini yang terdiri daripada berbagai-bagai parti, berbagai-bagai bangsa, kita hendak lihat apakah kita berjaya membentuk suatu nilai-nilai murni dalam politik pemerintahan yang ada pada negara kita.

Ini semua ditegakkan di atas asas wujudnya ketokohan seseorang dalam kepemimpinan melebihi daripada faktor-faktor yang lain, kerana faktor-faktor yang lain itu akan runtuh. Dari segi ekonomi, dari segi apa akan turut runtuh. Apabila runtuh pentadbiran masyarakat dan negara kerana ditadbirkan
oleh tokoh-tokoh yang rapuh personaliti.

Sebab itulah kita lihat Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun pemikiran bebas seseorang individu dalam masyarakat, seharusnya dibimbing dalam satu pentarbiahan atau didikan supaya dapat membina kemampuan untuk berfikir dengan pemikiran yang sihat.

Apabila alat pemikiran bebas seseorang individu itu menjadi lumpuh, akan lahirlah satu generasi yang tidak boleh menguruskan hal ehwal dirinya di mana pada ketika itu akan terdedah kepada manamana pihak yang hendak memanipulasikannya kerana ia tidak dapat berfikir. Malah tidak berupaya untuk berfikir. Di sini akan berlakulah keadaan di mana sistem itu tidak lagi boleh menjamin para pemerintahnya agar sentiasa baik.

Pemerintah akan turut kucar kacir kalaulah dalam keadaan yang demikian. Sementara individu dan masyarakatnya kehilangan kebebasan untuk berfikir dan kehilangan kemampuan untuk meneliti dan mengurus. Dalam hal ekonomi dan kewangan..

Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Minta laluan Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bukit Gantang minta laluan.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Dari?
Tuan Yang di-Pertua: Belakang, belakang.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Tidak berapa nampak.
Tuan Haji Roslan Shaharum [Bukit Gantang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Baling. Saya ingin minta penjelasan daripada Yang Berhormat Baling tentang ada satu kaedah fikah yang berbunyi… [Bercakap dalam Bahasa Arab]. Budaya dan cara hidup rakyat sebenarnya ditentukan oleh pemimpin. Jadi bagaimana pandangan Yang Berhormat Baling tentang fikah yang masyhur ini. Sila.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Memang tidak dapat siapa nafikan itu kerana bukan hanyalah satu kaedah fikah tetapi adalah satu saranan yang begitu cantik untuk kita lihat secara keseluruhannya. Tindak tanduk pemerintah adalah memberi kesan yang begitu hebat kepada rakyat di bawahnya.

Saya akan terus pergi Tuan Yang di-Pertua menyentuh dalam hal ekonomi dan kewangan. Mungkin di sana kita bertemu dengan pendapat atau sering orang berpendapat mengatakan bahawa pembahagian ekonomi sahaja sudah cukup untuk menjamin segala perkara berjalan dengan baik yang juga sekali gus melahirkan warganegara dan pemerintah yang baik.

Pendapat ini adalah pendapat yang memperlihatkan kecetekan pemikiran yang sekali gus bermakna mempersendakan jiwa manusia dan fitrah manusia yang tulen sebenarnya. Pemikiran yang cetek sebegini boleh membunuh entiti individu dan masyarakat dari segi kejiwaan dan juga pemikiran yang sekali gus akan menggantikannya dengan kebebasan haiwaniah yang paling rendah dan hina dengan dakwaan kononnya adalah untuk kepentingan masyarakat dan individu.

Inilah kita lihat di dunia hari ini apabila orang menerima bahawa penagihan ekonomi yang baik, kedudukan kewangan yang baik, maka akan menjadikan masyarakat dan negara itu stabil. Kita lupa kedudukan entiti individu. Akhir sekali manusia saling berebut maka siapa yang dapat akan merasa dia hebat. Maka yang tidak dapat dia akan terus berebut walaupun bukan haknya.

Keadaan inilah yang berlaku. Oleh itu sistem yang paling sesuai ialah sistem yang mengimbangi dorongan individu atas sifatnya sebagai orang perseorangan yang bebas dengan sifatnya sebagai seorang anggota dalam masyarakat. Demikian juga perseimbangan di antara satu generasi dengan kepentingan generasi yang akan muncul dalam lingkungan kemanusiaan yang syumul lagi mesra.

Inilah sebenarnya matlamat sistem Islam sebab itu perbelanjaan hari ini harus dilihat untuk kepentingan perbelanjaan generasi yang akan datang. Bukan apa yang kita dapat hari ini kita belanja terus dan kita guna terus tanpa melihat kepentingan generasi yang akan datang. Ini bercanggah dengan Islam.

Islam sebenarnya tidak mengetepikan individu, begitu juga Islam tidak mengetepikan masyarakat. Ia tidak bersikap keterlaluan dalam menghargai salah satunya atas perseorangan yang lain. Inilah terbentuknya masyarakat Islam sejak daripada zaman Nabi Muhammad SAW dan seterusnya.

Walaupun generasi yang pertama yang menentang apa yang telah dibawa oleh baginda Rasullah SAW ini dikenali dengan musyrikin. Musyrikin yang hati dan jiwa mereka disaluti kegelapan tersebut dengan cemas maka mereka bangun menentang apa yang telah dibawa oleh baginda Rasullah SAW lalu Allah SWT menegaskan kepada baginda Rasullah SAW dengan firman… [Membaca sepotong ayat al-Quran]

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat]

Kalau kita boleh rujuk dalam surah Ra’d ayat ke 17 bermaksud “Ada pun buih itu akan hilang lenyap hanyut terbuang. Manakala yang berfaedah kepada manusia akan tetap utuh, tegap di bumi”.

Tuan Yang di-Pertua dalam hal pemerintahan dan kewangan. Islam membentuk seluruh sistem berhubung dengan pemerintahan dan kewangan yang berasaskan kepada syariat Islam di mana kita tahu bahawa undang-undang Islam berbeza pada dasarnya daripada semua undangundang yang lain.

Undang-undang Islam tidak diadakan oleh satu golongan untuk kepentingannya bagi menentang kepentingan golongan yang lain atau oleh seseorang untuk menentang seseorang yang lain. Islam datang dari Allah SWT yang maha adil kepada seluruh umat manusia tanpa perbezaan antara sesama manusia melainkan pada ketakwaan. Inilah pengakuan terhadap realiti tidak hanya terhadap masyarakat Islam sahaja tetapi juga dalam setiap masyarakat di muka bumi.

Islam tidak menghalalkan seseorang untuk mempunyai hak kemanusiaan yang lebih daripada individu yang lain. Orang miskin yang termiskin di kalangan masyarakat tetap mempunyai hak kemanusiaan
yang dipunyai oleh orang kaya daripada yang terkaya.

Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini. Apa yang berlaku kepada masyarakat terutama sekali di kawasan saya di Baling dan juga mungkin di kawasan-kawasan lain seperti Sik, Padang Terap juga di Kedah. Penoreh-penoreh getah menghadapi suasana yang cukup gawat sekarang daripada RM4 lebih harga getah satu kilo sekarang tinggal RM1. Minyak turun barang tidak turun.

Penduduk dan rakyat di kawasan Baling yang sebahagian besar adalah penoreh getah. Macam mana mampu mereka mahu hidup dalam keadaan yang sebegini? Apa yang kita boleh beli dengan RM1?
Barang yang ada hari ini. Di tokok tambah dengan suasana hujan. Kedah sekarang, Baling sekarang terutama sekali banjir.

Penoreh tidak boleh menoreh. Kita rasa pelik dalam jawapan dua hari lepas Menteri Kewangan II menjawab satu soalan yang dikemukakan kalau tidak silap saya oleh Yang Berhormat Wangsa Maju. Di mana RM5 bilion kerajaan sanggup suntik ke dalam syarikat Valuecap dengan alasan yang diberikan oleh Menteri Kewangan II mengatakan bahawa untuk mempertahankan pasaran saham. Disebabkan salah satunya ialah kerana Valuecap ini ditadbir dan diurus oleh orang-orang profesional.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bangun]
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Sebelum saya bagi Yang Berhormat Rompin, tunggu dulu. Saya tidak hendak komen suntik banyak mana. Tapi di samping kita suntik RM5 bilion untuk menjaga syarikat ini. Apakah kerajaan tidak mampu untuk suntik bagi harga getah itu stabil.

Dekat Rompin pun banyak getah. Boleh suntik. Kita tidak minta banyak kalau sana bagi RM5 bilion kalau sini dapat RM2 bilion atau RM1 bilion penoreh-penoreh getah seluruh negara mendapat manfaat. Saya ingin sebut Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Rompin berdiri tidak duduk lagi.

Baling ada pengalaman 1974, mereka sanggup keluar ke jalan-jalan raya apabila pada ketika itu kerajaan tidak mahu dengar rintihan rakyat. Saya bimbang kalau ini berlaku berpanjangan mungkin seminggu, dua minggu lagi wallahualam. Kalau penduduk daerah Baling, penduduk daerah Sik, penduduk di Padang Terap dan penoreh getah seluruh negara keluar di jalan-jalan raya kita jangan cuba salahkan mereka.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Jangan galakkan.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Tapi bukanlah saya galakkan. Tapi kita tidak dapat membendung. Mana keprihatinan kerajaan yang bajet prihatin. Yang Berhormat Rompin hendak tanya?

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Kepada Yang Berhormat Baling latar belakangnya orang agama tapi sudah nampak minat dalam bidang korporat. Mungkin ada buka perniagaan keluarga dalam bidang-bidang perniagaan. Kepakaran alhamdulillahlah.

Puji pun marahkah Yang Berhormat Indera Mahkota. Puji pun kena marah Tuan Yang di-Pertua. Puji godong pun marah sebab dia tok Imam dulu hendak puji sikit. Tapi saya hendak tanya Yang Berhormat yang RM5 bilion ini, adakah Yang Berhormat rela kalau syarikat-syarikat yang strategik negara kita kerana sekarang ini pemegang saham yang asing ini syarikat dia di kampung dia Amerika merudum.

AIG, JP Morgan, apa lagi? Semua, so dia terpaksa jual saham itu balik itu sebab itu saham kita jatuh. Bila saham kita jatuh, kalau kita tidak selamatkan syarikat ini yang kita punya, lama-lama yang datang pada Singapura, negara-negara lain akan beli. Adakah Yang Berhormat rela satu hari bangun syarikat besar kita dipunyai oleh orang luar.

Tapi saya tidak menolak tadi pandangan Yang Berhormat Baling bahawa sekarang bila harga getah turun, harga kelapa sawit turun kita kena balance mereka. Itu kita turun. Tunggulah lagi November keempat saya yakin kerajaan, dulu tidak ada masalah sebab harga tinggi.

Yang harga jatuh ini baru lagi. Dulu masa harga tinggi ini sama ada, kang kata Salahhuddin marah pula. Yang Berhormat Kubang Kerian senyap sahaja, Yang Berhormat Baling senyap sahaja bila harga rendah jadi juara sudah. Biasalah modal tidak ada ambil modal inilah.

Saya minta pandangan adakah Yang Berhormat sedar, tidak bimbang syarikat-syarikat kita ini jatuh oleh kerana pelabur luar lari habis lintang pukang. Kalau kita tidak pastikan ianya kekal dalam kuasa tangan kita rakyat Malaysia. Inilah sebenarnya tujuan RM5 bilion itu untuk membantu untuk memastikan hak kita terutamanya syarikat tadi tinggal kepada kita. Nanti beli tenaga elektrik, beli Telekom dari asing macam mana?

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Yang Berhormat Rompin, terima kasih. Ini masa pun yang diberi tidak banyak sangat. Saya tidak mempertikaikan secara membuta tuli dengan RM5 bilion. Tapi kita menyelamatkan orang yang biasa kenyang dengan kita selamatnya orang yang tengah merintih lapar. Kalau dari segi kaedah Islam mana aulawiyad? Kita persoalkan sekarang al-aulawiyad.

Sebab itu dalam konteks ini Islam pergi kepada al-fiqh, fiqh al-aulawiyad keutamaan. Dalam fiqh keutamaan ini dia dalam konteks pergi juga….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, minta tolong Yang Berhormat jangan berdialog dengan dia orang Yang Berhormat ya.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Saya cuba jelas. Jadi dalam fiqh alaulawiyad biarlah saya guna istilah begini supaya nanti Yang Berhormat Rompin boleh refer yang lain-lainlah.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang duduk itu boleh mendengar sahaja ya.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Bangun]
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Yang Berhormat Batu Pahat pasal banyak usrah mungkin sudah faham tapi kejap lagi. Jadi dalam kita hendak mengamalkan fiqh al aulawiyad kita kena melihat juga fiqul tajdid dan fiqul muazanat ini ada dalam Islam. Jadi saya mempertikai dan saya mempersoalkan ini ialah dalam konteks ilmu ini. Sebab kita namakan bajet ini bajet prihatin.

Kalau prihatin kepada syarikat besar apakah adil kita tidak prihatin dengan kesengsaraan rakyat? Jadi saya minta dua-dua prihatin. Okeylah tidak apa sahabat saya dekat sangat Yang Berhormat Batu Pahat kena bagilah.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebenarnya bersimpati dengan Yang Berhormat Baling dan sebenarnya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling itu perlu diberi perhatian. Saya setuju sebab Yang Berhormat Baling ini terlalu nostalgia kerana dahulu perjanjian Chin Peng dengan Tuanku Abdul Rahman di Baling.

Ini kerana peristiwa Baling lah Yang Berhormat Permatang Pauh kena ISA dan kerana itulah banyak dasar-dasar baru dilahirkan tetapi persoalan yang berbangkit di sini belanjawan prihatin ini perlu juga ada keseimbangan untuk menjaga pertumbuhan ekonomi.

Selain daripada kita membantu yang miskin dengan pelbagai perancangan yang dibuat oleh kerajaan dan cukup jelas usaha kerajaan untuk memastikan golongan berpendapatan rendah juga terbela. Maka sudah tentulah juga barangkali dalam perkara ini soal keutamaan itu juga harus dilihat kepada persoalan keseimbangan untuk menjaga pertumbuhan ekonomi. Apa pandangan Yang Berhormat Baling?

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Saya boleh setuju dengan pandangan Yang Berhormat Batu Pahat ini sebab yang itulah saya persoalkan tadi ialah seimbang kerana rakyat nampak kenapa yang ini boleh tolong sampai RM5 bilion. Yang mereka tak boleh tolong, misalnya.

Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: [Bangun]
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Itu yang kita minta dan harus dipertimbangkan. Cuma dengan kesempatan masa saya yang masih ada setengah jam lagikan?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ambillah selepas pukul 9.30 malam Yang Berhormat.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Kita lihat dari sudut itu tadi maka sebenarnya pemerintahan dalam Islam tidak mewakili satu golongan atau sesuatu keturunan mahupun juga puak tetapi ia adalah seseorang yang dipilih dengan sepakat kata dan penuh kerelaan bagi melaksanakan syariat Allah.

Pemerintah tidak mempunyai sebarang keistimewaan selain daripada mempunyai hak pengawasan dan penyeliaan. Manakala hak untuk mendengar, patuh adalah dipihak rakyat dan masyarakat selama mana pemerintah berada dalam batas syariat-syariat Allah.

Maka apabila pemimpin itu dan pemerintah terkeluar daripada batas-batas tersebut maka dalam Islam rakyat adalah gugur hak untuk taat dan patuh dan inilah yang kita bincangkan sekarang supaya kita mempunyai satu pemerintahan dan kerajaan yang masih berada di dalam lingkungan kewajipan untuk rakyat taat dan patuh.

Yang menjadi rukun asasi masyarakat dan juga penglibatan Islam ialah dalam soal kewangan dan ekonomi dan ini diakui oleh Islam. Kewangan atau ekonomi merupakan satu daripada rukun-rukun masyarakat yang asasi tanpanya entiti masyarakat tidak akan wujud.

Islam memperjuangkan keadilan sosial berdasarkan kepada perikemanusiaan yang syumul termasuklah pembahagian ekonomi negara. Ini sebagaimana kita maklum dalam Al-Quran Allah menekankan [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. Supaya hasil ekonomi dan kekayaan negara tidak hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya di kalangan kamu sahaja.

Jadi apabila terdapat keadilan sosial, ekonomi dan kemanusiaan akan terjalinlah hubungan sesama manusia di tengah-tengah masyarakat berasaskan kasih sayang, persaudaraan dan pertanggungjawaban bukan berasaskan perbalahan, permusuhan dan saling membenci.

Ketika itulah kerajaan atau pemerintah berhak mengambil mana-mana yang lebih dari kepunyaan yang berada untuk diagih kepada golongan fakir miskin yang berhak menerima bukan di atas pemberian tetapi di atas hak yang diserahkan oleh kerajaan kepada yang memerlukan.

Dengan ini menyebabkan kehormatan diri si miskin dan fakir tetap terpelihara tanpa merasa terhina dan rendah diri. Pemberian tidak semestinya berupa wang ringgit tetapi juga keperluan-keperluan seperti sekolah, hospital, tempat tinggal yang selesa, prasarana dan kemudahan-kemudahan yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Masa Yang Berhormat sudah habis sudah.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Untuk saya gulung Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tahu hari ini…
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Setengah minit sahaja. minta jasa baik Tuan Yang di-Pertua. Atas sebab itu dalam apa yang kita bincang tadi ini maka saya hendak simpulkan dengan satu ketika Sayidina Umar Ibnu Khatab keluar dari rumah maka dia bertemu dengan seorang Yahudi tua sedang meminta sedekah.

Maka Sayidina Umar bertemu dengan Yahudi tadi. Yahudi tua buta sedang minta sedekah. Jadi Sayidina Umar Ibnu Khatab bertanya kepada Yahudi ini kenapa kamu meminta sedekah. Maka Yahudi ini menjawab wahai Umar saya minta sedekah pertama sekali kerana saya hendak kena bayar cukai. Yang kedua kerana saya memerlukan makanan dan yang ketiga kerana saya buta dan tua.

Di atas keprihatinan khalifah pada ketika itu ketua pemerintah maka dia membawa Yahudi ini ke baitulmal dan memerintah kepada baitulmal kamu bantu orang tua Yahudi ini mengikut keperluan sepanjang hayatnya selagi hayatnya kerana masa dia muda kita menggunakan tenaganya. Masa dia tak sihat, masakan kita boleh membuang dia begitu sahaja.

Di atas sifat inilah kalau kita dapat memenuhi maka Bajet 2009 kalau kita…
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Satu minit sudah Yang Berhormat.
Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: …Dapat simpulkan kepada maksud ini baru kita boleh terima bahawa ini bajet prihatin. Kalau tidak saya rasa tinggal slogan sahajalah. Wallahualam, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

RUJUKAN: 23 Oktober 2008

Difailkan dalam: ADR Baling, Ucapan

BERITA KBS DALAM SINAR HARIAN

30 OKTOBER-

Dapatkan maklumat tentang KBS melalui akhbar Sinar Harian 30 Oktober 2008 halaman U2

Kelab Penyokong PAS Pendang Rai Deepavali

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


JENUN: Hari Deepavali yang disambut pada 27 Oktober lalu, dimeriahkan Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang dengan mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman setiausahanya, Encik Kunasegaree Anandan di Kilang Besar di sini.


Suasana muhibah ditonjolkan dengan kehadiran tetamu dari pelbagai kaum yang mendiami Daerah Pendang terdiri dari Melayu, Cina, India dan Siam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu utama iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Haji Mohd Hayati Othman.

Tetamu telah diraikan dengan hidangan berupa laksa Penang, bihun goreng, kekacang dan buah-buahan yang disediakan melalui katering dari PAS Kawasan Pendang.


Kelab turut menyediakan sumbangan untuk masyarakat India miskin di situ yang disampaikan oleh Dato’ Mohamed Taulan dan Dr Mohd Hayati.


Hadir sama Pegawai Daerah Pendang, Tuan Haji Harun Jasin; Setiausaha PAS Kawasan Pendang, Tuan Haji Mohd Sobri Awang; Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pendang, Dr Hajah Rahimah Sahit serta Ahli Majlis Daerah Pendang, Encik Ai Nin Din Num dan Encik Tan Heng Huak.

YB Kupang sampaikan sumbangan Deepavali

IZWAN ABDUL HALIM


KUALA KETIL: Sungguhpun Malaysia dibina dengan dokongan pelbagai kaum, namun realitinya politik perkauman yang menjadi teras pemerintahan negara ini telah memisahkan kehidupan setiap kaum kepada kelompok masing-masing.

Perkara itu jelas dapat dilihat di daerah kecil ini apabila masyarakat kaum Melayu dan Tionghua memiliki perkampungan sendiri manakala kaum India tinggal di estet-estet.


Pun begitu, tembok pemisah antara kaum itu kini telah runtuh sama sekali dan masyarakat pelbagai kaum telah memilih untuk hidup bersatu padu serta membina negara ini bersama.

Bahkan hubungan dijalin kian bertaut melahirkan rasa hormat, saling memahami, keharmonian, kemesraan dan kasih sayang sebagai sebuah keluarga baru yang besar.

Majlis Sumbangan Sempena Perayaan Deepavali di Pekan Tawar, di sini 24 Oktober lalu menggambarkan realiti baru kehidupan masyarakat tersebut.


Uniknya, sumbangan untuk kaum India itu dihulurkan oleh wakil rakyat Melayu iaitu Adun Kupang, YB Encik Johari Abdullah sedang majlis itu pula dilangsungkan di sebuah dewan Cina di dalam perkampungan kaum Tionghua.

Malah disamping 200 penerima sumbangan dari kaum India, masyarakat setempat dari kaum Tionghua dan Melayu turut hadir meraikan majlis itu.

Cahaya kegembiraan jelas kelihatan diwajah mereka lebih-lebih lagi kepada masyarakat kaum India yang bakal menyambut ‘Pesta Cahaya’ hinggakan mereka tiga kali bangun sambil memberi tepukan kepada YB Johari apabila pengerusi majlis mengimbas sokongan padu kaum India kepada PAS pada pilihan raya umum lalu.

Selain itu, mereka turut menyatakan penghargaan kepada YB Johari dengan mengalungkan bunga malai kepada beliau.

Sekatan Umno dorong mereka berpelajaran tinggi sertai PAS - Dr M

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Oct 29, 08 | 10:43:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Hrkh) - Tindakan Umno menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi menyebabkan mereka menyertai PAS, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Umno, kata beliau, seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi.

"Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan.

"Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya merupakan orang yang lebih berkaliber kerana takut akan kehilangan jawatan," mStar Online memetik bekas Presiden Umno itu berkata dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani.

Tambah beliau dengan menyekat kemasukan generasi muda yang berkelulusan tinggi, maka Umno akan kehilangan genarasi pelapis yang berdaya saing.

"Sebab itu kita lihat mereka (generasi muda) masuk PAS kerana Umno sendiri yang menyekat, kalau sekat kemasukan orang yang lebih berkaliber maka ini bermakna semakin lama semakin merosot," katanya.

Jelas bekas Presiden Umno itu, ahli Umno sendiri dilihat seolah-olah merelakan amalan yang tidak sihat diteruskan dalam parti.

"Sebab itu kita lihat tidak ramai yang berani untuk tonjolkan diri untuk (bertanding) jawatan yang sesuai dengan kebolehan mereka, kita tak ada banyak pilihan," katanya.

Ditanya mengapa Umno tidak menggunakan pemimpin muda untuk mengembalikan kegemilangannya, Mahathir berkata perkara tersebut mesti bermula dari pucuk pimpinan.

"Ini bermula dari atas, kalau yang di atas berkelakuan tak baik, maka segala desakan dan nasihat dari orang ini (pemimpin muda) tak akan dihiraukan oleh sesiapa...kita perlu orang yang ada kredibiliti, " katanya lagi.

Mahathir juga menolak dakwaan yang mengatakan lanskap politik di negara ini semakin berubah sebaliknya beranggapan perubahan yang berlaku terutamanya dalam pilihan raya yang lalu adalah disebabkan tanda protes pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya lanskap ini tak banyak berubah kerana pada tahun 2004 Barisan Nasional (BN) menang dengan begitu besar sekali tapi dalam tempoh hanya empat tahun ia seolah-olah berubah.

"Jadi apakah perubahan ini disebabkan oleh pemikiran baru tentang asas politik di Malaysia ataupun perubahan ini kerana perasaan tidak puas hati dengan kepimpinan yang ada?" katanya.

Beliau berpendapat perubahan ini berlaku kerana wujudnya perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan yang ada kerana ahli akar umbi tidak mempunyai peluang untuk menyatakan pandangan mereka.

"Dari segi pemikiran masih sama, tetapi mereka ambil peluang dalam pilihan raya untuk tunjukkan protes mereka," katanya._

Selasa, 28 Oktober 2008

Gambar MB Perak di Lahore Pakistan






MB Perak dalam Muktamar & Ijtima' Jamiat Islami di Lahore Pakistan.

Lahore, Pakistan


Muktamar Jamiat Islami yang sedang berlangsung mulai 24 - 27hb. November ini di Lahore Pakistan, dihadiri oleh kira-kira 500 ribu ahli dari seluruh Pakistan. Turut dijemput tokoh-tokoh gerakan Islam dari seluruh dunia.

Antara tetamu istimewa yang memenuhi undanagan ke muktamar tersebut ialah Dato' Presiden PAS Pusat. Tn Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Nizar ,

Setpol kepada MB Perak, Misbahul Munir turut mengiringi MB, dan juga Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak.

MB Perak selain Dato' Presiden diberi penghormatan menyampaikan ucapan di hadapan lebih kurang 1/2 juta ahli-ahli Jamiat islami dari seluruh Pakistan.

Dalam kesempatan berada di bumi Pakistan, MB Perak dan Dato' Presiden serta rombongan dari Malaysia diraikan oleh Dato' Bandar Lahore, juga dijadualkan bertemu dengan ahli-ahli perniagaan terkenal di Pakistan.

MB Perak, Nizar, turut meluangkan masa dengan berjalan-jalan di bazar awam untuk membeli belah dan sempat menjamu selera di tempat awam bersama rakyat Pakistan kelas bawahan.

Keadaan ini cukup mengejutkan pemimpin gerakan Islam yang lain, kerana tidak ada dalam dunia hari ini, pemimpin besar sanggup membeli belah di tempat-tempat awam melainkan di shoping kompleks yang exklusif.

Mereka juga terkejut MB Perak datang ke Pakistan tanpa pengawal-pengawal peribadi ataupun diiringi oleh pasukan keselamatan.

Mereka juga lebih terkejut bila diberitahu bahawa MB Perak menaiki pesawat kelas ekonomi ke Pakistan.

MB Perak telah menjadi tumpuan semua perwakilan gerakan Islam dunia. Ucapannya mendapat sambutan gemuruh oleh lebih 500 ribu rakyat yang berhimpun sejak 23hb lagi.

Apatah lagi apabila ucapannya di selang seli dgn bahasa Urdu.Laungan Takbir kedengaran mengiringi ucapannya.

Biliknya di hotel sentiasa dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin gerakan Islam dunia untuk bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.

Mereka terpesona bagaimana PAS sebagai kumpulan yang minoriti tetapi MBnya berjaya dilantik dari kalangan PAS.

Perbincangan lebih berkisar hubungan dua hala antara gerakan Islam Malaysia dgn gerakan Islam di tempat mereka dalam bidang kerjasama dakwah dan juga kerjasama ekonomi.

Posted by MisbahulMunir
Andai dapat mengumpulkan separuh daripada 500 ribu manusia…


Setpol MB, Misbahul Munir yang turut mengiringi MB Perak ke Lahore , Pakistan telah sempat membisikan harapannya kepada Pengerusi PKR negeri Perak yang ikut berkunjung kesana, Tn Hj Ismail Yusof dengan berkata," Kalaulah PAS dan PKR berjaya menghimpunkan separuh dari 500 ribu manusia di setiap perhimpunan ; pasti sudah lama BN bungkus!”

Dilaporkan lebih 500 ribu rakyat Pakistan berhimpun sejak 23hb sewaktu ljtima Jamae Am di Lahore, Pakistan dimana kehadiran Muslimatnya sahaja mencecah 80 ribu.

“ Ijtima yg diadakan cukup berdisiplin dimana dari awal mereka datang dan hanya apabila majlis berakhir barulah mereka bersurai. Mereka berhimpun bukan didewan yang nyaman, sebaliknya di padang yag luas dan dibumbungi oleh khemah-khemah. Peserta dan pemimpin semuanya tidur, makan dan solat di tempat Ijtima. Bukan dihotel-hotel,” jelas Misbah.

Mereka amat menghormati tetamu dan meladeni keperluan kami dengan cukup sempurna.

Kami , wakil-wakil gerakan Islam dunia telah ditempatkan di hotel dan apabila kami menawarkan diri untuk turut tidur di khemah, mereka menjawab, “ Kamu semua adalah tetamu kami, haram hukumnya jika kami tidak menghormati kamu,” kata mereka.

Agak malang sikit bagi kami kerana resolusi Ijtima tidak dapat diketahui kerana resolusi dan majlis penutup disampaikan dalam bahasa Urdu yang tidak diterjemah.
Posted by MisbahulMunir at 2:49 AM 1 comments
Penghormatan untuk MB Nizar semasa di Pakistan

MB Perak dan seluruh pemimpin gerakan Islam dunia turut diraikan oleh Ketua Menteri Negeri Punjab di kediaman rasmi beliau.

MB Perak diberi penghormatan menyampaikan ucapan mewakili semua tokoh-tokoh Islam yg lain.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan tahniah kepada Qadhi Husein (Amir jamiat Islami Pakistan) yang berjaya menganjurkan Ijtima Am dan Berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia.

Nizar mengajak supaya Islam dijadikan alternative yang terbaik bagi menerajui perubahan kea rah merealisasikan Islam.

“Pakistan yg majoriti rakyatnya beragama Islam mestilah menjadi penggerak serta pelopor ke arah itu, kerana Pakistan lah antara yang melahirkan tokoh-tokoh Islam bertaraf dunia seperti Maududi, Kursyid Ahmad dan sebagainya, dan Jamiat Islami juga lah yg berjaya mempengaruhi tertubuhnya gerakan Islam di tempat lain seperti Malaysia,” jelas Nizar dalam ucapannya.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons