Isnin, 7 Jun 2010

KUBU KUAT UMNO BALING PECAH. 104 ORANG MASUK PAS DI TANJUNG NERING, BOK BAK KUPANG

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


izwan@harakah.net.my
KUPANG: Kekuatan Umno di Kedah semakin terburai dengan kemasukan ahli-ahli mereka menyertai PAS.
Terbaru, seramai 104 orang menyertai PAS di Baling di mana sebahagian besar mereka merupakan ahli dan Jawatankuasa Umno dari Kampung Tanjong Nering, Iboi sempena Majlis Perasmian PAS Cawangan Kampung Tanjung Nering, di sini 27 Mei lalu.
Penyertaan mereka diketuai bekas Setiausaha Umno Cawangan yang juga JKKK kampung berkenaan, Yusuf Hashim sekaligus beliau mempengerusikan Jawatankuasa Penaja PAS Cawangan Kampung Tanjung Nering.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak hadir menerima borang-borang penyertaan tersebut.
Yusuf dalam ucapannya menyifatkan Umno Cawangan Kampung Tanjung Nering sebagai kubu kuat Umno yang tidak dapat ditewaskan sebelum ini.
Kini beliau menyeru rakan-rakannya dalam Umno untuk menyertai PAS dan setia dalam perjuangan PAS
Beliau juga melahirkan rasa terharu kerana katanya, sepanjang 50 tahun Umno memerintah tidak pernah ada Menteri Besar Umno pernah turun ke kampung tersebut bertemu penduduk.
"Saya seolah-olah tidak percaya bila Dato' Seri (Ustaz Azizan Abdul Razak) sanggup turun ke kampung kami walaupun baru dua tahun menerajui Kedah," ujarnya terharu.
Sementara itu, Ustaz Azizan dalam ucapannya menjelaskan bahawa PAS telah melalui tempoh perjuangan yang panjang.
Kini PAS katanya, semakin diterima hasil kesedaran rakyat setelah rakyat menilai kerja buat PAS.
Katanya, sepertimana Kelantan telah ditadbir PAS selama 20 tahun, biarpun dihadapkan dengan pelbagai halangan oleh Kerajaan Pusat, namun tetap memilih PAS untuk menjadi kerajaan negeri kerana rakyat melihat PAS sebagai kerajaan yang baik kepada rakyat.
Oleh itu beliau menyeru agar semua ahli PAS bersama-sama PAS menghadapi segala susah payah perjuangan.
Situasi kini katanya membenarkan kata-kata Allah bahawa kebenaran akan datang dan kebatilan akan lenyap.
Ujarnya, rakyat telah kecewa dengan Umno-BN kerana banyak kepincangan dan momokan lebih 50 tahun tanpa ada perubahan.
Majlis ringkas penuh bersejarah pada petang itu nyata meriah dan bermakna apabila hampir 1,000 penduduk sekitar hadir.
Terdahulu, Ustaz Azizan diiringi kira-kira 200 konvoi bermotor sejauh 10 kilometer oleh para pemuda.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons