Isnin, 11 Januari 2010

HIMPUNAN SUKARELAWAN PEMUDA BERJAYA DILANCARKAN








Himpunan Sukarelawan Pemuda PAS Kedah telah sempurna dilancarkan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu. Majlis yang diadakan pada 9 Jan 2010 bertempat di Markaz PAS Pekan Kodiang telah berjaya menghimpun 1500 orang pemuda PAS seluruh Kedah. Majlis bermula dengan pendaftaran  peserta dari  jam 9.00 pagi  tamat jam 1.30 petang. Antara pimpinan yang berucap ialah Ust Azman Shafawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Ahmad Yahya, ketua Pemuda PAS Kedah, YB Ust Izzat Shauki, Pengarah Program, Ust Abu Kassim Abdullah, Pengerusi Tetap PAS. Bacaan Ikrar oleh Sukarelawan Pemuda PAS Kedah telah diketuai oleh Ust Osman Abd Hamid, Ketua Pemuda PAS Kawasan Baling. Sementara sebagai gimik pelancaran Hj Mohaamd Sabu telah menyerahkan streamer kempen Sukarelawan Pemuda PAS kepada semua wakil DPP Kawasan. Selepas jamuan tengahari semua sukarelawan telah dihantar ke 17 UPU dalam DUN Kota Siputeh untuk mengedar risalah penerangan Kerajaan negeri Kedah.

Selain sukarelawan yang hadir, orang ramai juga turut memenuhi tempat program bagi mendengar ucapan pimpinan PAS. Semoga dengan program ini akan menyemarakkan semangat Pemuda PAS Kedah untuk mempertahan kemenangan.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons