Khamis, 14 Mei 2009

Hari Guru

Perbahasan Muktamar DPPNK

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KUPANG: Pelbagai perkara disentuh pada sesi perbahasan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) Kali Ke-43 di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, Kampung Pisang, di sini pada 8 dan 9 Mei lalu.

Sesuai dengan peranan sebagai ‘check and balance’, topik mengenai pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, kepimpinan PAS Negeri dan tarbiah antara paling kerap diutarakan perwakilan.

Dalam perbahasan itu, perwakilan Padang Serai Padang Serai mahu DPPNK menggesa Pesuruhjaya PAS Negeri turun ke seluruh kawasan dan bukannya mengadakan lawatan kerja sebagai Menteri Besar semata-mata.

Padang Serai turut mempersoalkan Lajnah Politik Dan Organisasi DPPNK yang tidak turun ke kawasan-kawasan membaiki kelemahan organisasi pemuda. Perkara sama turut disentuh perwakilan Kuala Kedah..

Projek-projek terbengkalai dan membazir zaman pemerintahan Barisan Nasional yang menjadi isu semasa pilihan raya lalu dituntut perwakilan Sungai Petani supaya ditangani segera Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka juga mahu peluang-peluang ekonomi dalam Anak Syarikat Milik Kerajaan Negeri (GLC) dan agensi-agensi kerajaan dimanfaatkan bersama secara menyeluruh melalui Lajnah Ekonomi dan Lajnah Pertanian, Pekerja dan Peniaga.

Perwakilan Merbok pula mahu kerajaan negeri mengkaji semula penglibatan Kedah Civil Services (KCS) dalam pentadbiran Maktab Mahmud yang disifatkan campur tangan dan tidak mempunyai inisiatif untuk menaikkan imej Islam. Manakala perwakilan Langkawi mahu tindakan lebih berkesan kerajaan negeri dalam mengawal aktiviti hiburan di pulau pelancongan itu.

Kerenah birokrasi didakwa perwakilan Baling sebagai masih wujud dalam kepimpinan kerajaan negeri di mana seolah-olah kuasa hanya dipegang oleh Menteri Besar.

Turut disentuh adalah mengenai Ahli Majlis yang dilihat tidak membawa mesej PAS dalam pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Isu yang diutarakan perwakilan Kubang Pasu itu disifatkan mereka sebagai berpunca dari permasalahan tarbiah dan sikap membawa kepentingan peribadi.

Pertandingan jawatan pada pemilihan PAS di semua peringkat organisasi parti pula diluahkan sebagai kebimbangan oleh perwakilan Pendang yang khuatir ianya akan menjadi perebutan jawatan sepertimana budaya dalam Umno. Pendang juga melontarkan nasihat kepada golongan yang mencari kepentingan peribadi semasa jamaah berada di masa menang tetapi tidak semasa kalah dahulu. Selain itu, Pendang turut menempelak sikap Exco Kerajaan Negeri yang mempersoalkan jumlah kehadiran untuk menyampaikan ceramahnya.

Disebalik perbahasan ‘panas’ tersebut, perwakilan Pokok Sena pula memilih untuk mengajak para perwakilan supaya turut melihat segala perbahasan yang ditujukan kepada pimpinan dimuhasabahkan juga kepada diri sendiri.

Manakala perwakilan Jerai mengajak pemuda menjadi golongan pendesak yang tahu menyesuaikan desakan mengikut zaman. Jelas mereka, desakan sesuai diajukan semasa zaman kalah, tetapi tidak ketika menang. Jerai menjadikan peristiwa musyawarah Perang Uhud dan pembahagian ghanimah selepas Perang Hunain sebagai contoh terhadap hal tersebut.

PENERIMAAN KEPADA PAS BERMULA DIKELANTAN

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KUPANG: Perubahan sokongan rakyat di negara ini kepada PAS bermula dari kejayaan dakwah ‘lisanul hal’ melalui pemerintahan PAS di negeri Kelantan, demikian intipati ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Kali Ke-43 di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, Kampung Pisang, di sini 8 Mei lalu.

Katanya, pemerintahan di negeri Kelantan telah dapat membuka minda rakyat dari tiga unsur utama ‘sekatan’ kepada PAS iaitu PAS anti pembangunan, tidak mesra wanita dan bersikap pelampau.

Tiga unsur itu katanya, mengepungi PAS bertahun lamanya dan hanya dijawab setelah berjaya memerintah Kelantan.

“Maka Kelantan menjadi ‘lisanul hal’ (contoh hidup) untuk boleh dilihat dari sudut pembangunan, wanita dan lain-lain kaum di negeri Kelantan. Segala ketakutan yang dilabel kepada PAS dapat dirungkai satu persatu,” jelasnya.

Rakyat khususnya kaum bukan Melayu ujar beliau, telah membuat pembaharuan dan tekad berani pada pilihan raya lalu setelah melihat pelbagai perkara buruk yang tidak dapat dibendung pemerintah.

Katanya, keadaan semakin jelas apabila keputusan pada pilihan raya kecil yang berlaku selepas dari pilihan raya umum lalu menunjukkan bahawa perubahan tersebut bukan tsunami politik tetapi gelombang kebangkitan rakyat.

Lonjakan perubahan luar biasa masyarakat bukan Melayu itu jelas beliau, adalah sesuatu yang tidak pernah di lihat dalam sejarah PAS. Malah katanya, masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Tionghua telah menunjukkan kecenderungan kepada Islam.

Oleh itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa fenomena tersebut secara analisa kritikalnya akan menyebabkan keyakinan kepada PAS boleh bertukar menjadi keyakinan kepada Islam lalu menyebabkan mereka menganut Islam.

Beliau mengaitkan perkara tersebut dengan dakwah Nabi Muhammad SAW selama 13 tahun di Makkah tetapi hanya beberapa ratus memeluk Islam. Bagaimanapun katanya, selepas lapan tahun berdakwah di Madinah iaitu semasa Haji Wida’ di Makkah Nabi SAW telah berpidato dihadapan 120,000 orang.

“Bila Islam ada kuasa, dipamerkan tujuan berkuasa itu untuk mengangkat kalimah Allah, bukan mengangkat martabat kita untuk memiliki kemewahan,” tegasnya melontarkan ingatan.

Beliau menyeru agar dakwah lisanul hal terus dipamerkan oleh setiap anggota parti dan pentadbiran kerajaan yang diterajui PAS agar keyakinan rakyat semakin bertambah kepada PAS.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Hamdan Mohamed Khalib; Adun Kupang, Johari Abdullah; Adun Kuala Ketil, Md Zuki Yusuf; Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah selaku wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah, pimpinan PAS Kawasan Baling dan pimpinan Angkatan Muda KeADILan Negeri Kedah.

gambar lagi


GAMBAR SEKITAR MUKTAMAR DPPNK KE 43


Ucapan peramian oleh Tuan Haji Mohamad Sabu




Para perwakilan dan Pemerhati khusyuk mendengar ucapan peramian


Hj Mohamad Sabu Menyampaikan Anugerah DPP Kawasan Terbaik Kepada DPP Baling


Perwakilan dari Jerlun membahas ucapan


Perwakilan dan Pendang membahas ucapan


Perwakilan sedang membuat pemilihan undi


Ust Musoddak memasukkan kertas undi


Ust Ahmad Yahya membuang undi


Ust Rosli memasukkan kertas undi

Sanusi sedang memasukkan kertas undi

Yb Izzat turut membuang undi

Mohd Yani mengundi buat kali terakhir

Selasa, 12 Mei 2009

SUSUNAN BARU KABINET DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH 2009-2011

Mesyuarat pertama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menyusun kabinet baru bagi sesi 2009-2011. Mesyuarat yang bersidang pada jam 5.30 petang tadi telah memutuskan senarai berikut :-

Ketua Pemuda
Ust. Ahmad bin Yahya
Lajnah: Tarbiah dan latihan Kepimpinan

Timbalan Ketua Pemuda
Sdr. Muhammad Sanusi bin Md Nor
Lajnah: Politik dan Organisasi

Naib Ketua Pemuda
YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki
Lajnah: Sukarelawan Pemuda Kedah (SPP)

Setiausaha
Mohd Rosli bin Azmi

Bendahari
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

Ketua Penerangan
YB. Ust Nasir bin Zakaria

AHLI JAWATANKUASA :
1. Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan
Ust. Fadzil Muhd Noor bin Sahani

2. Jabatan AMAL Kedah
Ust. Zelani bin Nik Chik

3. Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan
Sdr. Yusrin Zakri bin Adnan

4. Lajnah Petani, Peniaga dan Penternak
Sdr. Fadzil bin Baharum

5. Jabatan Pembangunan Mahasiswa
Ust. Salim bin Mahmud

6. Lajnah Sukan dan Kebudayaan
Ust. Yusuf bin Awang

7. Jabatan PASTI
Ust. Mohd Azam bin Abd Samat

8. Lajnah Pendidikan
Ust. Mohamad bin Ismail

9. Lajnah Pembangunan Remaja
Ust. Syahril bin Azir

10. Lajnah Perpaduan Nasional dan Guaman
Sdr. Muhammad Afif bin Abdullah

11. Lajnah IT
Sdr. Azman bin Ahmad

12. Lajnah Media dan Perhubungan Awam
Sdr. Mohd Helmi bin Khalid

Mesyuarat juga melantik 5 orang Exco Pemuda baru :-
1.Sdr Helmi bin Khalid
2.Sdr. Fadzil Muhd Noor bin Sahani
3.Ust Syahril bin Azir
4.Sdr. Yahya bin Abdullah
5.Cikgu Nasri bin Muarat

Mesyuarat juga Melantik Pengerusi-pengerusi baru bagi sekolah-sekolah dibawah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

1. Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU)
Ust. Mohamad @ Fauzi bin Husin

2. Sekolah Integrasi Faizin
Ust. Musoddak bin Hj Ahmad

Mesyuarat juga meluluskan Penubuhan Unit Penyelidikan dan Thaqafah yang diletakkan dibawah Lajnah Tarbiah dan Latihan Kepimpinan. Ust Yusuf Awang dilantik sebagai Pengarah unit tersebut.

sekitar Mahkamah- Nizar MB Sah

Isnin, 11 Mei 2009

Keyakinan terhadap badan kehakiman dikembalikan

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah telah mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman.

"Kini terserlahlah ketelusan badan kehakiman dalam membuat keputusan tanpa memihak kepada mana-mana kuasa politik.

"Alhamdulillah, saya mengucapkan tahniah kepada badan kehakiman negara kerana telah membuktikan bahawa keadilan harus dihormati dan rakyat harus menghormati undang-undang," katanya.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata keputusan Mahkamah Tinggi itu membuktikan sistem demokrasi di negara ini telah ditegakkan.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, dengan keputusan itu, sewajarnya semua pihak dapat menerima dengan hati yang lapang tanpa sebarang prasangka lagi.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohd Hashim, pula menyifatkan keputusan itu sebagai lambang kehakiman yang adil dan telus.

Sementara itu, DAP mengulangi desakan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihan raya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, berkata hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, kehormatan dapat dikembalikan kepada Perak dan Malaysia.

"Keputusan Mahkamah Tinggi yang cukup penting hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih Menteri Besar yang sah negeri Perak adalah satu kemenangan rakyat negeri Perak, demokrasi dan keadilan," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown. - Bernama

Nah !.. Peragut Politik Telah Di Hukum....... oleh Mahkamah Tinggi KL

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
Harakahdaily
Mon | May 11, 09 | 4:10:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Zambry Kadir peragut politik
Dato' Mahfuz Omar
Mon | May 11, 09 | 12:33:34 pm MYT

KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah bunyinya tajuk utama Utusan Melayu hari Khamis, 7 Mei 2009 yang menyiarkan kisah bagaimana tiga orang mangsa ragut yang terbunuh kerana perbuatan kejam tersebut.


Cerita ragut sudah begitu lama kedengaran, cuma ditakdirkan Allah ia berlaku kali ini ketika polis sedang berkubu di Ipoh dan Penanti. Nampaknya hari ini polis lebih banyak digunakan untuk mempertahankan kuasa politik BN daripada menjaga keselamatan awam. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, Malaysia akan betul-betul menjadi 'negara polis'.

Keadaan politik di Perak sebenarnya tidak serumit di Terengganu kerana kedua-dua menteri besarnya mempunyai kumpulan penyokong yang ramai. Yang menjadi masalah besar di Perak ialah kedegilan Zambry Kadir untuk tidak mengikut undang-undang dan peraturan dalam setiap tindakannya.

Dulu dia bersekongkol dengan Najib Razak untuk menculik dan merasuah tiga Adun Pakatan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan, kemudian dia mengangkat sumpah sebelum sempat Menteri Besar Nizar meletak jawatan atau dikenakan undi tidak percaya. Mahkamah dijadikan alat untuk mereka mengesahkan tindakan haram itu. SPR dan SPRM pula menjadi kuda tunggangan untuk menjayakan rancangan jahat yang bertentangan dengan undang-undang.

Mungkin Zambry Kadir belum sedar apabila rakyat Bukit Gantang menyampaikan mesej untuk menolak perbuatan tidak bertamadun BN pada 7 April 2009 yang lalu. Dia mahu 'diajar' dengan cara yang lebih jelas lagi. Kita tunggu tindakan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

KEJAMNYA PERAGUT! Begitulah yang terjadi pada Khamis, 7 Mei 2009 di Ipoh, Perak. Kali ini bukannya mat rempit yang meragut. Tetapi pemimpin politik BN yang tidak bertamadun dan tidak menghormati demokrasi meragut setiap hak dan keadilan demi kepentingan politik rakus mereka.

Dahulu mereka meragut kerajaan daripada rakyat cara menculik dan merasuah, kemudian mereka meragut jawatan menteri besar melalui cara tidak berperlembagaan. Hari ini mereka melakukan lagi apabila jawatan Speaker Dun Perak diragut dengan cara yang lebih hina daripada binatang. Mereka tidak mengiktiraf Sidang Dun Perak di bawah pokok atas bermacam-macam alasan walaupun ia berlaku mengikut lunas undang-undang. Tetapi mereka bertindak persis binatang buas di dalam dewan yang mulia itu apabila bersidang sendiri dengan membelakangkan Speaker Dun yang berada di kerusinya.

Walau apapun yang dilaporkan oleh media arus perdana, rakyat mengetahui keadaan yang sebenar. Dahulu mereka menipu rakyat kononnya Nizar telah menderhaka, tetapi rakyat memberikan mesej sebaliknya di pilihan raya Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Saya percaya rakyat menyedari keadaan sebenar yang berlaku walaupun media memberikan gambaran sebaliknya. Sebagai Ahli Parlimen, saya memahami peraturan yang menghendaki setiap ahli YB menghormati speaker yang mengendalikan persidangan. Saya bersetuju dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata apa gunanya ada Speaker jika keputusannya tidak dihormati.

Sebagai Ketua Dun, Speaker berkuasa penuh di atas semua urusan di dewan itu. Beliau yang menentukan kedudukan Adun, usul-usul dan semua urusan perjalanan dewan tersebut. Bahkan, tidak ada Adun yang boleh bercakap tanpa kebenaran Speaker. Jika semua orang ingin bertindak sesuka hati, bercakap, membuat usul dan mengusung keluar Speaker... maka jadilah sidang itu seumpama satu sidang di Zoo Negara!

Sebenarnya isu ini cukup mudah diselesaikan. Semua pihak perlu memberi laluan kepada Speaker untuk mengendalikan mesyuarat mengikut peraturan mesyuarat. Tetapi malangnya, Zambry Kadir dan sembilan yang lain begitu degil dan keras kepala. Mereka bukan sahaja tidak mengikut arahan, bahkan cuba menjalankan sidang Dun secara haram.

Tidak pernah berlaku dalam mana-mana majlis perundangan di dunia, usul dikemukakan sebelum sidang bermula. Speaker telah memberitahu berkali-kali bahawa beliau tidak akan memulakan sidang selagi arahannya untuk 10 orang itu keluar dewan dipatuhi. Ini bermakna, ketika Zambry Kadir membuat usul, sidang belum bermula lagi. Yang paling saya kesalkan ialah Setiausaha DUN yang telah dipecat itu. Dia begitu biadap dan langsung tidak menghormati Speaker semata-mata kerana �ke-Umno-annya�.

Pada saya mudah sahaja, bahawa seluruh sidang itu adalah tidak sah kerana sidang belum bermula ketika prosiding dijalankan. Saya sangat percaya kekecohan ini tidak akan berlaku jika semua pihak menghormati peraturan. Mengapa Zambry Kadir begitu biadap dengan membawa satu usul tanpa mendapat kebenaran Speaker. Lebih-lebih lagi, Zambry Kadir sebagai seorang Adun yang digantung oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dun tidak berhak menghadiri sidang, apatah lagi membuat usul.

R Ganesan, 'Speaker haram' pula telah menceroboh Dun Perak secara sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan S Sivakumar yang berada di kerusi Speaker. Kemudian beratus-ratus polis yang sepatutnya menjadi keselamatan mangsa ragut, ditugaskan untuk �meragut� kerusi Speaker daripada Sivakumar.

Apa yang boleh kita rumuskan ialah sebuah kerajaan yang haram akan melakukan apa sahaja tanpa mengikut lunas undang-undang untuk mempertahankan kegiatan haram mereka. SPR, SPRM, mahkamah, polis, SUK, Setiausaha Dun, bahkan istana telah diperalatkan oleh mereka secara sempit sehingga kemuliaan Dun Perak tercemar.

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah dimalukan di hadapan khalayak dengan perbuatan yang biadab dan tidak bertamadun itu. Untuk menutup kekotoran itu, Zambry Kadir memberitahu bahawa Adun Pakatan Rakyat menyerang mereka dan bertindak menggunakan undang-undang rimba.

Saya tahu bahawa rakyat telah sedar siapakah Tarzan dalam krisis ini. Najib Razak dan Zambry Kadir patut berasa malu di atas perbuatan yang tidak demokratik ini, kerana Tun Mahathir sendiripun tidak dapat menerima apa yang berlaku di Perak.- tajdid _

SDR ABD AZIZ SHAFIE , BEKAS KETUA PEMUDA PENDANG MENERIMA ANUGERAH KHAS

Bekas ketua Dewan Pemuda PAS Pendang, Sdr. Abd Aziz bin Shafie telah dipilih menerima Anugerah Khas sempena Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah pada 8&9 Mei 2009 . Beliau telah meneraju Dewan Pemuda PAS Pendang selama 12 tahun bermula tahun 1997 hingga 2009. Beliau mula dilantik sebagai AJK Pemuda PAS Kawasan Pendang pada 1993 dan memegang jawatan ketua Penerangan Pemuda Kawasan sehingga dilantik sebagai Ketua Pemuda pada 1997.

Sekarang beliau memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan Pendang selepas mesyuarat Agung PAS Kawasan Pendang baru-baru ini. Selian itu beliau juga Ahli Majlis Daerah Pendang dan Pengerusi kepada Sekolah Rendah Islam Annur dan Madrasah Annur Islamiah, Gajah Mati, Pendang. Tahniah...

PENGHARGAAN KEPADA BEKAS EXCO DPPNK

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas-bekas Exco DPPNK yang telah melepaskan jawatan mereka atas faktor usia. Mereka ialah:-

1. Ust Musoddak Hj Ahmad , Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (2005-2009), Setiausaha DPPNK (2002-2005), Exco DPPNK (1996-2002)

2. Ust Mohd Zainol Asri bin Ramli, Naib Ketua Pemuda (2007-2009), Exco DPPNK (1996-2007)

3.Sdr. Mohd Yani bin Bakar , Exco DPPNK 2003-2009

4. Ust Mohd Lutfi Ariffin , Exco DPPNK (1999-2003 dan 2007-2008)

Sumbangan mereka memajukan DPPNK amat dihargai.

HJ NIZAR MB YANG SAH - HAKIM MAHKAMAH TINGGI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi sebentar tadi mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar telah kehilangan jawatan tersebut awal Februari berikutan krisis politik Perak.

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah memohon agar menangguhkan pelaksanaan keputusan sementara mahu mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mula membacakan kertas penghakiman bermula kira-kira 2.30 petang.

Nizar daripada Pakatan Rakyat memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Nizar, 52, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac 2008 setelah pakatan DAP, Pas dan PKR menang 31 daripada 59 kerusi dalam pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Bagaimanapun pada 4 Februari lalu, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada Pakatan memutuskan untuk keluar daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas tetapi menyokong BN.

Tindakan itu menyebabkan BN secara automatik telah memiliki sokongan majoriti dalam DUN Perak.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam DUN dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Semasa prosiding Khamis lalu, peguam utama yang mewakili Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa krisis politik di Perak boleh diselesaikan dengan memberikan semula mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali manakala Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

mStar Online.

Ahad, 10 Mei 2009

UCAPTAMA KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH DI MUKTAMAR TAHUNAN KALI KE-43

“MEMELIHARA KEMENANGAN”


MUQADDIMAH

“Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk agama Allah berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohanlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat.”

Yang Dihormati Saudara Pengerusi Majlis/Tetap
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Naib Presiden PAS
Yang Berbahagia Tuan Sheikh Mohamad bin Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah
Yang Berusaha Timbalan Ketua Pemuda merangkan Pengarah Muktamar Kali Ke-43
Yang Dihormati Saudara Naib Ketua DPPNK
Yang Dihormati dif–dif kehormat
Para perwakilan dan pemerhati
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam kita panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana dengan keizinanNya kita dapat bermuktamar bagi kali yang ke-43 di Kompleks Yayasan Khairiah ini. Saya bagi pihak DPPNK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua Yayasan Khairiah yang membenarkan Pemuda mengadakan muktamar di sini walaupun masih belum siap sepenuhnya. Kita mendoakan supaya kompleks ini akan dapat disiapkan dan lengkap untuk dijadikan kompleks pendidikan yang terkenal serta melahirkan generasi rabbani khususnya di Kedah. Kepada para perwakilan diucapkan ahlan wasahlan ke muktamar kali ini dan sama-sama kita bermuhasabah bagi mempertingkatkan lagi kerja buat kita dalam jamaah.

Sidang muktamar yang dikasihi,

Marilah kita dengan penuh insaf dan takjub merenungi akan kebesaran dan anugerah Allah yang dapat disaksikan dengan penglihatan zahir kita sepertimana ayat surah an-Nasr yang dibacakan tadi. Sebagai insan yang berada di dalam jamaah ini, kita dipilih menyaksikan pertolongan Allah, dengan diberikanNya kemenangan ini kepada generasi kita, lantas kita juga melihat ramainya manusia mulai mendampingi jamaah dan parti ini. Syukur alhamdulillah, tidak sekadar itu, hari ini PAS bukan sahaja diterima oleh orang Islam, malah masyarakat bukan beragama Islam juga menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menjadi pendokong bersama.

Pada Pilihan Raya Umum Tahun 2004 yang lalu, ketika itu kita bukan sahaja dianggap kalah teruk, menyedihkan apabila dokongan daripada ahli sendiri begitu sangat hambarnya. Hinggakan, ada mesyuarat-mesyuarat kita sukar dijalankan kerana kekurangan korum. Bahkan banyak program tradisi seperti ceramah, ekspo dan kegiatan-kegiatan lain juga tidak dapat dijalankan, bukan sahaja kerana kurangnya tenaga pelaksana, malah sambutan kehadiran juga amat mengguris hati.

Tetapi itulah sunnah dalam perjuangan meninggikan kalimah Laa ilaha illahlah. Tiba-tiba dalam suasana lemah itu, kita bukan sahaja diberi kemenangan oleh Allah SWT, tetapi juga, turut diberi pentadbiran kerajaan negeri ini. Firman Allah SWT:

“Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kemenangan dan kekalahan) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan supaya Allah membersihkan orang-orang beriman dan membinasakan orang-orang kafir.” (Ali-‘Imran:140-141)

Sidang muktamar sekalian,

Kita tidak bermimpi menerima kemenangan ini. Tetapi sebagai generasi yang merasai nikmat ini, marilah sama-sama dikenang para generasi dahulu. Mereka mungkin bapa-bapa kita, mungkin juga moyang kita. Jika tidak pun, mereka adalah saudara seagama kita yang berjuang untuk agama ini kerana keimanan, demi menyambung perjuangan para Nabi dan Rasul. Elok kita imbas sejenak lakaran sejarah penting itu.


KEPIMPINAN ULAMA: BERMULANYA DI SINI....

Para perwakilan sekalian,

Biarpun PAS secara rasminya didaftarkan pada tahun 1951, rentetan semangat dan kewajipan yang dirasai generasi lalu menyedarkan mereka kepada perlunya sebuah jamaah untuk menjaga kepentingan Islam dan umatnya. Dalam masa yang berlalu, Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) dan Hizbul Muslimin adalah antara terawal menggerakkan agenda Islam. Dari benih-benih inilah lahirnya PAS! Ia lahir dari tuntutan Islam itu sendiri, bukan serpihan, bukan juga kerana tidak puas hati kepada pihak lain sepertimana dakwaan songsang golongan yang sebenarnya tidak memahami tabiat perjuangan ini.

Mereka yang berjasa menggerakkan perjuangan di peringkat awal telah memulakan perjuangan ini dari pondok-pondok pengajian Islam. Mereka bukan sahaja para ulama yang istiqamah mengembangkan Islam dalam kehidupan seharian penduduk di negara ini, tetapi juga memiliki kesedaran tinggi untuk Islam didaulatkan sebagai dasar dalam pemerintahan dan kepimpinan negara. Ianya lalu menjadi harakah siyasah, sehingga pemerintah ketika itu merasakan ianya sebagai satu ancaman. Maka, tidak lepas sepertimana sunnah perjuangan yang dihadapi para Nabi dan Rasul, perjuangan di bumi umat Melayu ini juga berhadapan fitnah apabila menerima label seperti ‘Bahaya dari Gunung’ dan ‘Red Islamic Party’.

Dengan segala mehnah dan tribulasi yang melanda, ulama kita akhirnya mengambil ketetapan bijaksana untuk turut serta dalam arena pemerintahan negara dengan mendaftarkan PAS sebagai parti politik yang sah.

Kita di Kedah juga harus berbangga, dari jalur yang sama, institusi pondok dan para ulamalah yang telah membawa penubuhan PAS di negeri ini. Pada tahun 1952, iaitu empat bulan selepas PAS ditubuhkan secara rasmi, bertempat di Pondok Nadhzah Bukit Besar, Ranting PAS Kedah ditubuhkan. Tuan Guru Haji Osman al-Yunusi menjadi Ketua Ranting dan Pesuruhjaya Pertama. Turut menjayakan penubuhan itu ialah Tuan Guru Haji Yahaya Junid.

Hari ini kita turut berkongsi rasa yang sama apabila para penggerak kita di Dewan Pemuda juga ada terdiri dari ulama dan mereka yang giat menggerakkan institusi pondok dan pendidikan Islam. Kita mengharap, golongan ini jugalah yang akan terus memimpin dan menerajui saf kepimpinan Pemuda.

Kerana itu muktamar kita dilangsungkan di tempat bersejarah ini di mana antara pengasasnya juga terdiri dari ulama iaitu Tuan Guru Haji Yahya Toha dan Haji Ahmad JP. Mungkin pondok ini jauh dari kemudahan dunia milenium, tetapi di tempat seperti inilah PAS bermula, menyusur segala onak dan liku, akhirnya berada di Wisma Darul Aman. Dan sekiranya kita masih ingat nostalgia lalu, di sinilah Pemuda Kedah pernah berkumpul dalam program Rapat Pemuda tahun ................


USAHA DPPNK MEMELIHARA KEMENANGAN

Jihad Berpicu Tarbiyyah Menerajui Amanah Kepimpinan

Para perwakilan yang dikasihi,

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (al-Ahzab:72)

Berada dalam saf Pemuda, sama ada di peringkat Cawangan, Kawasan mahupun Negeri, hakikatnya ia adalah amanah kepimpinan. Lebih berat, apabila tanggung jawab ini semakin bertambah dengan kemenangan, hingga membolehkan kita mentadbir negeri Kedah ini. Sudah tentu ianya menuntut kepada kita komitmen lebih padu dari yang pernah diberikan sebelum ini. Tidak dapat tidak, komitmen terhadap amanah kepimpinan di era ini perlu dikukuhkan dengan roh jihad fi sabilillah.

Tidak kita berada di Wisma Darul Aman, jika bukan kerana gerakan jihad yang telah dilangsungkan generasi lalu dipimpinkan pula kepada kita untuk menyambut ‘baton’nya bagi diteruskan di zaman kita.

Ayuh kita bermuhasabah, ayuh kita insafi, apakah kalimah “jihad” sudah asing bagi kita? Atau ia sekadar menjadi nota usrah dan kalimah untuk mengenakkan bahasa ceramah? Telah termaktub menjadi pelengkap dalam gerakerja meninggikan agama Allah SWT ini apabila kulli, qalbi dan fiqli diadunkan secara bersama. Oleh itu, jihad kepada anggota Pemuda selaku sayap parti ini janganlah hanya manis dibutir bicaranya, tetapi perlu juga sentiasa segar membara pada rohnya, gagah bijaksana pada tindakannya.

Pun begitu, jihad tidak terhasil secara serta merta. Telah menjadi ‘budaya’ di dalam PAS, ianya dilakukan dalam proses pembentukan yang kita adakan melalui pelbagai aktiviti tarbiyyah, lalu segalanya itu kita terjemahkan pula di medan dakwah dan siyasah. Kita Pemuda menyambut baik lontaran ingatan dan nasihat oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu agar memperkemaskan tarbiyyah di saat kemenangan ini. Kita juga akan bersetuju dengan saranan Pesuruhjaya PAS Kedah, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak supaya agenda tamrin dan kesedaran diaktifkan.

Kita sedar, kelangsungan PAS selama ini adalah kerana ianya sebuah parti politik Islam yang bertunjangkan tarbiyyah. Telah menjadi saksi di seluruh dunia, betapa parti-parti politik Islam, mahupun yang hanya menggunakan nama Islam, apabila tidak ditunjangi tarbiyyah, atau semata-mata di atas landasan politik, akhirnya parti tersebut hanya mampu bertahan untuk beberapa kali sesi pilihan raya.

Jendela pandang terhadap penyusunan pengisian tarbiyyah hari ini perlu dibuka dengan perspektif lebih luas. Tarbiyyah jangan hanya sekadar mengisi takwim pada setiap sesi baru kepimpinan, tetapi dalam konteks zaman kemenangan ini, ia perlu menjadi rangka-kerja dalam menentukan ‘batang tubuh’ yang dilahirkan di masa hadapan. Kita mahu melahirkan pemimpin dan ahli politik Islam yang berupaya mencanai Islam di medan masyarakat, negara dan dunia. Dalam kesimpulan yang lebih mudah, secara khususnya kita mahu menyediakan seramai mungkin ‘bakal’ Menteri Besar di masa hadapan. Dalam cita-cita yang lebih besar, pelapis kepimpinan ini juga mengisi saf peneraju kepimpinan negara.

‘Batang tubuh’ yang dilahirkan nanti mestilah terus berupaya untuk mendokong Kepimpinan Ulama, lalu menyerapkan Islam pada gaya kontemporari ala Malaysia dan globalisasi dunia, seterusnya memandu ‘Satu Ummah dan Negara’ yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Metafora perjuangan PAS umpama sekumpulan pengembara yang mendayung di lautan luas untuk mendapatkan seteguk air di sumur yang terletak di tanah tertinggi sebuah pulau. Setelah mendayung sekian lama menempuh gelombang ombak dan badai, akhirnya para pengembara tiba jua di pantai pulau tersebut.

Jika ketua pengembara itu disandarkan kepada ‘batang tubuh’ yang akan kita lahirkan, maka dia akan terus memimpin membawa kumpulannya hingga menemui sumur tersebut. Bukannya mendengus letih dan puas melihat saujana lautan yang pernah ditempuh. Atau terpesona melihat kulit-kulit kerang dan siput yang cantik hingga terlupa nikmat air di sumur tersebut.

Saya amat pasti, ‘batang tubuh’ ini telah pun ada dalam ‘saf besar’ Pemuda PAS Kedah, dari PASTI hingga ke Jawatankuasa Kerja Dewan. Malah, hari ramai anggota Pemuda juga menjadi individu penting di dalam kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah selain turut mengisi kerusi Dun dan Parlimen. Tetapi persoalannya, bagaimanakah bentuk tarbiyyah yang perlu dimodul dan diterapkan sesuai dengan era kemenangan ini? Agar nanti, dengan roh tarbiyyah yang dimiliki, mereka ini akan benar-benar berpolitik dan menjadikan politik sebagai wadah untuk matlamat Islam unggul dipuncaknya.

Ketika konotasi mengenai ulama dan profesional kembali hangat dispekulasikan kini, Pemuda sebenarnya bukan sahaja memiliki kedua-duanya, malah ulama yang kita ada juga adalah profesional dalam bidang masing-masing. Mereka pendidik cemerlang, pentadbir institusi pendidikan tersohor, usahawan berjaya dan lain-lain lagi. Profesional kita pula, walaupun mungkin tidak mampu berkuliah dan membuka kitab, sekurang-kurangnya bertazkirah, berkhutbah dan bercakap soal Islam, persis para penuntut aliran Islam. Mereka benar-benar mencapai tahap sebaiknya dalam bidang mereka bukannya golongan ‘mi celup’.

Selain itu, Pemuda disemua peringkat jangan mudah terbuai asyik dengan kemenangan pada hari ini. Bukan hasrat kita hanya pada zahir dilihat ramai, tetapi jumlah yang ramai hadir kerana ikut-ikutan mahupun rasa tidak puas hati kepada musuh. Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang yang kafir, dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang yang kafir.”
(at-Taubah:25-26)

Para perwakilan sekalian,

Perjuangan PAS telah lali menghadapi masa-masa dan zaman kekalahan dan kita dengan penuh iman menanti saat kemenangan. Mereka yang telah pergi terlebih dahulu, tidak sempat merasai nikmat kemenangan ini, semoga Allah memberikan kemenangan hakiki untuk mereka diakhirat nanti dengan dibalasNya syurga buat mereka. Manakala, kita yang sedang memegang kemenangan ini pula perlu beringat, bahawa kemenangan ini sebenarnya masih diperingkat awal.

Junjungan yang kita kasihi Baginda Rasulullah SAW, selama 13 tahun di Makkah, Baginda juga memulakan perjuangan melalui ‘zaman-zaman kekalahan’ yang merakamkan pelbagai jerit-perih sebelum Allah menganugerahkan ‘kemenangan’ apabila Islam diterima dan memerintah di bumi Yatsrib. Pun begitu, zaman awal kemenangan itu dilalui Baginda dan para sahabat dengan dugaan yang cukup mencabar.

Ringkasnya, putaran itu sedang dihadapi PAS pada hari ini. Ketika kemenangan kita belum mencecah usia setahun, kerajaan kita dari gabungan bersama rakan Pakatan Rakyat, DAP dan PKR di Perak, telah dirompak oleh Barisan Nasional! Kejahatan yang sama juga, turut berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan juga negeri kita, Kedah. Apakah kita sudah lupa, dari fitnah penutupan Tadika Kemas hingga kemudiannya kita turut diseret kepada skandal derhaka Raja. Maka, permainan jahat musuh di zaman awal kemenangan ini tidak boleh dipandang enteng saf Pemuda. Sifat ‘semulajadi’ musuh yang telah sedia kita kenali ini perlu dihadapi dengan sabar, bijaksana dan bersatu.

Di sinilah pentingnya tarbiyyah diperkasakan dalam ‘rangka pemerintahan’. Saya menyeru disamping tamrin diaktifkan semula, aktiviti kepemudaan yang kita jalankan setiap Rabu malam seperti usrah, qiyamullail, muqayyam, musyawarah, liqa fikr dan lain-lain diperhebatkan pengisiannya, bukan semata-mata dianjurkan.

Selain itu, mengukuhkan lagi saf kekuatan kita, aktiviti bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan hendaklah lebih dikerapkan. Tidak perlu mengharap Dewan Pemuda PAS Negeri sahaja menjadi penganjur kepada pertemuan Pemuda Kawasan-kawasan, sebaliknya pihak Pemuda Kawasan juga boleh mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti yang turut disertai pemuda dari kawasan lain. Pendedahan mengenai urus tadbir Islam pada sebuah kerajaan perlu menjadi silibus baru yang wajib difaqihi, bukannya dihafal. Bagi memastikan keberkesanan agenda baru ini, saya juga suka untuk melontarkan syor supaya Lajnah Tarbiyyah Dan Latihan Kepimpinan, Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan dipertanggung jawabkan terus kepada Ketua Pemuda.

Mantapkan Pengurusan Organisasi, Giatkan Kempen Keahlian

YAB Pesuruhjaya juga baru-baru ini mengingatkan agar organisasi dimantapkan dari akar umbinya lagi yakni Cawangan. Kita di Dewan Pemuda telah lama menyusun organisasi hingga berjaya melaksanakan modul pengurusan secara lebih sistematik antaranya melalui Unit Kerja Jamaah (UKJ). Sayang sekali pelaksanaannya kurang berkesan di peringkat Pemuda Cawangan. Maka tumpuan perlu kembali diberikan oleh Lajnah Politik Dan Organisasi terhadap hal ini. Secara kiraan mudahnya seperti diungkapkan YAB Pesuruhjaya, apabila Cawangan-cawangan kuat maka Kawasan akan kuat dan apabila Kawasan-kawasan kuat, Negeri juga akan menjadi kuat.

Dewan Pemuda PAS Pusat pada 27 Disember lalu telah melancarkan kempen ‘Jom Sertai PAS’ dan mengambil peranan penting menggerakkan usaha ini. Kita diperingkat negeri Kedah juga telah pun melancarkannya Februari lalu walaupun majlis itu diganggu pihak keselamatan. Apapun, kempen ini menjadi satu lagi tanggung jawab kita dan agenda kemaskini untuk Pemuda disemua peringkat sekaligus diharap akan berlakunya pengurusan organisasi Pemuda yang lebih baik selepas ini bersama modul UKJ.

Memastikan agenda ini berlaku secara bersepadu dalam saf besar Pemuda PAS Kedah, Lajnah seperti Jabatan PASTI, Lajnah Pembangunan Remaja, Jabatan Pembangunan Pelajar dan Skim Perlindungan Pemuda perlulah duduk semeja menjayakannya.

Kelangsungan Agenda Kebajikan Dan kemasyarakatan

Berbicara soal kebajikan, kita menyedari kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kebajikan sesama ahli Pemuda namun penuh dengan kekurangan. Tetapi kita berbangga, kerana disebalik kekurangan ini Pemuda kita berkongsi faham yang sama. Pun begitu, kita masih kedengaran rungutan daripada anggota Pemuda berbicara soal ‘ghanimah’ dan sibuk hendak “mengutip kulit kerang dan siput yang cantik”. Sebagai ahli yang ditarbiyyah dengan akhlak Islam dan mementingkan urusan agama, marilah kita renungi hak sebenar terhadap hal ini:

“Mereka bertanyakan kepadamu tentang (pembagian) harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu kepunyaan Allah dan Rasul, sebab itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu, dan taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu adalah orang-orang yang beriman.” (al-Anfal:1)

Kini kebajikan menjadi agenda yang semakin luas setelah kita mengambil alih teraju pentadbiran negeri. Tanpa sokongan Kerajaan Persekutuan, bermakna kita perlu banyak untuk berdikari dan sememangnya kita bersedia untuk itu. Tentunya, keutamaan perlu diberi kepada rakyat umum dan pada masa sama kita juga perlu memberi komitmen untuk menjayakan usaha kebajikan ini. Yang dimaksudkan di sini bukan sahaja menjayakan agenda kebajikan melalui Kerajaan Negeri, tetapi kita juga melalui saluran parti perlu meneruskan usaha yang telah menjadi tradisi parti kita ini.

Dalam soal kemasyarakatan pula, Pemuda perlu lebih rajin dan mempelbagaikan pendekatan. Kerana nampaknya Umno dan Barisan Nasional di bawah teraju kepimpinan baru semakin giat melaksanakan pendekatan ‘merakyat’ ini. Usah biarkan Kerajaan Negeri terpaksa ‘bersaing’ sendirian dalam agenda kemasyarakatan. Pemuda di seluruh peringkat perlu menjadi nadi utama kepada agenda-agenda ini sebagai siyasah yang bakal menjadi penilaian baru masyarakat kepada kita. Saya ‘mewasiatkan’ agar Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan, Lajnah Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan, Lajnah Pertanian, Pekerja Dan Peniaga akan mengambil peranan penting mengukuhkan agenda tersebut.

Pemuda juga perlu sentiasa rapat dengan masyarakat dengan harapan ianya akan membuka mata penilaian mereka hingga akhirnya mengenali dasar dan hakikat perjuangan PAS, lalu melihat segala usaha Umno dan rakan-rakan komponennya di dalam BN dilihat sebagai pendekatan bersifat kosmetik yang penuh dengan kepalsuan dan kehodohan bagi tujuan meraih undi semata-mata. Memastikan kefahaman dan penyaluran maklumat kepada rakyat dilaksanakan sebaiknya, peranan Lajnah Penerangan Dan Dakwah, Lajnah IT serta Lajnah Perpaduan Nasional perlu disusun dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Program-program yang telah dijayakan oleh Jabatan Amal melalui Unit Amal perlu disertai oleh seluruh ahli pemuda tanpa kecuali. Tidak ada istilah ‘elit’ dalam gerakerja jamaah, yang ada hanyalah penyusunan tugas.

Mengurus Sistem Kerja dan Kerja Berpasukan

Di masa ini kita amat menyedari bebanan tugas yang dipikul oleh kebanyakan kita. Disamping memastikan urusan parti terus berjalan, kita juga perlu turut serta membantu mahupun menjadi penggerak utama program-program peringkat Parlimen dan Dun. Untuk itu, suka untuk disarankan kepada Dewan Pemuda Kawasan-kawasan agar membentuk seramai mungkin amilin yang mampu memberi fokus kepada tugasan-tugasan berkaitan. Saya mengira bahawa, amilin sepenuh masa adalah ‘keperluan mendesak’ yang perlu ada untuk seluruh Dewan Pemuda Kawasan ketika ini. Diharap dengan adanya amilin sepenuh masa yang bertugas untuk Dewan Pemuda Kawasan, bukan sahaja tenaga untuk aktiviti Parlimen dan Dun dapat dijayakan, malah pengurusan dan pentadbiran keorganisasian Dewan Pemuda akan menjadi jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Political Engagement Dan Integriti Kepimpinan



Kita di Dewan Pemuda PAS merakamkan penghargaan dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Haji Azizan Abdul Razak. Dalam menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, Dewan Pemuda melihat Pakatan Rakyat Negeri Kedah telah membawa pendekatan yang sesuai dengan budaya integriti kepimpinan yang kita laungkan. Sebagai orang politik yang menjadi pembuat dasar, kepimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan rasa hormat kepada golongan pentadbir dengan tidak ‘memaksa’ mereka mengikuti telunjuk-telunjuk politik. Sebaliknya, mereka diberi penekanan agar menunaikan amanah kerja mengikut tanggung jawab yang termaktub sebagai pentadbir selain diberi kebebasan untuk ‘menganut’ sebarang fahaman politik. Pun begitu, Dewan Pemuda ingin memberikan ingatan kepada para pentadbir, agar tidak bersifat ‘api dalam sekam’ kerana kita tahu, terdapat pentadbir yang galak bermain politik kepartian dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.

Sifat adil yang ditekankan kepimpinan Ustaz Azizan serta melayan semua pihak sebagai rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik, telah mendidik kami dan rakyat negeri ini akan budaya politik berakhlak. Namun, Pemuda PAS Kedah ingin memberi amaran kepada pihak-pihak yang masih cuba menggugat kesejahteraan negeri ini dengan perbagai kerja politik jahat. Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau yang terpaksa diadakan bulan lalu adalah bukti permainan politik jahat golongan ini.

Selain itu, dalam menjaga wibawa Kerajaan Negeri, Pemuda juga menuntut agar saf Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) agar lebih aktif menggerakkan agenda ‘Kedah Sejahtera’. Pemuda mahu saf Exco bergerak sebagai satu pasukan, bukan hanya bergantung kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar. Suka juga ditegaskan di sini, Pemuda pada bila-bila masa bersedia menawarkan khidmat membantu urusan-urusan yang dibenarkan.


PENUTUP

Memelihara Kemenangan dalam konteks di negeri Kedah memerlukan kita kepada kefahaman mengenai ‘Siyasah syar’iyyah’. Kita yakin bahawa kita mempunyai ramai ‘figur-figur’ yang berupaya menterjemahkan tuntutan Islam dalam mendakapi realiti hari ini. Ruang lingkup musyawarah ita juga menjadi semakin besar apabila tahaluf siyasi yang kita laksanakan bermakna kesepakatan bersama antara rakan kita KeADILan dan DAP perlu dicapai setiap masa. Kita telah menunjukkan kejayaan itu, paling hampir adalah pada Pilihan Raya Kecil Dun Bukit Selambau baru-baru ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya tenaga Pemuda PAS di seluruh kawasan termasuk dari Perlis dan Pulau Pinang kerana bekerja seolah-olah PAS bertanding di Dun tersebut.

Saya juga berharap, kita sebagai Pemuda akan terus melaksanakan tanggung jawab kita sebagai ‘check and balance’ kepada parti dan kerajaan ini. Akhirnya, marilah sama-sama kita pastikan segala agenda kita yang tercicir di masa lalu disempurnakan di ruang kesempatan kemenangan ini. Seterusnya marilah kita juga sentiasa meletakkan diri untuk terus menjadi ‘pengawal’ kepada jamaah dan kerajaan yang kita sayangi ini. Sekian.

Disampaikan oleh
Ust. Musoddak Hj Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kedah
--------------------------------------------------------------
(Ucaptama yang terakhir sebagai ketua Dewan Pemuda
PAS negeri Kedah)
pada 8 Mei 2009, Bertempat di Kompleks Yayasan Khairiah, Kupang, Baling, Kedah

UST AHMAD YAHYA DIPILIH KETUA PEMUDA PAS KEDAH YANG BARU

KUPANG,

Ust Ahmad Yahya telah dipilih sebagai ketua Dewan Pemuda Negeri Kedah yang bagi nsesi 2009/2011. Beliau menewaskan YB Ust Firdaus Jaafar dengan kelebihan 45 undi . Beliau juga Ketua Pemuda Kawasan Alor Setar sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Sementara itu Sdr. Muhammad Sanusi Md Nor, dipilih sebagai Timbalan Ketua menang tanpa bertanding. Beliau sebelum ini adalah Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah dan juga Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Kedah.

Jawatan Naib Ketua di menangi oleh YB Ust Ahmad Izzat Shauki yang mengatasi pencabarnya YB Ust Nasir Zakaria. Ust Izzat merupakan ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Pokok Sena dan ADUN Bukit Lada sementara Ust Nasir Zakaria adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap dan Ahli Parlimen Padang Terap

Sementara itu 10 orang telah dipilih untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bagi tahun 2009/2011 seperti berikut:-

1. UST MOHD AZAM BIN ABD SAMAT
2. UST MOHD ROSLI BIN AZMI
3. UST ZELANI BIN NIK CHIK
4. UST YUSUF BIN AWANG
5. UST SALIM BIN MAHMUD
6. AZMAN BIN AHMAD
7. UST MOHAMAD BIN ISMAIL
8. YUSRIN ZAKRI BIN ADNAN
9. FADZIL BIN BAHARUM
10. MUHD AFIF BIN ABDULLAH

PENGERUSI TETAP : UST MOHAMAD @ FAUZI BIN HUSIN

TIMBALAN PENGERUSI TETAP : HJ ADNAN BIN SAAD

PEMERIKSA KIRA-KIRA I : MOHD AZRI BIN AHMAD
PEMERIKSA KIRA-KIRA II : IBRAHIM BIN SOFFIAN

Ust Musoddak Ucap Selamat Tinggal Kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Kupang,

Ust Musoddak Hj Ahmad mengucapkan selamat tinggal kepada Dewan Pemuda Negeri Kedah setelah meneraju Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah selama 5 tahun sejak 2005 hingga 2009. Beliau terpaksa melepaskan jawatan tersebut atas faktor usia melebihi 40 tahun.

Beliau mula berkecimpung dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sejak tahun 2006 dengan dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah semasa Dato' Mahfuz Omar menjadi ketua Pemuda dan dilantik sebagai Setiausaha DPPNK pada tahun 2002, semasa Sdr Aris Awang menjadi ketua Pemuda PAS Kedah dan terus memegang jawatan tersebut dibawah kepimpinan Hj Adnan Saad pada tahun 2003 hingga 2005. Beliau mengambil alih tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kedah menggantikan Hj Adnan Saad yang tidak mempertahankan jawatan pada 2005 dan terus mengemudi dewan Pemuda PAS Kedah sehingga 9 Mei 2009 kelmarin.

Beliau telah memberikan khidmat sepenuh masa kepada Dewan Pemuda PAS Kedah sepanjang tempoh tersebut telah memegang beberapa jawatan sepanjang karier beliau dalam PAS. Beliau juga adalah Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat,Timbalan Pengarah 3 JPN Kedah, Ahli Majlis Muassasah darul Ulum, Pengarah Kem Bina Sahsiah, Pengerusi Sekolah Integrasi Faizin, dan beberapa jawatan penting lain dalam PAS Kedah.

Mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak, adalah anak seorang pemimpin masyarakat yang disegani di Kupang, baling. Beliau juga diamanahkan sebagai calon DUN Bayu dalam pilihanraya Umum ke 12 lalu , tetapi kalah dengan undi yang kecil kepada calon BN.

Dalam Mesyuarat AGUNG PAS Kawasan jerai beliau menang pemilihan AJK PAS Kawasan dan dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS kawasan Jerai yang baru, yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd. Razak.

DPP BALING MENANG ANUGERAH DPP KAWASAN TERBAIK

Kupang,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah dinobatkan sebagai Dewan Pemuda PAS Kawasan Terbaik sekali lagi. Mereka yang telah memenangi anugerah ini sejak beberapa tahun lepas terus mengekalkan kecemerlangan ini. Sementara Unit Amal Kawasan Baling pula diumumkan sebagai pemenang anugerah Unit Amal Kawasan Paling Aktif. Mereka membawa pulang satu plak sijil penghargaan dan wang tunai.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap pula telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Keahlian SPP Kawasan teramai dan Pemuda PAS cawangan Kg. Masjid Lama , Padang Terap menang anugerah SPP cawangan Teramai.

PASTI Jerlun pula diumumkan sebagai pemenang anugerah Pengurusan Kewangan PASTI Kawasan Terbaik.

Muktamar DPPNK ke 43 berjalan lancar

Kupang, Baling

Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah berjalan dengan lancar. Muktamar tahun ini dimulakan dengan Majlis Perasmian yang diadakan pada 8 Mei jam 9.00 malam. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS.Sementara Sheikh Mohamad bin Hj Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah telah berucap mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah , Ust Musoddak Hj Ahmad telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk Memelihara Kemenangan yang menggariskan beberapa faktor yang perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi pemuda PAS Kedah. Teks penuh ucapan akan disiarkan nanti.

Dewan Muktamar yang boleh menempatkan 700 orang penuh sesak dengan hadirin yang terdiri daripada para parwakilan , jemputan khas dan juga pemerhati sehingga ada yang terpaksa berada didalam musolla dan kawasan lapang dihadapan kompleks Yayasan Khairiah dan menonton melalui tayangan skrin besar.

Antara jemputan yang hadir , Dato' Phahrol Razi Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Taulan rasul Bendahari PAS Kedah,DR. Hamdan Khalib, Exco Kerajaan Kedah, YB Yahya Abdullah, ADUN Jeneri, YB Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Sdr. Saiful Izham, Ketua AMK Kedah bersama 4 orang Exco AMK, Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah, Bekas-bekas Exco DPPNK, Pimpinan PAS Kawasan Baling .

Pengisian tarbiah perlu dibuka dengan perspektif lebih luas

Izwan Abdul Halim
Sat | May 09, 09 | 12:46:53 pm MYT

KUPANG, 9 Mei (Hrkh) - Jendela pandang terhadap penyusunan pengisian tarbiah pada hari ini perlu dibuka dengan perspektif lebih luas dan tidak sekadar mengisi takwim setiap sesi baru kepimpinan.

Dalam konteks zaman kemenangan ini, tarbiah perlu menjadi rangka-kerja dalam menentukan 'batang tubuh' yang akan dilahirkan di masa hadapan, demikian intipati Ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad pada perasmian Muktamar Tahunan DPPNK Kali Ke-43 di Kompleks Yayasan Al-Khairiah, di sini malam tadi.

Dalam ucaptama bertemakan "Memelihara Kemenangan" itu, Musoddak menegaskan bahawa DPPNK mahu melahirkan pemimpin dan ahli politik Islam yang berupaya mencanai Islam di medan masyarakat, negara dan dunia.

"Dalam kesimpulan yang lebih mudah, secara khususnya kita mahu menyediakan seramai mungkin 'bakal' Menteri Besar di masa hadapan. Dalam cita-cita yang lebih besar, pelapis kepimpinan ini juga mengisi saf peneraju kepimpinan negara," ujarnya menyatakan maksud.

Katanya, 'batang tubuh' yang dilahirkan nanti mestilah terus berupaya untuk mendokong Kepimpinan Ulama, lalu menyerapkan Islam pada gaya kontemporari ala Malaysia dan globalisasi dunia.

Seterusnya, ujar beliau, untuk memandu 'Satu Ummah dan Negara' yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Dalam ucapan itu, perjuangan PAS diumpamakan beliau sebagai sekumpulan pengembara yang mendayung di lautan luas untuk mendapatkan seteguk air di sumur yang terletak di tanah tertinggi sebuah pulau.

"Setelah mendayung sekian lama menempuh gelombang ombak dan badai, akhirnya para pengembara tiba jua di pantai pulau tersebut.

"Jika ketua pengembara itu disandarkan kepada 'batang tubuh' yang akan kita lahirkan, maka dia akan terus memimpin membawa kumpulannya hingga menemui sumur tersebut.

"Bukannya mendengus letih dan puas melihat saujana lautan yang pernah ditempuh. Atau terpesona melihat kulit-kulit kerang dan siput yang cantik hingga terlupa nikmat air di sumur tersebut," katanya bermetafora.

Beliau turut menyentuh mengenai Kepimpinan Ulama, katanya, ketika konotasi mengenai ulama dan profesional kembali hangat dispekulasikan kini, Pemuda Kedah sebenarnya bukan sahaja memiliki kedua-dua golongan itu, malah ulama yang berada dalam Pemuda Kedah juga adalah profesional dalam bidang masing-masing.

"Mereka pendidik cemerlang, pentadbir institusi pendidikan tersohor, usahawan berjaya dan lain-lain lagi. Profesional kita pula, walaupun mungkin tidak mampu berkuliah dan membuka kitab, sekurang-kurangnya bertazkirah, berkhutbah dan bercakap soal Islam, persis para penuntut aliran Islam. Mereka benar-benar mencapai tahap sebaiknya dalam bidang mereka bukannya golongan 'mi celup'," katanya.

Selain tarbiah, beliau turut menyentuh agenda pemantapan organisasi, keahlian, kebajikan, kemasyarakatan dan integriti kepimpinan. - mns_

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons