Isnin, 2 Mei 2011

MUKTAMAR DPPNK KE 45

Muktamar DPPNK ke 45 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Majlis Perasmian berlangsung  pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran Oleh Adik Abd Muiz Anuar, Pelajar Maahad Tahfiz Al Fityan. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Ust. Mohd Rosli bin Azmi Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 45 kemudian diikuti dengan Ucaptama Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad bin Yahya dengan tema "Memulihara Kemenangan".

Sheikh Hj Mohamad Abdullah, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah Negeri Kedah  mewakili Badan Perhubungan PAS telah berucap dengan penuh semangat kepada perwakilan pemuda yang hadir.

Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Ust Azman Shapawi bin Abd Rani, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Beberapa Kawasan telah menerima anugerah Insentif Kewangan PASTI 2011
1. Pasti Kawasan Kuala Kedah
2. Pasti Kawasan Merbok
3. Pasti Kawasan Jerlun\
4. Pasti Kawasan Baling

Bagi Anugerah Jasamu Dikenang telah diberikan kepada Allahyarham Puan Jamilah binti Jaafar, Guru PASTI Kuala Kedah yang telah meninggal dunia. Allahyarhamah turut menerima sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Pusat sebnayak RM2500 yang diterima oleh suami beliau. Turut menerima anugerah Jasamu di Kenang ialah Ust Mohamad Fauzi bin Husin , Bekas Pengerusi SRIDU dan Ust Musoddak Hj Ahmad , Bekas Pengerusi SAIF.

AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH SESI 2011-2013

Muktamar  Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan MPSPK, Tikam Batu, Sungai Petani. Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik. berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ust Mohamad @ Fauzi bin Husin
Tim. Pengerusi Tetap : Tn Haji Adnan bin Saad

Ketua Pemuda : Ust Ahmad bin Yahya
Timbalan Ketua Pemuda : Tn Haji Muhammad Sanusi bin md Nor
Naib Ketua Pemuda : YB Ust Ahmad Izzat bin Hj Shauki

Ahli Jawatankuasa
1. Ust. Mohd Rosli bin Azmi
2. YB Ust. Mohd Nasir bin Zakaria
3. Ust. Mohd Azam bin Abd Samat
4. Tn Hj. Yusrin Zakri bin Adnan
5. Ust. Mohamad bin  Ismail
6. Mohd Helmi bin Khalid\
7. Ust. Mohd Yusuf bin Awang
8. Ust. Nasri bin Muarat
9. Ust. Salim bin Mhamud
10. Ust Saiful Syazwan bin Shafie

Pemeriksa Kira-Kira
1. Ibrahim bin Hj Soffian
2. Azri bin Omar @ Ahmad

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons