Jumaat, 20 Jun 2008

MB lawat sekolah terbakar

Izwan Abdul Halim
Fri | Jun 20, 08 | 11:07:02 am MYT


ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Atas dasar keprihatinan, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak tengah hari semalam melawat Sekolah Kebangsaan Suka Menanti yang terbakar biarpun dikatakan wujud larangan supaya Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat daripada memasuki premis sekolah.

Malah ada cakap-cakap mengatakan wujud juga larangan gambar beliau digantung di sekolah-sekolah.

Jelas kelihatan juga, para guru dan kakitangan sekolah seakan bimbang untuk mendekati beliau. Masing-masing sekadar memerhatian daripada jauh, hanya Guru Besar, Kasim Ali yang seolah-olah terpaksa menyambut kehadiran beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam tadi, sebuah bilik pejabat, bilik mesyuarat, kelas dan stor musnah terbakar. Pihak bomba yang hadir 20 minit kemudian berjaya memadam kebakaran dalam masa satu jam.

Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas. Bagaimanapun, jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pada lawatannya itu, Ustaz Azizan melahirkan harapan agar Kerajaan Pusat mempercepatkan bantuan kepada sekolah berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran merupakan kementerian kedua menerima peruntukan besar selepas Kementerian Pertahanan.

Ujarnya, semakan ke atas bangunan lama juga perlu dilakuan khususnya pada pendawaian elektrik.

Penggunaan elektrik di sekolah-sekolah masa kini juga, menurut Ustaz Azizan berlaku penggunaan secara 'overloaded' dengan kewujudan makmal komputer dan seumpamanya.

"Ini memang peraturannya, selepas 15 tahun kena semak semula pendawaiannya," ujarnya.

Jelas dilihat ketika lawatan Ustaz Azizan itu, guru-guru tidak berani tampil untuk bersua dengannya.

Masing-masing sekadar memerhatian daripada jauh kecuali Guru Besar, Kasim Ali yang seolah-olah terpaksa menyambut kehadiran beliau.

Turut melawat sekolah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh dan Ustazah Siti Ashah Ghazali. - mns_

MB Kedah bidas TV3 siar berita fitnah

Izwan Abdul Halim
Thu | Jun 19, 08 | 5:18:17 pm MYT


ALOR STAR, 19 Jun (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah semalam melahirkan rasa kekesalan di atas laporan berita yang disiarkan oleh oleh TV3 kelmarin.

Berkata kepada media selepas mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan semalam, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan rasa kesal Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terhadap fitnah yang dibuat oleh TV3 itu.

Sedangkan, menurut Ustaz Azizan, pihak Kerajaan Negeri telah memberi layanan yang baik dan menghormati semua media massa.

Oleh itu, beliau meminta media massa menghormati etika kewartawanan dan profesionalisme mereka.

"Kerana zaman kita zaman orang maju, orang bertamadun, jangan buat lagi kerja-kerja yang primitif, kerja-kerja yang tidak bertamadun.

"Kita bersedia menjawab apa-apa soalan dan bertanggung jawab dengan tindakan kita. Kita sedia untuk dikritik, ditegur dan dianalisis tapi bukan fitnah yang tidak betul," ujarnya.

Buletin Utama TV3 malam kelmarin yang membuat liputan sempena 100 hari pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah menyentuh mengenai perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Kulim Hi-Tech oleh kerajaan Negeri.

Dalam laporan itu, Buletin Utama menyifatkan perlantikan tersebut sebagai usaha mengetepikan Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech, Dato' Ahmad Shukri Tajuddin dan satu tindakan politik.

Menurut Ustaz Azizan, Kerajaan Negeri masih mengekalkan Dato' Ahmad Shukri sebagai Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Kulim Hi-Tech yang berfokus kepada urusan promosi Kulim Hi-Tech.

Oleh itu, memandangkan keperluan meningkatkan aktiviti ekonomi di Kulim Hi-Tech yang telah bertambah jumlah pelaburnya, maka Kerajaan Negeri melantik Pengarah Eksekutif Kumpulan yang akan memberi tumpuan kepada operasi.

"Lain kali kalau nak buat berita mai jumpa saya, jangan tanya orang tepi jalan. Be professional. Be smart reporters," kata Ustaz Azizan mengulas hal berkenaan. - mns_

Ahad, 15 Jun 2008

Lebih 3,000 golongan muda hadiri Muktamar Pemuda Kedah

Izwan Abdul Halim
Sun | Jun 15, 08 | 6:40:11 am MYT


KOTA SARANG SEMUT, 15 Mei (Hrkh) - PAS Kedah terus mendapat dokongan padu golongan muda apabila lebih 3,000 pemuda menghadiri perasmian Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-42 yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam.

ImageDalam ucaptama bertemakan 'Memelihara Kemenangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad, beliau menekankan elemen pemuda sebagai penggerak utama gerakerja siyasah di Negeri Kedah.

Tegasnya, Kerajaan Negeri tidak harus dibiarkan bergerak sendirian. Biarpun tidak diminta, katanya, pemuda dengan sepenuh hati rela mencurah keupayaan yang ada untuk membantu Kerajaan Negeri.

"Pemuda PAS Kedah mensasarkan keahlian seramai 7,000 pemuda menjelang 2009 melalui Skim Perlindungan Pemuda (SPP) yang telah kita gerakkan sejak tahun 2001," ujarnya membentangkan sasaran awal ke arah memenuhi usaha itu.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak.

Sementara itu, DPP Kawasan Baling merangkul anugerah Pengurusan Kewangan PASTI Terbaik dan Unit Kerja Jamaah Terbaik manakala DPP Kawasan Pokok Sena merangkul anugerah Keahlian SPP Teramai. Anugerah telah disampaikan oleh Ustaz Azizan yang juga Menteri Besar Kedah. - mks. _

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons