Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label langkawi. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2009

KETUA DPPNK LAWAT BEKAS SEKOLAH AGAMA DILANGKAWI

Ketua Pemuda PAS Negeri , ust Ahmad Yahya bersama Setiausaha DPPNK, Ust Rosli Azmi, Bekas Ketua DPPNK Ust Musoddak, dan Ust Mohamad Ismaik, EXCO DPPNK yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan DPPNK telah melakukan lawatan ke Tapak Sekolah Menengah Agama Baqiyatul Solehat di Kg Ranggut, Langkawi. Lawatan tersebut bagi meninjau keadaan sekolah itu yang terpaksa ditutup sejak tahun 2004 kerana kesan dari sekatan ke atas sekolah agama rakyat oleh kerajaan semasa pemerintahan Tun Mahathir dulu.

Sekolah tersebut yang dahulunya begitu maju telah ditinggalkan tanpa sebarang pengajian sejak 2004 menyebabkan bangunan sekolah dan juga asrama menjadi usang dan rosak. Pihak DPPNK juga sempat mengadakan pertemuan bersama Pimpinan PAS cawangan Kg Ranggut dan juga beberapa orang penduduk bagi mendapat maklumat lanjut dan gambaran tentang kedudukan sekolah tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri juga dalam perancangan untuk menghidupkan semula sekolah tersebut dan menjadikan sekolah menengah agama yang kedua diLangkawi selepas Maktab Mahmud.Para penduduk disitu juga amat mengharapkan supaya sekolah tersebut dapat dipulihkan dan pengajian akan kembali berjalan.










Isnin, 10 November 2008

MB tidak setuju caj bagasi

oleh SinarHarian

PANTAI TENGAH - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak menyokong caj bagasi yang dikenakan oleh pengusaha feri ke atas penumpang.

Katanya, perkara itu tidak diketahui dan akan menunggu laporan penuh daripada Exco berkenaan untuk dibincangkan.

“Kenapa nak bebankan penumpang, kerajaan sudah bagi subsidi. Harga minyak turun, kenapa nak kenakan caj bagasi kalau ada cadangan biarlah beralasan.

“Saya tidak akan setuju dengan sebarang cadangan yang membebankan rakyat, tambang dari Langkawi ke Kuala Kedah RM23 dan Langkawi ke Kuala Perlis RM18, kalau caj bagasi dikenakan, macam mana orang nak datang ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, caj itu akan membebankan terutama keluarga yang mempunyai ramai anggota dan penduduk Langkawi yang kerap berulang alik ke Kuala Kedah serta Kuala Perlis.

“Kita tidak mahu sebarang cadangan yang boleh menjejaskan pintu masuk Langkawi kerana ini adalah pulau tumpuan pelancong dan kehadiran pelancong berupaya menjana pendapatan negara dan Kedah khususnya,” katanya.

Pada 5 November lalu, akhbar ini melaporkan caj bagasi akan dikenakan sebanyak RM2.50 dan caj bagasi secara timbang bersistem mula diperkenalkan tidak lama lagi oleh syarikat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd.

Rabu, 16 Julai 2008

Langkawi kini dikenali Langkawi Permata Kedah

16/07/2008 11:14am

ALOR STAR 16 Julai - Kerajaan negeri hari ini menamakan Langkawi dengan nama baru, Langkawi Permata Kedah.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata, ia akan digunakan secara rasmi bermula hari ini sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah. - Utusan.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons