Isnin, 23 Ogos 2010

AHLI PARLIMEN SIK BAGI SUMBANGAN FAKIR MISKIN

YB CHE UDA BERSAMA SEBAHAGIAN PENERIMA TERMASUK DARI MASYARAKAT SIAM
PENERIMA MUSLIMIN
PENERIMA MUSLIMAT

TAMRIN DPPNK DAN MUNAQASYAH UCAPTEMA KETUA PEMUDA PUSAT

Serdang, Kulim

Program Tamrin  Ramadhan DPPNK dan Munaqasyah UcapTema Ketua Pemuda PAS Pusat telah berjaya diadakan pada 20 Ogos 2010 yang lepas bertempat di Dewan Dato' Fadzil Mohd Nor, Markaz PAS Kaw Kulim/Bandar Baharu, Serdang. Kehadiran seramai 170 orang . Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan hadir. Program bermula dengan pendaftaran peserta, Tahlil dan Majlis berbuka puasa. Selepas solat Terawih yang diimamkan oleh Ust Salim Mahmud, Exco DPPNK diteruskan dengan Munaqasyah dengan pembentangan daripada Ust Nasruddin Tantawi , Ketua Pemuda PAS Pusat dan Sdr Sabky Yusuf, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Turut bersama dalam program ini Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

DPPNK TURUN KAMPUNG BAGI SUMBANGAN DI DUN BANDAR BAHARU

SEORANG TUA UZUR DIPONDOK USANG
UST YUSUF AWANG SAMPAIKAN SUMBANGAN
UST ROSLI SETIAUSAHA DPPNK SERAH HAMPER
ROMBONGAN DPPNK TURUN BAGI SUMBANGAN
SDR YUSRIN ZAKRI BENDAHARI DPPNK BAGI BANTUAN WARGA EMAS
ALANGKAH DHAIFNYA RUMAH IBU TUA INI.... AMAT MEMERLUKAN RENOVATION
UST KHAIRI SALLEH SERAH SUMBANGAN
BERGAMBAR KENANGAN.. ENTAH BILA PULA AKAN SAMPAI KE SINI

Ahad, 22 Ogos 2010

Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan

1. Semakin hari semakin dekat , semakin menanti semakin terpikat . Sedar atau tidak hanya 47 hari sahaja lagi untuk seluruh pemuda dan pemudi yang menjadi anggota Gerakan Islam ini berhimpun demi mencetus gelombang baru bagi Amal Tarbawi di dalam PAS disamping meneruskan kerja - kerja dakwah dan siasah.

2. Al Ijtima' At Tarbawi Pemuda - pemudi peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2010 akan datang di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu . Alhamdulillah , program besar yang bakal menghimpunkan hampir 5000 kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan seluruh pencinta - pencinta tarbiyah ini telah mendapat komitmen yang tinggi dari kedua - dua pucuk pimpinan tertinggi PAS iaitu YAB Tuan Guru Dato' Bentara Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat [ al Mursyidul Am PAS ] dan Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

3. Sejurus selesai retreat Dewan Pemuda PAS Pusat baru - baru ini terdapat beberapa penambahan kepada tentatif atau aturcara Ijtimak Tarbawi tersebut yang perlu saya paparkan di sini .

Pertama : Penyertaan wajib dikekalkan kepada semua Exco DPPP , Exco DPP Negeri , Ajk DPP Kawasan dan ianya turut dibuka kepada mahasiswa\i dalam dan luar negara serta para pemudi [ akhawat ] dengan terlebih dahulu mendaftarkan diri ke pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri atau direct kepada Sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di pejabatnya . Insyaallah mekanisme pendaftaran secara online sedang disiapkan . [ Jika lambat , akhawat disarankan daftar segera ke pejabat DPP Negeri atau Pusat ]

Kedua : [ Tentatif ]


01 Oktober 2010 [ Jumaat ] ~ kandungan ~

04.00 pm - 06.30 pm : Pendaftaran Masuk
06.30 pm - 07.30 pm : Taklimat , al Ma'thuuraat & solat maghrib berjamaah
08.00 pm - Taujihat Tarbawi oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
~ Solat Isyak dan Makan malam ~


10.15 pm : Majlis Perasmian oleh :
YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [Al Mursyidul Am PAS] . 

02 Oktober 2010 [ Sabtu ] ~ kandungan ~

Qiamulail dan Bicara Subuh 

Tafsir Al Hujurat 1 [6.15 am] dan Tafsir Al Hujurat 2 [8.00 pm] oleh :
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [Presiden PAS]

Kertas 1 : PAS & Tarbiyah Islamiyyah oleh :
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Yahya Othman

Ulasan 1 : Pengukuhan PAS melalui Tarbiyah oleh :
Al Fadhil Yb. Ust Nasharudin Mat Isa [ Timbalan Presiden PAS ]


Pidato Tarbawi 1 : Tarbiyah Jihadiyah dan Pilihanraya oleh :
Al Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar Chik


Forum Tarbawi 1 : Memupuk Budaya Tarbiyah dalam PAS oleh :
Yb. Hj Salahudin Ayub [ Naib Presiden PAS ]
Ustaz nasrudin bin Hj Hassan At Tantawi [ Ketua DPP Pusat ]
Ustazah Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh [ Ketua DMP Pusat ]


Pidato Tarbawi 2 : Tarbiyah Jihadiyah dan Palestine oleh :
Wakil Gerakan Islam Luar Negara
Al Fadhil Tuan Guru Dato' Hj Harun Din [ Timbalan Mursyidul Am PAS ]
Yb. Dato Hj Mahfuz Omar . [ Naib Presiden PAS ]


03 Oktober 2010 [ Ahad ] ~ kandungan ~

Qiamulail dan solat fardhu berjamaah


Tafsir Al Hujurat 3 ~ khatam ~ [ 6.15 am ] oleh :
Yb Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang [ Presiden PAS ]


Kertas 2 : Tarbiyyah Al Harakiyyah oleh :
Al Fadhil Yb. Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib [ Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat ]


Ulasan 2 : Mengukuh Amal Jamaei oleh :
Al Fadhil Ustaz Idris Hj Ahmad


Forum Tarbawi 2 : Tarbiyyah dan Dewan Pemuda PAS oleh :
Al Fadhil Ustaz Hj Zulkifli Ismail [ DUP ]
Al Fadhil Ustaz Azman Syafawi Abd Rani [ DPP Pusat ]
Al Fadhil Ustaz Hj Ahmad Yahya [ DPP Kedah ]


Ikrar Ijtima' : Pengarah Ijtima'


Penutup [ 12.30 pm ] oleh : Yb Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS


4. Saya berharap , masa yang begitu pantas berlalu tidak melekakan para pemuda untuk membuat persiapan awal dari segi material , fizikal dan mental agar Ijtima' Tarbawi ini benar - benar dapat meletuskan satu ledakan besar dalam PAS untuk kembali mengaktifkan organ - organ tarbiyahnya.


5. Ironinya apabila program seumpama ini mendapat perhatian serius YAB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau meminta supaya saya menyegerakan Ijtima' ini dan dilangsungkan di dalam bulan Ramadhan ini juga untuk menyertai kemuliaannya. Malangnya sepanjang bulan Ramadhan ini Dewan Pemuda PAS Pusat telah padat dengan program seperti :


Singgah Ramadhan [ Dewan Pemuda PAS bersama Harakah ] di 4 buah negeri
Munaqsyah Ucaptama Ketua Dewan Pemuda [ zon utara dan selatan ]
Iftar Jamaei DPPP
Sidang Meja Bulat Selamatkan Negara [isu jenayah rogol , buang bayi dan zina ]
Pertemuan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Isu Mahasiswa wajar Berpolitik]
Pelancaran kempen kumpul Tandatangan bantah saman ekor


Justeru itu , Ijtima' tersebut terpaksa dilangsungkan sebagaimana jadual asal iaitu 1 , 2 ,3 Oktober 2010 kelak . Semoga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepada kita semua untuk menjayakan program besar ini

Sumbangan Fakir Miskin DPPNK di Kuala Kedah

Sumbangan fakir miskin pada 21 Ogos 2010, Sabtu. Sumbangan diedarkan oleh Exco DPPNK dan AJK DPPK di sekitar Kubang Rotan...

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons