Khamis, 6 November 2008

Pemuda Pas bantah persidangan UMNO diadakan di sekolah

06 November 2008

YAN - Ketua Pemuda Pas Kawasan Jerai, Mohamad Ismail berkata, Persidangan UMNO Bahagian Jerai tidak sepatutnya diadakan di institusi kerajaan seperti sekolah-sekolah kerana kepentingan parti tidak sepatutnya dibawa masuk ke sekolah.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa mengulas mengenai persidangan UMNO Bahagian Baling yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Baling, baru-baru ini.

“Pemuda Pas Kawasan Jerai turut membantah sekiranya Persidangan UMNO yang dijadualkan akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Yan yang akan diadakan pada 8 November ini terus diadakan di sekolah tersebut,” tegasnya.

Menurutnya, aktiviti mana-mana parti tidak sepatutnya diadakan di sekolah-sekolah, sekali pun mereka menyewanya.

Katanya, masih ada banyak lagi tempat yang lebih sesuai boleh diadakan perhimpunan atau aktiviti seperti termasuk di Dewan Orang Ramai, Dewan Majlis Daerah dan sebagainya tanpa melibatkan institusi pendidikan yang terdapat di negeri ini.

“Sebagai contoh, di daerah Yan sendiri terdapat banyak tempat yang lebih sesuai untuk diadakan mesyuarat oleh mana-mana parti termasuk di Dewan Orang Ramai Guar Chempedak dan Dewan Dato’ Madi,” katanya

Menurutnya lagi, Pemuda Pas dan wakil kepada Ahli Parlimen Jerai akan membuat bantahan sekiranya UMNO mengadakan aktiviti parti di mana-mana sekolah.

Selain itu, surat bantahan itu juga akan dihantar ke sekolah yang terlibat, ianya adalah kerana kita tidak mahu kepentingan mana-mana parti dibawa masuk ke sekolah di mana ianya merupakan institusi pendidikan.

“Kita (Pas) sendiri tidak pernah mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah milik kerajaan, Pas mempunyai tempat sendiri untuk mengadakan sebarang aktiviti parti.

Mohamad berkata, sekiranya pihak UMNO terus mengadakan aktiviti parti di sekolah-sekolah, menunjukkan bahawa mereka (UMNO) tidak “Gentlemen” kerana mereka telah menggunakan kemudahan kerajaan persekutuan yang ada untuk mengadakan aktiviti parti dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Selain itu, kita juga kecewa dengan tindakan meletakkan nama Barisan Nasional (BN) di papan tanda pada sesuatu projek kerajaan yang diadakan di negara ini.

“Ini menunjukkan mereka (kerajaan BN) membelakangkan Malaysia, kerana projek tersebut merupakan projek daripada Kerajaan Malaysia oleh yang demikian lebih baik menggunakan nama Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Wakil Peribadi kepada Ahli Parlimen Jerai, Mohd Shubihi Mohd Zain berkata, bahawa tidak sepatutnya sekolah-sekolah dijadikan tempat mengadakan aktiviti mana-mana parti dan pada masa yang sama, terdapat juga ahli UMNO yang menganggap bahawa Dewan Orang Ramai merupakan hak UMNO.

“Perkara tersebut tidak betul kerana Dewan Orang Ramai adalah hak semua masyarakat,”jelasnya. ~ SinarHarian ~

PERMINTAAN SERTAI KBS LUAR BIASA, PENDAFTARAN DITUTUP

Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena

Permintaan untuk menyertai Kem Bina Sahsiah 2008 datang mencurah-curah sehingga tak menang tangan pihak sekretariat menjawab panggilan telefon dan juga sms. Permintaan mendadak berlaku selepas iklan KBS disiarkan dalam Harakah isnin lepas. Sehingga kini pihak sekretariat telah menerima hampir 300 permintaan untuk sertai KBS yang mana sasaran peserta hanya seramai 200 orang sahaja. Ini menyebabkan pihak sekretariat terpaksa menolak banyak permohonan yang melebihi had.

Pengarah KBS, Ust Musoddak Hj Ahmad menyatakan bahawa permohonan menyertai KBS tahun ini amat luar biasa ini berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin ini disebabkan oleh faktor yuran pendaftaran yang rendah dan tempoh kem selama 21 hari yang amat baik untuk mendidik peserta.

Beliau juga memohon maaf kepada waris peserta yang permohonan mereka terpaksa ditolak kerana tempat yang terhad. Beliau juga memberi jaminan KBS ini akan berjalan dengan baik setiap peserta akan diberi perhatian yang terbaik untuk kebaikan mereka.

isu najis babi jadi baja- Bau busuk ganggu penduduk sekitar

Thursday, November 6, 2008

Oleh: Fakhri Ahmad

Naka, 5 Nov - Bau busuk yang terhasil dari baja yang dipercayai najis babi, sering dibawa ke sebuah ladang getah disini telah meyebabkan penduuduk sekitar membuat aduan kepada Kerajaan Negeri.


Hasil maklumat penduduk tempatan, Pegawai Khas MB Kedah, Saudara Ismadi Haji Kader bersama Pengarah JPJ Negeri Kedah Haji Jaafar Muhammed telah melakukan tinjauan sekitar jalan yang dipercayai digunakan itu.

Muatan baja dipercayai daripada najis babi itu sering dibawa menggunakan jalan Tekai, dan dibawa ke sebuah ladang getah yang di tanam dengan pokok betik.


Dalam tinjuan yang di buat di kawasan ladang getah milik Syarikat Gula Padang Terap itu, baja tersebut dikatakan digunakan untuk tanaman pokok betik yang di tanam di antara anak-anak pokok getah di ladang tersebut.


Namun maklumbalas pihak ladang baja itu menyatakan bahawa baja yang dibawa itu adalah baja najis ayam yang telah diproses dengan hampas kelapa sawit. Hasil dari proses campuran itulah yang telah mengeluarkan bau seakan-akan bau najis babi.


Menurut Ismadi, contoh baja tersebut telah dihantar untuk dianalisa dan menunggu lapuran daripada pihak berkenaan.


“ pihak kerajaan negeri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan akan sentiasa memberikan perhatian masalah bau busuk yang di hadapi penduduk berhampiran “’ ujarnya.


Sementara itu pihak JPJ akan bertindak tegas terhadap lori yang membawa najis itu dan akan sentiasa membuat pemantauan di sekitar kawasan Tekai ujar Haji Jaafar Muhammad kepada warta.

Posted by Warta Darul Aman Daily

Rabu, 5 November 2008

Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel

Saidah Hairan
Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.

"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.

Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.

Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.

Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-SH

Pemuda PAS desak MB ganti Canselor Unisel

Saidah Hairan
Wed | Nov 05, 08 | 11:55:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor tidak nampak keberkesanan peranan isteri timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) selama ini.

Ketuanya, Ustaz Sallehen Mokhyi berkata, Unisel merupakan satu institusi akademik oleh itu pelantikan Canselor mesti ada hubungkait dengan tokoh akademik dan orang yang bebas atau tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Memandangkan pelantikan Rosmah sejak zaman kerajaan BN, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid tidak ada alasan untuk menggantikan canselor yang lebih layak dan mempunyai latarbelakang akademik, tegasnya.

"Unisel berorientasikan ilmu bukan politik maka amat tidak sesuai Rosmah dilantik sebagai canselor. Jika Unisel merupakan pusat teater atau kebudayaan maka sesuai Rosmah diletakkan disitu,"katanya.

Beliau berkata, ramai lagi tokoh yang sesuai diletakkan di Unisel yang boleh dijadikan model atau rujukan pada pentadbiran dan akademik.

Katanya, jawatan Canselor merupakan tempat yang penting dalam institusi kerana ia menggambarkan bagaimana bentuk yang akan berlaku di institusi tersebut.

"Kita lihat banyak insititusi yang tidak dapat bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa bahkan ketinggalan jauh disebabkan kongkongan politik sempit," tegasnya.

Beliau beranggapan Unisel tidak boleh bergerak lebih jauh disebabkan kongkongan atau campurtangan politik yang terlalu kuat.

Unisel merupakan universiti penuh milik kerajaan negeri itu melantik Rosmah sebagai canselor pertama pada Ogos 2006.

Unisel ditubuhkan pada 1999 diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) dipengerusikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.-SH

Berkhatan PERCUMA anjuran PAS Kawasan Sungai Petani

Oleh : Azman Ahmad

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pantai Merdeka menganjurkan program berkhatan beramai-ramai percuma yang akan diadakan pada 15hb di Dewan MPSP Tikam Batu. Program yang merupakan siri ke-lapan ini terbuka kepada orang ramai sekitar Kawasan Sungai Petani.

Menurut Pengarah Program Haji Abdul Rahman Salleh, program ini merupakan satu program kebajikan yang setaip tahun dianjurkan oleh PAS Kawasan Sungai Petani namun pada tahun ini program ini dianjurkan bersama PKWR Pantai Merdeka.

"Pada tahun ini program ini diadakan secara percuma dan dihadkan kepada 100 orang sahaja, namun atas permintaan ramai bilangan peserta terpaksa ditambah kepada 150 orang." menurutnya lagi.

"Program akan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan Perasmian oleh ADUN Pantai Merdeka, YB Haji Abdullah Jusoh diikuti dengan 'mandi' dna berkhatan. Jamuan turut disediakan kepada semua hadirin selepas selesai majlis berkhatan". tambahnya.

Ibubapa dan waris peserta dijemput bersama-sama meraikan majlis berkhatan ini.

Perhimpunan Pagi Bulan November

Amanat YAB Menteri Besar di perhimpunan bulanan

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

ALOR STAR – Sekali lagi warga Wisma Darul Aman berkumpul menghadiri
perhimpunan pagi bagi mendengar amanat serta perkembangan semasa
mengenai Wisma Darul Aman khususnya, dan negeri Kedah amnya yang
disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan
Abdul Razak.

Terkenal dengan sifatnya yang suka berjenaka, YAB Dato' Seri sempat
berjenaka dengan warga Wisma Darul Aman membuatkan mereka terhibur.
Dalam ucapannya, beliau menekankan adalah penting kepada kita sebagai
kakitangan awam yang memikul tanggungjawab serta amanah orang ramai
untuk memberi mutu perkhidmatan yang memuaskan kepada mereka. Ini
disebabkan oleh rakyat adalah pembayar cukai dalam menjana ekonomi
negeri.

Naik turunnya sesebuah negeri bergantung kepada kesejahteraan rakyat
di samping pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Maka, adalah
penting kepada para pemimpin negeri mengamalkan sifat ikhlas dan
bersungguh-sungguh dalam memikul amanah dan tanggungjawab terhadap
rakyat, tambah beliau lagi.

"Piagam pelanggan adalah penting bagi memastikan di mana pihak
pentadbiran di semua peringkat dapat memberi perkhidmatan yang baik
kepada rakyat," jelas beliau.

"Bila kita ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam berkhidmat kepada orang
ramai, balasan baik Allah Taala kurniakan," ujar beliau.

Kita sedia maklum dengan krisis ekonomi dunia sekarang yang turut
dirasai di negeri kita. Sebagai sebuah negeri yang mempunyai dana
kewangan yang kecil berbanding negeri-negeri lain, Kerajaan Negeri
masih mampu memberi keselesaan kepada rakyat dengan memastikan
pengagihan harta negeri diberi sama rata.

"Alhamdulillah, kita masih boleh menstabilkan ekonomi negeri serta
berjimat cermat walau dalam keadaan kewangan yang kecil," terang
beliau.

Selain daripada itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan kejayaan
hasil daripada misi perdagangan beliau bersama beberapa Ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan ke Australia baru-baru ini. Dalam lawatan tersebut,
Kerajaan Negeri berjaya menjalin hubungan perdangangan dengan sebuah
kolej di sana bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi menjayakan
projek Petroleum Hidrokarbon Hub.

"Kepada anak-anak Kedah yang layak, mereka akan di hantar ke Australia
untuk belajar kemahiran bagi menjayakan projek Petroleum Hidrokarbon
Hub," jelas beliau.

Dalam perhimpunan tersebut, Kerajaan Negeri juga berbesar hati
menyampaikan anugerah kepada 13 anak-anak warga Wisma Darul Aman yang
mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM
dan STAM.

Kelab Penyokong Muda PAS dilancar 15 November

Nyza Ayob
Tue | Nov 04, 08 | 3:48:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Atas sokongan dan kepercayaan rakyat daripada masyarakat pelbagai kaum kepada PAS pada Pilihan raya Umum ke-12 yang lepas khususnya di kalangan anak muda daripada pelbagai kaum, Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil inisiatif melalui penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP).

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Dewan Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS adalah selaras dengan dasar PAS dan juga Islam yang memberikan hak dan keadilan kepada seluruh rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama.

Inisiatif tersebut katanya diambil kerana menyedari kurangnya penumpuan PAS terhadap golongan muda daripada kalangan masyarakat bukan Islam.

Jelas Khairul Faizi, memandangkan penubuhan Kelab Penyokong PAS pada 2004 dengan keahliannya sudahpun mencecah 18 ribu orang, maka Dewan Pemuda PAS mengambil inisiatif untuk membentuk Kelab Penyokong Muda PAS yang akan lebih cenderung ke arah aktiviti yang sesuai untuk pemuda.

Tambahnya, Kelab Penyokong PAS dilihat lebih dianggotai oleh golongan dewasa serta aktivitinya tidak banyak menjurus kepada golongan muda.

Pelancaran dan perasmian Kelab Penyokong Muda PAS ini akan disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayubdi pekarangan lobi Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada 15 November 2008 pukul 2.30 petang.

Khairul Faizi menerangkan, pada majlis tersebut, beberapa aturcara seperti persembahan kumpulan anak muda daripada Kelab Penyokong Muda PAS, pelancaran misi dan visi kelab, penyerahan borang keahlian dan majlis memperkenalkan Jawatankuasa Penaja Kelab Penyokong Muda PAS.

Dalam pada itu katanya, kemuncak penubuhan Kelab Penyokong Muda PAS akan diadakan pada Mei 2009 melalui satu Himpunan Anak Muda Kelab Penyokong Muda PAS yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang. Ia akan dilaksanakan bagi menghimpunkan kesemua jawatankuasa penaja yang telah berjaya ditubuhkan di peringkat pusat dan negeri-negeri.

Sehubungan itu katanya, bagi memastikan bahawa Kelab Penyokong Muda PASakan disambut diperingkat negeri-negeri, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat akan bergerak ke seluruh negara untuk melancarkan kelab tersebut di peringkat negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak selepas pelancaran dilakukan pada 15 November nanti. - mks. _

PELANCARAN KELAB PENYOKONG PAS






Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KOTA SARANG SEMUT: Keyakinan masyarakat bukan Islam kepada PAS kian meningkat dari hari ke hari. Bahkan tidak sekadar dengan menyatakan sokongan, tetapi rata-ratanya mahu memberi komitmen menggerakkan agenda PAS di tengah masyarakat umum. Ini terbukti dengan penubuhan Kelab Penyokong PAS yang kini mempunyai seramai lebih 100,000 keahlian di seluruh negara.

Baru-baru ini lebih 600 keahlian diterima untuk Kelab Penyokong PAS Kawasan Kuala Kedah dan Kawasan Alor Star pada majlis perasmian kelab itu yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di sini, 31 Oktober lalu.

Ketika pimpinan PAS berhasrat meraikan mereka dengan pakaian berwarna merah yang sinonim dengan masyarakat Tionghua, mereka pula hadir dengan uniform hijau putih. Majlis turut dimeriahkan dengan paluan gendang tarian naga yang dipersembahkan diawal majlis.

Antara yang menyampaikan ucapan pada malam itu ialah Timbalan Pengerusi II Kelab Penyokong PAS Nasional, Encik Vincent Lee, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, YB Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kedah, YB Dr Ismail Salleh.

Dr Ismail dalam ucapannya menyatakan usaha yang sedang dilakukan lajnahnya untuk mewujudkan panduan kerja bagi Kelab Penyokong PAS dan diharap ianya nanti dapat digunapakai oleh Kelab Penyokong PAS diseluruh negara. Pun begitu katanya, beliau turut melahirkan harapan agar PAS Pusat mendahului usaha itu.

Katanya lagi, Kelab Penyokong PAS bukan satu hubungan itu untuk gerakerja pilihan raya, tetapi adalah hubungan sepanjang masa dan menggerakkan agenda secara bersama.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, YB Dato’ Haji Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Selasa, 4 November 2008

Peranan Pemuda PAS di era kemenangan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

 

ALOR STAR: Gabungjalin pengalaman dimiliki antara individu pemuda mampu membawa PAS menjadi jamaah dan parti yang lebih mantap untuk berdiri di arena politik dan dakwah seterusnya memasarkan PAS di tengah masyarakat hasil dari kebijaksanaan bersiasah.

 

Demikian pandangan yang dilontarkan Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar semasa menyampaikan ucapan pada Munaqashah Kepimpinan Pemuda bertemakan "Memelihara Kemenangan" anjuran Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di sini, 1 November lalu.

 

Katanya, Pemuda PAS di semua peringkat perlu mengetengahkan tindakan untuk meletakkan PAS sebagai bukan sahaja jamaah dan parti politik yang memperjuangkan Islam tetapi boleh juga diterima oleh semua.

 

"Kita boleh bercakap bahawa Islam itu untuk semua, tetapi bagaimana untuk menterjemah dan melaksanakannya dalam masyarakat pelbagai kaum ini?" ujar Mahfuz melontarkan persoalan.

 

Jelasnya, pemuda tidak sekadar berperanan untuk mengisi kemenangan, tetapi juga mengurus dan mempertahankannya dengan cara memperkasakan kerajaan itu sendiri.

 

Pemerkasaan kerajaan katanya, memerlukan kebijaksanaan siasah dengan menerima realiti bahawa kerajaan ini merupakan adunan dari tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitulah dengan mewujudkan hubungan asas melalui kesefahaman antara komponen.

 

Politik Islam katanya, telah memberi contoh kebijaksanaan dipraktikkan seperti dalam kisah Baginda menghadapi cubaan bunuh Suraqah bin Malik.

 

"Walaupun wujud perbezaan, tetapi kita tidak boleh menonjolkan penolakan kita terhadap sesuatu perkara. Tetapi tidak bermakna kita perlu mengorbankan prinsip perjuangan kita. Yang perlu kita lakukan ialah mengurus prinsip perjuangan kita," terang beliau dengan memberikan contoh strategi para pengeluar kenderaan di dunia masa kini yang mengadakan hubungan kerjasama untuk meluaskan pasaran masing-masing.

 

Menurutnya, perkara yang sama perlu diaplikasikan dalam strategi berpolitik. Jelas Mahfuz, pasaran luas terhadap dakwah dan siasah diperlukan PAS memandangkan persepsi masyarakat yang pelbagai terhadap parti ini.

 

Selain itu sarannya, untuk memperkukuhkan jamaah, pemuda juga perlu memberi tambah nilai kepada program-program 'tradisi' parti seperti usrah dan penerangan.

 

Pemuda PAS diseru komited laksana Usrah dan Mesyuarat

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

izwan@harakah.net.my

 

ALOR STAR: Pemuda PAS seluruh Kedah diseru untuk terus komited melaksanakan usrah dan mesyuarat sebagai kekuatan asas jamaah, kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad ketika ditemui pada Munaqashah Kepimpinan Pemuda di sini, 1 November lalu.

 

Jelasnya, kekuatan PAS sebagai jamaah Islam terletak hingga ke akar umbi hasil daripada usrah yang membina fikrah dan kefahaman di semua peringkat. Manakala kekuatan PAS sebagai organisasi hasil gerakan yang dijana melalui mesyuarat.

 

Oleh itu katanya, Pemuda PAS Kedah perlu terus komited menjadikan hari Rabu malam Khamis sebagai 'Hari Pemuda' untuk mengadakan aktiviti pemuda. Melalui kekerapan pertemuan itu ujarnya, kekuatan dapat digembleng sebagai satu gerakan. Apatah lagi, setelah PAS berjaya memerintah negeri Kedah, maka katanya, pemuda perlu menjadi tenaga utama.

 

"Pemuda PAS Negeri juga mahu terus memperkasakan pendidikan dengan membuka beberapa lagi Sekolah Rendah Islam (SRI). Kita lihat keyakinan masyarakat kepada sekolah-sekolah kita ini semakin rancak. Permohonan untuk kemasukan kita terpaksa ditapis sekarang ini," ujarnya yang turut memaklumkan sedang mencari tapak baru untuk SRI di kawasan selatan Kedah.

 

Pemuda PAS Kedah juga katanya, akan memperkemaskan penampilan di tengah masyarakat sebagai 'Duta Penyelamat dan Kasih Sayang'. Dengan itu katanya, peranan kepada parti dan Kerajaan Negeri akan diberikan semaksimum mungkin.

 

"Sekarang ini pun, beberapa tenaga penting kerajaan negeri adalah exco pemuda negeri," maklumnya dengan menyebut beberapa nama.

 

Menyedari tanggungjawab pemuda yang semakin banyak kini, beliau menyeru pemuda PAS seluruh kawasan agar meningkatkan komunikasi untuk menggembleng tenaga bersama bagi melaksanakan amanah parti dan Kerajaan Negeri yang didokongi ini.

 

Bagaimana Mahu Menjadi Ahli PAS?- JOM KITA PAKAT KEMPEN

Syarat-syarat

Adapun syarat untuk menjadi seorang ahli PAS itu ialah:

* Warganegara Malaysia

* Beragama Islam

* ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’

* Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa

* Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

Permohonan
1. Seseorang yang hendak menjadi ahli PAS mestilah menghantar permohonan kepada Setiausaha Cawangan di mana is berkehendak masuk menjadi ahli, kecuali jika ada sesuatu sebab yang munasabah maka bolehlah dilakukan seperti berikut:

* Di mana-mana tempat yang tidak ada cawangan hendaklah dihantar terus kepada Setiausaha Kawasan ataupun;


* Di mana-mana tempat yang tidak ada Cawangan dan/atau Kawasan hendaklah ia menghantar terus permohonan kepada Setiausaha Agung PAS bagi menjadi ahli PAS yang berdaftar terus.


* Dengan tidak mengindakan apapun yang terkandung dalam butiran-butiran di atas dalam Fasal ini, maka Setiausaha Agung dalam keadaan dan sebab-sebab yang tertentu bolehlah menerima sebarang permohonan menjadi ahli yang berdaftar terus ke Pejabat Agung.

2. Sebarang permohonan menjadi ahli PAS hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Harian PAS Pusat.


3. Tiap-tiap sekeping borang itu hendaklah ditandatangani atau dengan apa-apa keterangan oleh pemohon itu, dan juga oleh seorang ahli yang menjadi pencadang dan seorang ahli yang menjadi penyokongnya. Kedua-dua orang yang menjadi pencadang dan penyokong itu hendaklah tahu benar-benar akan orang yang memohon itu.

Hak dan Kewajipan Ahli
1. Hak-hak ahli ialah :

* Setiap ahli PAS berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam parti dan boleh dicadang untuk mewakili parti.


* Setiap ahli PAS berhak mengundi dan diundi dalam parti mengikut ketentuan-ketentuan yang terdapat di dalam Perlembagaan PAS serta Aturan dan Peraturannya.


* Setiap ahli PAS berhak menghadiri perhimpunan-perhimpunan dan rapat-rapat parti.


* Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.


* Setiap ahli PAS berhak mendapat apa-apa gelaran yang ditetapkan oleh parti mengikut yang diputuskan oleh Muktamar Tahunan parti apabila dan pada bila-bila masa ada usul yang demikian.

2. Kewajipan-kewajipan ahli :

* Menunaikan yuran dan lain-lain menurut keputusan parti dari masa ke semasa.


* Melaksanakan arahan-arahan dan keputusan-keputusan parti sama ada umum atau khusus.


* Menghadiri mana-mana kursus-kursus, tamrin-tamrin atau perhimpunan-perhimpunan parti sebagaimana yang ditetapkan dan diarahkan.


* Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam.


* Memperkuatkan kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri.


* Pada ‘amnya melaksanakan kehendak-kehendak Perlembagaan parti.

3. Setiap ahli PAS berhak memohon berpindah Kawasan PAS dan berkewajipan untuk mengemukakan satu permohonan bertulis untuk berpindah Kawasan dengan keterangan-keterangan yang perlu kepada Setiausaha Agung yang hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat dengan seberapa segera yang boleh bagi menimbangkan permohonan yang berkenaan itu.


4. Setiap ahli PAS yang berdaftar terus ke Pejabat Agung juga berhak memohon menjadi ahli sesebuah kawasan PAS dengan memohon mengikut kaedah yang sama yang disebutkan dalam ceraian (3)(a) Fasal ini.


5. Setiap ahli PAS yang berpindah Kawasan itu tidak berhak memilih dan dipilih untuk memegang mana-mana jawatan dalam Kawasan barunya melainkan setelah mendapat akuan kelulusan berpindah Kawasan dari Setiausaha Agung.

Dapatkan Borang Keahlian PAS Disini"-


Direktori Kawasan bagi Negeri Kedah


* KAWASAN LANGKAWI
NASHIRUDDIN MUHAMMAD
PEJABAT PAS KAWASAN LANGKAWI
LOT 1600,
JALAN KAMPUNG BUKIT HANTU, LANGKAWI
(04-9552821)

* KAWASAN JERLUN
SDR AZHAR IBRAHIM
MARKAZ PAS JERLUN, KM 22 ,
JALAN PUTERA, KG LUBUK PINANG,
06150, AIR HITAM, KEDAH
(04-7940839)(Fax : 04-7949879)

* KAWASAN PADANG TERAP
SDR. MOHD AZAM BIN ABD AZIZ
PEJABAT PAS KAWASAN PADANG TERAP
NO. 38-A, BANGUNAN MTD KUALA NERANG
PEKAN BARU KUALA NERANG
06300 K. NERANG
KEDAH DARUL AMAN
(04-7860118)

* KAWASAN POKOK SENA
SDR. AHMAD ZUHAIRI BIN ZUBIT
PEJABAT PAS KAWASAN POKOK SENA
KM 8.5. JALAN LANGGAR
06500 LANGGAR
KEDAH DARUL AMAN
(04-7870802)

* KAWASAN KUALA KEDAH
YB MOHD NASIR MUSTAFA
PEJABAT PAS KAWASAN KUALA KEDAH
KAMPONG KUALA SUNGAI, MK KUBANG ROTAN
06250 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(04-7335785)

* KAWASAN PENDANG
SDR SOBRI HAJI AWANG
MARKAZ PAS KAWASAN PENDANG
KM 4, KG GAJAH MATI
06700 PENDANG
KEDAH DARUL AMAN
(04-7597255)

* KAWASAN MERBOK
SDR AZIZAN HAMZAH
MARKAZ PAS KAWASAN MERBOK
KG PENGKALAN KAKAP
08400 MERBOK
KEDAH DARUL AMAN
(04-4571426)

* KAWASAN SUNGAI PETANI
SDR. ROSLI BIN DARUS
PEJABAT PAS KAWASAN SUNGAI PETANI
NO. 111, JALAN BUTTERWORTH, TIKAM BATU
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
(04-4387368)

* KAWASAN PADANG SERAI
HAJI MOHD NABIL BIN HAJI PUTEH
PEJABAT PAS KAWASAN PADANG SERAI
NO. 144 TINGKAT ATAS
BANGUNAN PERNIAGAAN PUTRA,
JALAN PUTERA B
KELANG LAMA
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN
(04-4908378)

* KAWASAN KULIM BANDAR BARU
SETIAUSAHA PAS KAWASAN
BANGUNAN PAS KULIM BANDAR BAHARU
KG BARU LOMBONG
09800 SERDANG
KEDAH DARUL AMAN
(04-4078377)

* KAWASAN KUBANG PASU
HAJI MOHD ZUKI BIN ABU
MARKAZ PAS KAWASAN KUBANG PASU
KG PADANG TOK
KESOP, 06000 JITRA
KEDAH DARUL AMAN
(TEL:04-9175721)
(FAX: 04-9178423)

* KAWASAN ALOR SETAR
TUAN HJ ADNAN BIN SAAD
PEJABAT PAS KAWASAN ALOR SETAR
NO. 233, KM 3.5 LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM
05400 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(04-7711346)

* KAWASAN SIK
SDR ANUARDI ABU BAKAR
PEJABAT PAS KAWASAN SIK
LOT 3706, KAMPONG SUNGAI PAU,
JENIANG
08700 GURUN
KEDAH DARUL AMAN,
(04-4644495)

* KAWASAN BALING
YB MD ZUKI YUSOF
PAS KAWASAN BALING
KAMPUNG LANDAK HILIR
09200 BALING
KEDAH DARUL AMAN
(TEL/FAX :04-4766452)

* KAWASAN JERAI
UST AZIZA TALIB
PEJABAT PAS KAWASAN JERAI
NO. 18, BATU 15 ¼, PADANG LUMAT
08800 GUAR CHEMPEDAK
KEDAH DARUL AMAN
(TEl/FAX :04-7691959)

Ucapan Takziah Ketua Pemuda PAS Kepada Gerakan

PAS/DPPP/1.03.04-07(021) 3 November 2008 / 5 Zulkaedah 1429

Kepada :

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Presiden,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia,

Level 5, Menara PGRM,
8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
(No. Fax : 03-9287 8866)


Y.Bhg. Tan Sri;

UCAPAN TAKZIAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Tan Sri dan seluruh ahli Parti Gerakan Rakyat Malaysia serta ahli keluarga mendiang Y.Bhg. Dato' Dr. S. Vijayaratnam, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia di atas kematiannya pada hari ini.

Kami berharap Y.Bhg. Tan Sri dan seluruh ahli Parti Gerakan Rakyat Malaysia serta ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah;

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Sepetang Bersama YB Nasir

Oleh Izwan Abdul Halim

Dalam sehari, urusan yang dijadualkan terlalu padat hinggakan terkadang sukar menepati waktu. Apatahlagi hal-hal tidak dijangka yang muncul di luar jadual juga perlu diraikan.



Namun semua itu tetap dilaksanakan dengan penuh komited bukan kerana kepercayaan telah diberi oleh masyarakat semata-mata, tetapi juga diterima sebagai amanah Allah yang akan dituntut pertanggungjawabannya di hari kemudian.

Jadual asal untuk melawat sebuah madrasah tahfiz di Kuala Sungai, pada jam 5 petang diawalkan kepada jam 3 petang setelah mesyuarat yang dihadiri sebelum itu selesai lebih awal dari biasa. Pun begitu tidak bermakna ada ruang senggang selepasnya. Bahkan ketika waktu menunjukkan jam 3.40 petang barulah dapat keluar dari pejabat setelah 'terkepung' dengan kunjungan penduduk yang datang mendapatkan perkhidmatan di Pusat Khidmat. Begitu juga ketika sepanjang perjalanan ke madrasah tersebut, telefon tangan tidak henti-henti berbunyi.



Dengan masa tidak pernah henti berdetik, kunjungan ke Kampung Telok Talipon untuk menziarahi jenazah warga emas di situ seusai lawatan ke madrasah tahfiz tidak kesampaian apabila jenazah telah pun di bawa ke masjid. Lalu terus bergegas ke Masjid Taman Kota Nelayan, bersolat asar dan kemudiannya menyembahyangkan jenazah.

Sekadar itu di situ sahaja penghormatan mampu diberikan. Hasrat untuk mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan tidak dapat dipenuhi, lalu bergegas pula ke Tongkang Yard kerana di sana ada wakil penduduk, Ahli Majlis dan Pegawai Majlis sedang menanti untuk meneliti perkembangan projek saliran di situ.

Ketika masyarakat setempat melambai-lambai kehadiran wakil rakyat mereka, hanya tangan mampu diangkat disamping kuntuman senyuman dilemparkan tanpa sempat membalas teguran kerana masih lagi melayan panggilan telefon yang tidak henti-henti masuk.



Sejurus tinjauan dan perbincangan tersebut yang turut disertai rakan sejawat, Adun Kota Darul Aman, YB Encik Lee Guan Aik, kemudiannya bergerak dengan menumpang motosikal penduduk di situ ke Taman Ria berhampiran. Tiba di sana para penduduk telah sedia menunggu untuk mengajukan masalah penempatan mereka yang dilanda banjir baru-baru ini disebabkan masalah saliran tidak efektif.

Walaupun keletihan, namun tetap melayan aduan penduduk sebaiknya tanpa henti-henti melemparkan senyuman. Hingga akhirnya janji dilafazkan bersama dengan rakan sejawatnya itu untuk sama-sama mengambil tanggung jawab menyelesaikan masalah penduduk di situ.

Rezekinya sepanjang petang itu sentiasa terhidang hingga tiga kali menikmati minum petang di tiga tempat berbeza. Bahkan sentiasa ceria dengan sekali sekala berceloteh dan mengusik mereka yang ditemuinya hingga mengundang kemesraan seolah-olah telah lama dikenali.

Menjelang senja ketika matahari sudah berlabuh dan telahpun berniat pulang ke rumah untuk memenuhi jadual sebelah malam, terpaksa juga singgah lagi melihat longkang tersumbat di pinggir penempatan berhampiran.

Ketika diajukan kepadanya cara beliau menghadapi rutin hariannya itu, beliau mengakui bahawa 'sentiasa ada' di semua tempat setiap masa diperlukan.

"Maksudnya, saya meluaskan hubungan masyarakat kepada saya. Saya pastikan masyarakat boleh berhubung langsung sama ada terus kepada saya atau melalui wakil-wakil saya yang kemudiannya menyampaikan segera hasrat mereka itu," terangnya serta mengakui mempunyai ramai rakan-rakan yang membantunya setiap hari.


Ujar beliau, rakan-rakannya itu akan berada juga di mana tempat yang diperlukan ketika beliau sendiri berada di tempat lain menguruskan hal masyarakat setempat.

Beliau turut memuji rakan-rakannya itu yang boleh diharapkan oleh masyarakat serta menunjukkan komitmen tinggi secara sukarela kepada beliau.



Begitulah sepetang Warta Darul Aman menghabiskan masa bersama Adun Kubang Rotan, YB Encik Mohd Nasir Mustafa, 13 Oktober lalu biarpun tidak dijadualkan sedemikian.

Dua YB Berkongsi Pengalaman

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

BALING: Sebagai wakil rakyat, bukan sahaja berperanan memberi khidmat kepada masyarakat tetapi juga dapat menimba pengalaman yang cukup berharga.

Itulah yang dikongsikan dua wakil rakyat dari Parlimen Baling iaitu Adun Kupang, YB Encik Johari Abdullah dan Adun Kuala Ketil, YB Tuan Haji Md Zuki Yusof ketika ditemui pada satu temubual di Kupang, di sini 14 Oktober lalu.


Kedua-duanya merupakan bekas pendidik dan lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu', malah merupakan aktivis PAS Baling yang dikenali gigih dengan perjuangan.

Menurut mereka, jika selama ini melihat kepayahan hidup orang Melayu di daerah itu, dengan kemenangan pada PRU-12 lalu membawa mereka kepada menyaksikan sendiri kesusahan hidup yang dialami masyarakat bukan Islam kerana dipinggirkan pemerintah sebelum ini.

Maklum Cikgu Johari, aduan yang sering diajukan kepadanya berupa permasalahan kemudahan awam. Katanya, mungkin itu lumrah di daerah seperti itu yang jauh dari pusat pentadbiran.

"Wakil rakyat kawasan bandar mungkin berdepan masalah-masalah pengurusan sampah, landskap dan seumpamanya, tapi kami di sini, aduan lebih banyak mengenai kemudahan awam," terangnya.

Sementara itu, bagi Cikgu Md Zuki, beliau mengungkap PAS sebagai parti keramat.

"Dalam keadaan tiada duit, tiba-tiba duit datang. Pengalaman saya sebagai Adun, baru-baru ini hadapi ribut, banjir dan hari raya. Kita menadah tangan ke langit, tak ada duit dan sebagainya. Tiba-tiba esok pagi ada dermawan datang memberi wang," ujarnya terharu menceritakan kisah itu.

Katanya, jika malam sebelumnya beliau asyik memikir hal-hal dihadapinya, namun 'pertolongan' yang datang tiba-tiba menyelesaikan semuanya.

"Wallahua'lam, berjuang dengan PAS ini akan jadi begitu, tapi kena yakin betul-betullah," katanya sambil menguntum senyuman.

Isnin, 3 November 2008

Ribuan manusia hadir solat jenazah Ust Bakar

Bandar Hilir, Sik 2 Nov 2008

Lebih 6000 orang hadir solat jenazah Ust Abu Bakar Ibrahim pada jam 10.00 pagi di Pondok Bandar Hilir, Sik. Orang ramai telah dahulu datang menziarahi jenazah pada sebelah malam hingga menimbulkan kesesakkan di kawasan pondok dan solat jenazah terpaksa dibuat sebanyak 2 kali.Ramai Pimpinan PAS di semua peringkat dan juga bekas murid Allahyarham hadir memberi penghormatan terakhir.


Ust Abu Bakar Ibrahim atau lebih dikenali Ust Bakar Bongor telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.00 petang semalam . Menurut menantu beliau, Ust Alias Abdullah Allahyarham telah jatuh sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau merupakan pengasas pondok Markaz Tarbiah Islamiah, Kg. Bandar Hilir, Sik yang juga merupakan bapa mertua kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Ust Ismail Hj Mahmud.

Pondok beliau telah mengalami satu kebakaran besar pada bulan Ramadhan tahun 2007 yang lalu yang menyebabkan semua pondok pelajar lelaki hangus terbakar.

Sebelum menubuhkah pusat pengajian pondok ,beliau merupakah salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Misbahul Falah, Banggol Berangan, Parit Panjang atau lebih dikenali Pondok Lanai. Beliau juga adalah salah seorang AJK Pas Kawasan Sik dan pernah ditahan dibawah akta ISA pada tahun 1997 selama 2 tahun dalam "Operasi Kenari".

Semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkan beliau dikalangan para hambanya yang solihin.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Allahyarham kerahmatullah. Amin...

Ahad, 2 November 2008

ragam anak-anak PASTI di Ihtifal PASTI Kebangsaan 2008










PENGUASAAN BAHASA ARAB PENTING - MB

oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR: Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak meminta kepada semua pelajar di universiti-universiti Timur Tengah menambah penguasaan mereka dalam Bahasa Arab.

Menurutnya, jika ingin belajar di Timur Tengah, golongan pelajar ini perlu menambah pengetahuan mereka di dalam Bahasa Arab dan menguasainya.


"Bagaimana kita hendak belajar di sana jika penguasaan di dalam Bahasa Arab mereka lemah dan jika ingin lebih mudah mempelajari serta menguasai pelajaran di sana, penguasaan Bahasa Arab adalah perlu," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) kali ke-13, di sini.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya bagi menyalurkan bantuan kepada persatuan ini.

Ujarnya, beliau akan menolong dari segala bentuk, termasuklah peruntukan kewangan tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Tambahnya lagi, beliau akan cuba bagi menggabungkan persatuan ini dengan Maahad Ad-Dini bagi pembangunan institusi terbabit.

Beliau turut menekankan beberapa perkara kepada hampir 150 ahli persatuan terbabit mengenai sumbangan yang boleh dilakukan mereka dalam pembangunan insan.

"Ia termasuklah penambahbaikkan dalam mahkamah syariah dan ahli boleh membangunkan ummah melalui kajian-kajian ilmiah," katanya.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan itu, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim sekali lagi dilantik menjadi Pengerusi Ahli Jawatankuasa PBMITT.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi PBMITT Pusat, Ismail Abdul Halim.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:46 PM

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons