Memaparkan catatan dengan label adun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adun. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2009

DPPNK BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG KENYATAAN AZIZ SHEIKH FADZIR DALAM SINAR HARIAN

Pada jam 10.30 pagi tadi Dewan Pemuda PAS telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Dato' Aziz Sheikh Fadzir dalam Akhbar Sinar Harian kelmarin. Laporan dibuat oleh Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar. Turut mengiringi beliau Ust MOhd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, YB Nasir Zakaria, Ketua Penerangan DPPNK dan Sdr Helmi Khalid, Exco DPPNK.

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA DARIPADA DPPNK

" Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan pilus terhadap Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Dato' Abd Aziz bin Sheikh fadzir berhubung kenyataan beliau dalam sebuah akhbar berkenaan ' ada lagi ADUN istihar Bebas', pada 6 September 2009.

Kenyataan itu juga turut menggugat keamanan dan keharmonian yang sentiasa dipelihara oleh pemimpin Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Kenyataan itu juga bagi berniat jahat untuk menafikan hak rakyat yang telah memilih seorang wakil dari parti yang dipercayai oleh mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sangsi, bagaimana seorang Ketua UMNO Bahagian mengetahui akan ada lagi Adun dari parti PKR dan PAS bakal mengishtiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Pemuda PAS Negeri Kedah juga memberi amaran keras kepada beliau agar tidak bermain api menuju kearah merosakkan perpaduan rakyat sepertimana yang pernah dilakukan beliau ketika menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia beberapa tahun lalu dengan mengadakan perhimpunan haram dihadapan Dewan Himpuan Cina Selangor. "


Ahmad bin Yahya
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah





Sabtu, 22 Ogos 2009

KENYATAAN MEDIA- DPPNK KESAL ADUN PONTENG SIDANG DUN


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) kesal dengan ketidakhadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) ke Sidang Dewan Undangan Negeri kerana mereka telah diberi kepercayaan membawa suara rakyat di dalam dewan.

“Secara umum kami tujukan sebagai nasihat kepada semua Adun dan secara khusus kami merujuk kepada ketidakhadiran Adun Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif dua kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Speaker Dun,” ujar Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya pada 20 Ogos lalu.

Katanya, tindakan Abu Hasan mengulangi perkara sama seolah-olah Adun tersebut memandang enteng amanah yang telah diberikan rakyat kepadanya apatah lagi Menteri Besar menegaskan bahawa Kerajaan dan Pembangkang sama-sama mentadbir negeri ini.

“Begitu juga dakwaan Abu Hasan bahawa beliau mempunyai alasan munasabah (tidak hadir Sidang Dun) sepatutnya tidak disusuli dengan tindakan yang tidak munasabah.

“Dengan kemudahan sistem komunikasi moden terkini dan tentunya beliau mempunyai pegawai-pegawai yang boleh membantunya, apakah beliau masih tidak mampu memberi makluman kepada Speaker atau Pegawai Dun?” soal Ahmad.

Ujarnya, DPPNK berbangga dengan keprihatinan ditunjukkan Speaker Dun Kedah, Dato’ Dr Abdul Isa Ismail terhadap kehadiran anggota dewan ke persidangan yang diadakan selain ketegasan, ketelusan dan penelitian beliau terhadap peraturan dan undang-undang Dun.

DPPNK katanya berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dapat membuat keputusan yang adil mengikut undang-undang bukannya seperti kejadian di mana SPR telah menafikan keputusan Speaker Dun Perak terhadap kekosongan Dun Changkat Jering dan Behrang sebelum ini.

Tegas Ahmad, Pemuda PAS Kedah bersedia untuk menghadapi satu lagi pilihan raya di negeri ini selepas Bukit Selambau dan kali ini membawa misi untuk merampas Dun Kota Siputeh daripada Umno-BN.

Malah beliau juga melontarkan nasihat buat para pengundi yang akan membuat pilihan pada Pilihan Raya Kecil N.11 Dun Permatang Pasir, Pulau Pinang agar membuat pilihan terbaik.

“Antaranya ialah kita pilih calon yang akan hadir mewakili kita ke Sidang Dewan bukannya Adun yang ponteng,” ujarnya mengakhiri kenyataan.

Khamis, 20 Ogos 2009

Adun Kota Siputeh tidak maklum kepada Speaker

Oleh Bashir Ishak

ALOR SETAR, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Dato' Abu Hasan Sarif tidak pernah memaklumkan kepada Speaker DUN, Dato' Dr. Abdul Isa Ismail atau pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tentang ketidakhadiran beliau ke sidang DUn yang diadakan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan sendiri tidak hadir pada Sidang Dewan pada 19 April sebelum itu bermakna dia tidak hadir dua kali bertutut-turut.

Menurut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan.

Demikian kata Speaker Dun Kedah, Datuk Abdul Isa dalam sidang medianya hari ini.

Menurut Dr Abdul Isa, Abu Hassan hanya memaklumkan perkara demikian kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Mahdzir Khalid melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, Abu Hassan memperolehi sijil cuti sakit dari sebuah klinik swasta di Jitra pada 9 hingga 10 Ogos dan dimaklumkan kepadanya melalui surat bertarikh 10 Ogos dan difakskan ke pejabat Speaker pada 12 Ogos.

"Sebaliknya, saya hanya mendapat makluman dari beliau melalui surat yang bertarikh 10 Ogos yakni sehari selepas sidang dewan dan difakskan pada 12 Ogos. Beliau sendiri hadir menyerahkan surat yang asal pada 16 Ogos.

"Yang peliknya, dalam surat beliau menyebut dia dia sakit, dia tak beritahu saya tapi dia hantar SMS kepada Ketua Pembangkang. Dia boleh hantar SMS kepada Mahdzir tapi tak boleh bagitau saya.

"Kalau saya tak ada pun, dia boleh menghubungi pejabat. Beliau bukannya orang baru tapi telah menjadi Adun selama empat penggal. Ketua Pembangkang juga tidak memaklumkan kepada saya,"jelasnya kepada pemberita dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di Wisma Darulaman di sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Abdul Isa menyatakan pada hari dewan bersidang, terdapat seorang lagi ahli dewan iaitu Suraya Yaakob (BN-Sungai Tiang) yang tidak hadir tetapi telah mengemukakan surat kebenaran untuk tidak menghadiri sidang kerana berada di luar negara.

"Saya telah meluluskannya dan juga membuat pengumuman semasa sidang dewan bermula. Bagaimanapun, Adun Kota Siputeh tidak mengemukakan sebarang surat. Perkara ini tak sepatutnya terjadi memandangkan dia adalah seorang Adun yang veteran.

"Begitu juga, setiap ahli dewan telahpun dibekalkan dengan satu salinan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Peraturan-peraturan Dewan yang seharusnya mereka baca dan fahami," ujarnya.

Selain itu, Dr Abdul Isa telahpun menghantar surat kepada Abu Hassan menjelaskan kesalahan yang telah dilakukannya selain menghantar surat makluman kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bertarikh 17 Ogos berkaitan kekosongan kerusi tersebut mengikut undang-undang yang ada.

"SPR juga telah memberi maklum-balas melalui surat bertarikh 19 Ogos menyatakan perkara ini telah dipanjangkan kepada SPR Pusat.

"Bagi perkara ini, saya berharap agar pihak SPR mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan," katanya lagi. _

SIDANG MEDIA SPEAKER DUN KEDAH KEDUDUKAN ADUN KOTA SEPUTEH

Speaker DUN Kedah YB Dato' Dr Abd Isa Ismail telah mengadakan sidang media berkenaan dengan kedudukan kerusi ADUN Kota Seputeh pada jam 10.00 pagi tadi.YB Dato' Abu Hasan Shariff yang didapati telah melangar peraturan Tubuh Kerajaan negeri Kedah Fasal 51 kerana tidak hadir sidang DUN sebanyak 2 kali berturut-turut tanpa kebenaran speaker. beliau tidak hadir pada sidang DUN 19 April dan 9 Ogos 2009 tanpa kebenaran speaker.

Sidang media diadakan di pejabat Speaker DUN kedah dan dihadiri oleh semua wartawan media cetak dan elektronik.

Pihak speaker telah menghantar surat makluman tentang kekosongan ini kepada pihak SPR Kedah pada 17 Ogos 2009 dan surat tersebut telah dipanjangkan kepada pihak SPR Putrajaya.

Mengikut Undang-Undang Tubuh kerajaan Negeri kedah fasal 51. yang berbunyi seperti berikut " If any member of the legislative Assembly is absent from the Assembly without leave of the speaker for two consecutive meetings his seat shall become vacant.

Dalam sidang tersebut Yb Dato' Dr Isa memaklumkan bahawa pihak ADUN tersebut telah menghantar surat kepada beliau bertarikh 10 Ogos 2009 dan di faks kepada beliau pada 12 Ogos 3 hari selepas sidang DUN dengan surat cuti sakit bertarikh 9 dan 10 Ogos 2009. ADUN Berkenaan telah datang sendiri berjumpa beliau bersama salinan surat yang asal pada 16 Ogos 2009.

Pihak beliau bergantung kepada SPR samada memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil atau tidak di DUN tersebut. Tetapi yang jelas kedudukan beliau dari segi undang-undang tubuh kerajaan negeri Kedah kerusi tersebut dikira kosong.

Turut hadir dalam sidang media ialah En. Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar MB Kedah, Pegawai-pegawai Khas Menetri Besar Kedah ,Ust Musoddak Ahmad, Ust Rosli Azmi, Yusrin



Surat ADUN kepada Speaker dan Surat Speaker kepada SPR


Speaker DUN Kedah tunjuk surat kepada SPR

Sabtu, 15 November 2008

Adun ketuai 12,000 di S'wak sertai PKR

Malaysiakini

Tony Thien | Nov 15, 08 10:25pm
Kira-kira 12,000 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

gabriel adit and keadilan pkrBorang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.

anwar visit sibu 151108 crowdAdit, 58, mendakwa beliau telah mengemukakan borang permohonan dari 6,000 penyokongnya malam ini untuk menyertai PKR.

Manakala 6,000 lagi permohonan baru dipercayai terdiri daripada bekas ahli-ahli PRS dan yang bukan ahli.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons