Khamis, 22 Oktober 2009

SUARA AHLI PARLIMEN MUDA MEMBELA NASIB PENOREH GETAH

www.nasirzakaria.com YB Nasir Zakaria,Ketua Penerangan DPPNK

Demi Penoreh Getah
PDF
Cetak
Emel

penoreh.jpgHari pertama sidang, kali ini tanpa disangka saya berpeluang membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sudah lama saya ingin bercakap isu ini. Isu rakyat kawasanku yang tercinta Padang Terap. Saya dilahirkan dalam keluarga penoreh getah, ibu dan bapa saya penoreh, saya mengasuh adik kedua saya yang sekarang adalah seorang jurutera di dalam kebun getah milik orang dan saya menoreh sehingga saya menjejaki menara gading
Ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan
1. Rakyat yang memiliki tanah yang kecil saiz yang mendapat manfaat besar pada awal 1980-an melalui mini estet. Saya mencadangkan agar program ini diinisiatifkan semula. 
2. Pekebun kecil yang mempunyai dan mengusahakan tanah yang belum bergeran. Mereka mempunyai keinginan tinggi untuk mengusahakan tanah sehingga mempunyai peluang untuk mendapat bantuan semula. Saya mencadangkan agar RISDA menggalakkan mereka memohon geran, manakala premiumnya dibayar oleh RISDA yang mana manfaatnya adalah untuk negara. Ini disebabkan kekangan kewangan walaupun mereka sudahpun mengusahakan tanah tersebut dalam tempoh sehingga puluhan tahun.
3. Tanah bergeran yang tidak mendapat bantuan tanam semula, tetapi tetap dikenakan cukai ses. Saya memohon dan meminta kerajaan mengkaji perkara tersebut kerana perkara tersebut membebankan petani miskin.
4. Memohon kerajaan memikirkan insentif yang sesuai kepada pekebun kecil seperti yang diberikan kepada nelayan, petani dan lain-lain. Ini adalah amat perlu terutamanya apabila harga getah jatuh menjunam dan musim hujan yang menyebabkan mereka tidak boleh menoreh.
5. Subsidi untuk tanam semula dalam bentu baja dan benih. Subsidi hanya diberi kepada pemilik tanah yang bergeran. Saya menimbulkan persoalan bagaimana subsidi ini boleh dilebarkan kepada pemilik tanah yang belum bergeran. 6. Tanah yang ditanam semula yang memerlukan masa sehingga 7 tahun sebelum boleh ditoreh. Saya mencadangkan agar diberikan insentif seumpama insentif untuk tanaman kontan sementara menunggu pokok boleh ditoreh.

Rujuk mukasurat 76-78 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19102009.pdf
.



Universiti Malaya Perlu Lebih Toleran

YB Nasir Zakaria , Ketua Penerangan DPPNK


um_tugu.jpgSaya mendapat respon bertalu-talu daripada pelbagai pihak apabila posting saya bertajuk 'Tindakan Terhadap Mahasiswa: Alahai Um' berlegar. Malah kami beberapa ahli parlimen daripada pembangkang baik daripada kerajaan ditanya pelbagai pihak apa yang berlaku di UM dan apa yang akan terus berlaku kepada universiti yang berprestij itu. Saya menyatakan kekesalan dan merasa pelik dengan situasi terkini yang berlaku selepas AUKU dipinda dan dibahaskan secara panjang lebar di dalam parlimen bagi sesi yang lepas. Kebimbangan bahawa AUKU yang dipinda adalah lebih mencengkam dan akan lebih memandulkan kreativiti mahasiswa seperti terdapat dalam perbahasan panjang saya nampaknya mula menjadi kenyataan. Jaminan menteri bahawa akta yang dipinda akan lebih memberi ruang hanyalah retorik politik murahan. UM hanya akan membakulsampahkan retorik menteri itu sekiranya hukuman dijalankan.
UM hanya memutar jarum jam kebelakang dalam keadaan dunia yang penuh maklumat. UM yang menghimpunkan the best brains di dalam negara kita hanya akan tinggal sejarah dalam suasana persaingan yang ada di dlam negara kita. sudah lebih daripada 20 IPTA yang wujud dalam negara kita dewasa ini seiring dengan puluhan IPTS dan kolej swasta yang cukup progresif. Saya masih ingat antara sebab saya memilih UM ialah kerana kehebatan aktivisme yang saya sifatkan begitu grassrooting. Nama-nama besar seumpama Dr Mahathir, Prof Diraja Ungku Aziz, Anwar Ibrahim dan deretan tokoh yang lahir dan dilahirkan oleh UM sangat menarik perhatian saya. Sedang pada masa yang sama saya mendapat tawaran menyambung ke Australia, UIA, KUSZA, serta berpeluang ke Jordan dan Mesir. Pensyarah-pensyarah seumpama Osman Bakar, Muhammad Abu Bakar, Khoo Khay Kim, Mahmood Zuhdi, Salleh Hj Ahmad dan ramai lagi adalah idola tanpa sedar saya.
Benar saya sudah melalui semua itu dengan pantas. Saya pernah menjadi Presiden mahasiswa Islam dan bersama para sahabat melalui zaman-zaman terbaik saya di UM. Kini saya bersama dengan mereka baik di barisan kerajaan mahupun pembangkang sedang berusaha membina dan mempertahankan negara ini di dalam parlimen.
Saya difahamkan semuanya bermula hanya kerana pimpinan mahasiswa mengundang seorang bekas pimpinan mahasiswa yang sekarang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor menjadi perasmi di dalam mesyuarat agung. Manakala mahasiswa Tiong Hua dari PBCUM yang menjemput pimpinan DAP dan MCA berdebat (suatu yang begitu lama menjadi trademark sesebuah universiti yang maju dan diamalkan di negara yang maju) isu nasional. Manakala pemimpin yang hanya itu bukannya mengahasut mahasiswa supaya merompak, merogol, mencuri ataupun memberontak kepada universiti (kalau ada dakwa mereka di bawah akta hasutan). Mereka paling maksimumpun hanya memberikan pandangan kedua kepada kerajaan.
Saya difahamkan bahawa antara pertuduhannya ialah mahasiswa itu melanggar statut UM (1979). Saya tidak minat untuk perincikan. Apa yang saya faham ialah seolah-olah statut ini hanya terpakai kepada pemimpin pembangkang sejak dulu. Sekiranya pemimpin kerajaan maka ia tidak menjadi masalah. Saya ingin ingatkan bahawa kerajaan tidak kekal. Sistem negara kita memungkinkan sesiapa yang menang piliharaya akan membentuk kerajaan. Pihak universiti yang bersikap double standard hanya akan membenihkan dendam. bersikap rasional dan professionallah kepada semua. Janganlah tunjukkan sangat sikap partisan. Pengurusan universiti manapun adalah diterajuai oleh manusia yang menjadi aset terbaik negara dari sudut keilmuan terutamanya. Mereka menjadi rujukan dan pandangan professional meraka sentiasa ditagih. Biarlah selaras keilmuan dengan tindakan professioanal yang menggambarkan kehadapannya dan majunya menara gading kita.
Saya difahamkan antara tindakan yang dicadangkan ialah digantung pengajian dan dipecat daripada UM. Adakah memanggil seorang pemimpin yang berlainan pandanganpun satu jenyah. Saya ulangi mereka bukan penyamun, bukan perogol, bukan pencuri harta universiti. Pimpinan mahasiswa zaman saya dulu adalah pelajar-pelajar first class atau 2nd class upper. Mereka sekarang cukup berjaya dalam bidang masing-masing.
Apapun saya menyeru semua pihak agar rasional. Puluhan pemimpin kerajaan masuk kampus tanpa gangguanpun. walaupun ada maklumat bahawa pada hari mereka dipanggil kali kedua (20 oktober) mengadap pihak universiti Datuk Mukhriz Mahathir pun masuk. Malah 18 oktober saya difahamkan dan mendapat maklumat dari Kementerian Wanita bahawa Dato Seri Shahrizat masuk ke UM sampai berkempen UMNO lagi! Apa penjelasan UM.
Apapun saya ada peluang dalam perbahasan parlimen. Bersama kita beberapa ahli parlimen dari kerajaan mahupun pembangkang yang pernah memimpin mahasiswa UM akan terus bangkitkan perkara ini. Deretan peguam dari ahli parlimen juga sedia. UM sepatutnya berbangga dengan mahasiswanya sesuai dengan 3 ekor harimau yang mengaum di logonya.
Ahli Parlimen Padang Terap
Presiden PMIUM Sesi 98-99

4 Pegawai & kakitangan Jabatan Perhutanan Kedah ditahan bersama wang beratus ribu ringgit






balak.jpgPUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang terdiri daripada seorang pegawai kanan, seorang pegawai dan dua orang renjer hutan semalam dan hari ini kerana disyaki terlibat dengan jenayah rasuah.
 
“Mereka telah ditangkap kerana disyaki menerima wang rasuah lebih daripada RM100,000 sebagai balasan meluluskan kompatmen pembalakan (logging compartment,” demikian menurut kenyataan SPRM.
SPRM juga turut menyita wang tunai berjumlah RM300,000 yang dijumpai di dalam rumah salah seorang pegawai yang ditangkap dan SPRM sedang menyiasat sumber wang yang telah disita tersebut.
Mereka kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Rabu, 21 Oktober 2009

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL HIJRAH RAYU SUMBANGAN

 SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL HIJRAH


Sekolah Rendah Darul Hijrah adalah sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat berteraskan Pendidikan Islam. Ditubuhkan pada 21 Sept.2001 di Kampung Hijrah @ Lalang Rimau, Mukim Siong, kira-kira 13 KM dari pekan Baling, Kedah. Memulakan kelas dengan pengajian prasekolah. Pada awal Januari 2009 kelas tahun 1 mula beroperasi. Mempunyai 5 tenaga pengajar, 67 orang murid. Pengajarannya menggunapakai Sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan JAKIM.

SRIDAH kini mempunyai sebuah bangunan sekolah yang menempatkan sebuah pejabat, 3 bilik darjah dan 2 bilik air. Kelas yang sedia ada telah penuh digunakan untuk 2 kelas Pra sekolah dan 1 kelas tahun 1. Pada tahun hadapan (2010) pihak pengurusan SRIDAH terpaksa membina bangunan tambahan bagi menampung keperluan kelas. Lembaga tadbir SRIDAH telah memutuskan akan membina bangunan tambahan 2 tingkat yang menyediakan 10 bilik darjah mulai Julai tahun 2009.

ISU DAN MASALAH

SRIDAH memerlukan 5 bilik dajah untuk keperluan kelas bagi tahun 2010-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.
Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina dan dapat digunakan sebelum awal Januari 2010.

Kami menjemput Dato, Tuan, Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan persekolahan sesi 2010 dapat berjalan dengan sempurna.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093
2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096
3. Pejabat SRIDAH 04 4725502
4. http://sridah.blogspot.com

" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )


ISU DAN MASALAH

SRIDAH memerlukan 5 bilik dajah untuk keperluan kelas bagi tahun 2010-2014. Keperluan lain termasuk bangunan asrama pelajar serta dewan makan.
Buat masa ini pembinaan ditumpukan untuk bilik darjah dan asrama dalam 1 bangunan tambahan 2 tingkat.

CADANGAN DAN PENYELESAIAN

Berdasarkan kepada keperluan ini, bangunan tambahan 2 tingkat mesti dibina dan dapat digunakan sebelum awal Januari 2010.

Kami menjemput Dato, Tuan, Puan ke sekolah ini untuk melihat sendiri bagi mengatasi keperluan yang terdesak. Sumbangan segera diperlukan. InsyaAllah pembinaan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan persekolahan sesi 2010 dapat berjalan dengan sempurna.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

1. Ustaz Mohamad ( Pengerusi ) 019 4587093
2. Ustaz Mahmud ( Setiausaha ) 019 4737096
3. Pejabat SRIDAH 04 4725502
4. http://sridah.blogspot.com

" Apabila meninggalnya seorang anak adam maka terputuslah ia segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu : sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya." ( maksud Hadis )

SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL HIJRAH

DPP SUNGAI PETANI SERAH SUMBANGAN TABUNG KEBAKARAN SAIF

Dewan Pemuda PAS Sungai Petani telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM 2400  kepada Tabung Kebakaran Sekolah Integrasi Faizin. Sumbangan adalah hasil kutipan  yang diusahakan  oleh DPP kawasan Sungai Petani itu telah diserahkan oleh Sdr Khairun Nizar Ismail, Timbalan Ketua Pemuda Sungai Petani kepada Ust Musoddak Hj Ahmad, Pengerusi Sekolah  di Alor Setar  petang kelmarin. Turut menyaksikan penyerahan itu Ust Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK merangkap Timbalan Pengerusi Sekolah Integrasi Faizin.

Pihak sekolah masih mengalu-alukan sebarang sumbangan daripada orang ramai Kepada sesiapa yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no akaun 02084010028830.



Sdr Khairun Nizar serah cek sumbangan kepada Ust Musoddak

Pihak sekolah sedang usaha untuk menyiapkan bangunan 3 tingkat yang sekarang sedang dalam fasa untuk memasang bumbung. Sementara sebuah bangunan 4 tingkat dengan kos 1.2 juta  bagi mengantikan bangunan sekolah terbakar  akan mula pembinaan tidak lama lagi dan majlis pecah tanah akan diadakan pada bulan November ini yang akan disempurnakan oleh YB dato'Hj Taulan Rasul, Exco Pendidikan, Agama dan Koperasi Kerajaan Negeri Kedah.

Selasa, 20 Oktober 2009

TAKZIAH KEPADA SIFUL IZHAM KETUA AMK KEDAH ATAS PEMERGIAN IBU BELIAU KE RAHMATULLAH


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkam ucapan takziah kepada Sdr Saiful Izham Ramli, Ketua AMK Kedah di atas pemergian ibunya ke rahmatullah kelmarin. Semoga Beliau bersabar di atas kehilangan bonda yang tersayang.Mereka disambut oleh abang sulung Saiful. Turut bersama Cikgu Azman Nasruddin Timbalan AMK Kedah.


Kelmarin Setiausaha DPPNK bersama Ust Musoddak Hj Ahmad Bekas , Ketua Pemuda DPPNK serta beberapa orang Exco telah menziarahi jenazah ibunya di Taman Peruda Sungai Petani.

Isnin, 19 Oktober 2009

KEM BINA SAHSIAH 2009 AKAN BERMULA DISEMBER INI

KEM BINA SAHSIAH 2009

Kem Bina Sahsiah (KBS) 2009 akan bermula pada 1 hingga 21 Disember ini bertempat di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah. Kem ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dan kendalikan sepenuhnya oleh Sekretariat Kem Bina Sahsiah . Program ini diletakkan dibawah Unit Pembangunan Insan Kerajaan Negeri Kedah dibawah YB Dr. Ismail bin Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Kem ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan yang lahir pada tahun 1991 hingga 1994 ( 15-18 Tahun). Yuran Penyertaan yang dikenakan sebanyak RM150.00. Penerimaan penyertaan berdasar peserta yang membuat pendaftaran awal dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak Sekretariat.

Perlaksanaan kem ini melibatkan tiga fasa selama 3 minggu.

FASA 1- Pengenalan asas peserta dan pembinaan sahsiah diri
FASA 2- Perkhemahan ( luar Kawasan )
FASA 3- Pemantapan sahsiah diri.

Kem ini akan dikendalikan oleh Sekretariat dan barisan fasilitator yang berpengalaman sejak kem ini dimulakan 5 tahun lepas.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi Ust Rosli Azmi , Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah Hal Ehwal Belia No Hp 019 4706247 atau Pejabat 04 7302137.

Peserta yang berminat boleh hantar nama melalui sms yang mengandungi maklumat berikut:-
1. Nama Peserta
2. No KP
3. Alamat surat menyurat
4. No Tel/Hp untuk dihubungi

Semua peserta mestilah membuat pembayaran awal untuk mengesahkan penyertaan. Cara Bayaran pendaftaran akan dimaklumkan kemudian.

Ahad, 18 Oktober 2009

Memanfaatkan Perjuangan


Hj Aris Awang, Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

KOTA SIPUTEH: Perjuangan PAS belum benar-benar mencapai kemenangan sebaliknya kejayaan pada hari ini hanyalah satu 'kemenangan struktur', demikian pandangan Mantan Ketua Pemuda PAS Kedah, Aris Awang.

Ujarnya, ukuran pencapaian kepada perjuangan ini disandarkan beliau berdasarkan tujuan dan usaha-usaha PAS sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS.

Menurut Perlembagaan PAS, tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Manakala antara usaha-usaha PAS yang dipetik Aris itu ialah, memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke-lslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Juga, menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan sunnah Rasulullah melalui dakwah, sama ada secara lisan, tulisan mahupun amalan.

Beliau membuat analogi dengan mengaitkan kemenangan ini seperti baru menjadi pengerusi dan ahli jawatankuasa kepada persatuan banduan dalam sebuah penjara dengan tembok sekular.

"Umat Islam sekarang ini sama ada yang masih dijajah atau telah terbebas negara mereka kononnya merdeka, tetapi mereka masih berada dalam penjara-penjara sekular. Mereka menang, mereka memerintah negara mereka, tetapi mengikut acuan yang dicorakkan yang disebut sebagai neo-kolonisme iaitulah penjajahan bentuk baru yang berlaku kepada seluruh bumi umat Islam.

"Jika ianya hendak dinamakan kemenangan, ianya adalah 'kemenangan struktur' yang perlu digunakan untuk memecahkan tembok penjara sekular itu diganti tembok Islam.

"Demokrasi sekarang ini masih lagi demokrasi acuan sekular, demokrasi kita sertai ini masih lagi dalam tembok-tembok sekular dan kita perlu pecahkan tembok sekular itu untuk demokrasi dalam tembok-tembok Islam," ujar beliau memetik pandangan ahli revolusi Islam, Dr Kalim Siddique pada Tamrin Ramadan Pemuda PAS Kedah, di Markas Tindakan Dun Kota Siputeh, di sini 5 September lalu.

Tegasnya, itulah perjuangan pasca kemenangan struktur yang perlu diteruskan dengan membina tembok-tembok Islam.

"Kemenagan struktur sudah ada, tetapi jangan tenggelam dalam kemenangan struktur ini sehingga akhirnya lemas tenggelam dalam proses tolak ansur sementara, yang menjadi pilihan cukup lunak dan kemudiannya bertukar menjadi kukuh serta membangunkan perilaku jangka panjang yang berakar umbi.

"Awas, apabila ia berakar umbi sebagai satu pola perlakuan sistem politik, ia akan sukar diubah lagi," ujarnya melontarkan peringatan pada pembentangan bertajuk "Pemuda Pasca Kemenangan; Antara Harapan Dan Cabaran" itu.

Beliau yang juga Mantan Setiausaha PAS Kedah berkata, sekiranya perkara sedemikian terjadi, maka tiga cita-cita unggul dinyatakan melalui Perlembagaan PAS itu akan dilecehkan, dibuang bahkan dibunuh.

Untuk itu tegas Aris, pemuda sebagai tenaga utama parti perlu kembali kepada perkara asas iaitu dengan mencontohi sirah dan sunnah Nabi SAW.

Beliau kemudiannya membuat perhuraian terhadap tiga asas utama iaitu pembinaan kualiti kerohanian yang tinggi, keupayaan intelek dan kekuatan fizikal.

Dalam analogi lain, beliau mengaitkan ketua pemuda seperti sebuah generator elektrik yang besar.

"Tetapi generator tidak ada manfaatnya jika tidak mengeluarkan kuasa (elektrik), malah tidak berguna jika infrastruktur yang baik dibangunkan sekalipun. Elektrik bagi sebuah gerakan Islam ialah kekuatan kerohanian iaitu tahap hubungan dengan Allah SWT. Semakin tinggi nilai hubungan dengan Allah, maka semakin tinggi voltan yang dikeluarkan.

"Infrastruktur termasuk keupayaan intelek untuk memanfaatkan elektrik sedia ada mengikut keupayaan infrastruktur yang disediakan. Amat malang sekiranya semua komponen infrastruktur elektrik telah tersedia dari stesyen janakuasa hidro hingga kepada pembaca meter, tetapi elektrik tidak ada. Sekiranya tiada sumber elektrik, setiap pemuda di kawasanlah perlu berperanan sebagai generator kecil dalam kelompoknya.

"Pengguna ialah ahli-ahli dan rakyat, tanpa elektrik, lampu tidak akan bercahaya. Oleh itu tanpa kuasa kerohanian atau elektrik dari kepimpinan muttaqin, maka rakyat akan bergelap walaupun infrastrukturnya cukup lengkap.

"Masa Umno memerintah, infrastruktur cukup, masa kita memerintah infrastruktur sudah ada, tetapi jika kita tiada elektrik juga seperti Umno, maka rakyat akan terus bergelap," ujar beliau yang kini Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah menerangkan maksudnya itu.

Sambungnya lagi, hari ini kita telah menang untuk menguasai struktur dan perlu pula kepada generator yang mampu mengeluarkan kuasa terhadap struktur dimenangi itu untuk menerangi kegelapan.

“Generator itu adalah kita semua. Tingkat hubungan denganNya, yakin akan adanya hari pembalasan, tunjukkan komitmen tidak berbelah bagi kepada Islam," seru Aris diakhir pembentangannya.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons