Jumaat, 22 Mei 2009

Penanti- Kami Datang

PAS Permatang Pauh alu-alukan kedatangan petugas
Mohd Sabri Said
Wed | May 20, 09 | 1:23:00 pm MYT

PENANTI, 20 Mei (Hrkh) - PAS Permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas daripada luar Pulau Pinang untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak bertanding di situ.

Iklan

Yang Dipertuanya, Omar Hasan ketika dihubungi menjelaskan, keputusan mesyuarat semalam juga memutuskan untuk mengerakkan semua jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan sedia bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang menjadi nakhoda dalam pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

"PAS Permatang Pauh mengalu-alukan petugas daripada luar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan yang mutlak walaupun BN tidak berani meletakan calon di sini," ujarnya.

Jentera pilihan raya katanya, akan dilatih sebaik-baiknya untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Bila ditanya adakah lagi pertembungan PAS Kawasan dan KeADILan di Penanti katanya, tiada malahan sanggup bekerjasama dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua kaum.

Semua petugas yang ingin menabur bakti di Penanti Omar menambah, datanglah dengan sikap yang matang jangan sekali-kali mencetuskan sesuatu yang boleh meninggalkan kesan negatif pada Dun ini sebaliknya memberi buah fikiran dan tenaga paling maksimum.

"Datanglah bantu calon Pakatan Rakyat dan bila datang carilah markaz besar KeADILan atau PAS untuk membantu jentera masing-masing," terangnya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Pulau Pinang. - mns _

TAKZIAH DI ATAS KEMATIAN HJ ISMAIL YAACOB

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham Hj Ismail Yaacob yang kembali kerahmatullah pagi tadi. Permergian beliau adalah satu kehilangan yang besar kepada perjuangan Islam. Semoga Allah mengampuninya dan dicucuri rahmat ke atas roh beliau. AL Fatihah..


Kematian Ismail kehilangan besar pada kerajaan negeri,PAS

Wartawan Kita | Foto Rizal Tahir

Fri | May 22, 09 | 5:15:40 pm MYT

KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai,Haji Ismail Yaacob,60, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS.

Iklan

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.50 pagi tadi sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Petang tadi, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat.

Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.Image

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.- mks._

Mahkamah Rayuan: Tiga hakim putus Nizar kalah

Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | May 22, 09 | 3:55:59 pm MYT

PUTRAJAYA, 22 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dengan undian tiga hakim memberi keputusan menyebelahi Zambry.

Iklan

Hakim Dato' Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Dato' Zainun Ali dan Hakim Dato' Ahmad Maarop memberi keputusannya itu jam 3.50 petang tadi.

Semalam, panel tiga hakim itu mendengar selama tujuh jam penghujahan oleh tiga pihak yang terlibat terdiri Zambry, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah.

Permohonan Nizar agar rayuan itu didengar oleh panel lima hakim telah ditolak.

Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Dato' Abdul Aziz Abdul Rahim menetapkan bahawa Nizar tidak melepaskan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri Perak.

Berhujah bagi pihak Nizar, peguam Sulaiman Abdullah, berkata mengikut Perkara 16(6) Perlembagaan Perak, Menteri Besar tidak memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Tetapi tambahnya, berdasarkan keyakinan anggota dewan undangan negeri, yang beliau mempunyai tanggungjawab terhadap mereka.

"Oleh yang demikian, Nizar tidak boleh dipecat oleh Sultan. Nizar hanya boleh dipecat selepas undi tidak percaya diluluskan terhadap beliau oleh anggota dewan undangan negeri," katanya.

Sulaiman berkata Hakim Abdul Aziz bertindak betul apabila beliau mengguna pakai keputusan dalam kes bekas Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan iaitu satu-satunya cara bagi memecat Nizar daripada jawatan ialah melalui undi tidak percaya.

"Oleh itu, kami menyatakan bahawa tidak ada sebab bagi mahkamah ini untuk tidak mengikut dan mengguna pakai kes Ningkan bagi kes kami ini," katanya.

"Sama ada Menteri Besar berkenaan telah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti, bukan diputuskan oleh rakyat Perak, dan bukan juga diputuskan oleh Sultan, tapi hanya diputuskan oleh anggota dewan undangan negeri yang dipilih," kata Sulaiman.

Sulaiman mengakhiri sesi penghujahan sebelum mahkamah ditangguhkan pukul 5 petang semalam.

Sementara itu di sebelah paginya peguam Dato' Cecil Abraham yang mewakili Zambry, menyenaraikan 24 alasan bagi membuat rayuan, dengan meminta mahkamah membuat ketetapan mengenai sembilan isu.

"Soalnya ialah sama ada hakim yang mengendalikan kes itu membuat tafsiran yang betul mengenai Perkara 16, 18 dan 36 Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak. Saya ingin berhujah bahawa Yang Arif Hakim berkenaan telah terkhilaf," katanya.

Beliau berkata Perkara 16 amat jelas bahawa apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan, dia perlu meletak jawatan.

"Ia tidak menyatakan beliau mesti kembali ke Dewan (untuk hadapi undi tidak percaya)," katanya.

Beliau berkata hakim berkenaan juga tersilap kerana mengandaikan bahawa Sultan Perak tidak ada kuasa untuk memastikan sama ada terdapat satu kebuntuan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sama ada Nizar telah hilang kepercayaan majoriti anggota Dewan.

"Kami juga ingin mengemukakan di sini bahawa undi tidak percaya bukanlah satu-satunya jalan untuk memastikan bahawa responden (Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti anggota," katanya.

Cecil berhujah bahawa mengikut Perlembagaan, tidak ada peruntukan khusus supaya undi tidak percaya diluluskan oleh DUN bagi memastikan Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan.

Dalam penghujahannya, Cecil juga berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusannya tanpa mengambil kira fakta tepat dan dokumen yang mempunyai kaitan dengan kes itu.

"Penghakiman itu, secara menyeluruh, tidak mengambil kira fakta dan dokumen berkenaan dan ini menjadikan pengisytiharan yang dibuat Mahkamah Tinggi, adalah silap," katanya.

Cecil berkata, bukti dokumen menunjukkan tidak wujud kebuntuan dalam politik Perak sebelum Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Feb.

"Ini kerana, pada 3 Feb, tiga anggota dewan undangan negeri Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), telah mengemukakan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memaklumkan kepada baginda bahawa mereka telah hilang keyakinan terhadap Nizar dan berikrar menyokong Barisan Nasional.

"Surat berkenaan diterima Sultan pada pukul 3 petang, iaitu sebelum Sultan menerima menghadap Nizar pada pukul 5 petang.

"Sehingga 5 petang semalam, apabila Nizar memohon pembubaran itu, bagaimanakah keadaan politik di Perak ketika itu? Yang Arif hakim perbicaraan telah gagal menimbangkan dan mengambil kira sepenuhnya perkara ini dalam penghakiman beliau," kata Cecil.

Sementara itu, Abdul Gani berkata Nizar tidak boleh mendakwa beliau mendapat keyakinan majoriti kerana terdapat jumlah undi sama banyak iaitu 28 bagi keduadua pihak (Pakatan dan Barisan Nasional).

"Dalam kes ini, 50-50. Ia bererti tidak ada majoriti atau minoriti. Malah, responden (Nizar) mendapat 28 undi, termasuk Speaker V.Sivakumar, tapi mengikut peraturan tetap, speaker tidak boleh mengundi," katanya.

Abdul Gani juga berkata apabila Nizar menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb, beliau mengaku berlaku kebuntuan dalam dewan undangan negeri itu.

"Kebuntuan bererti tidak ada undi majoriti atau minoriti. Bagaimana pula, pada mulanya, Nizar berkata beliau mendapat undi majoriti, tapi pada waktu yang sama, mendakwa wujud kebuntuan," katanya.

Selepas selesai perbicaraan semalam, Nizar berkata beliau yakin akan sokongan rakyat Perak terhadapnya.

"Apa yang kami minta ini adalah untuk mereka dan apa yang kami lakukan ini hanyalah untuk mendapatkan keadilan melalui proses mahkamah," katanya.

Terdahulu sebelum persidangan bermula, barisan peguam kedua-dua pihak mula memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi tadi.

Nizar tiba kira-kira 15 minit kemudian bersama isteri dan beberapa penyokongnya.

Pasukan polis kelihatan mula melakukan kawalan sejak awal pagi.

Isu perundangan melibatkan Zambry dan Nizar telah bermula sejak Februari lalu apabila Dr Zambry telah dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Nizar selepas BN mengambil alih pemerintahan Perak daripada Pakatan Rakyat.

Berikutan itu, pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Kemudiannya pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Zambry bagaimanapun membuat rayuan berhubung keputusan itu pada 12 Mei dan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi sehingga kes rayuan Zambry selesai.

Nizar keesokannya pula membuat permohonan bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu bagi penangguhan pelaksanaan itu. - azm/mks. _



WARKAH TERBUKA DARI WISMA DARUL AMAN

WARKAH TERBUKA KEPADA :
SELURUH PEMBACA KEDAHLANIE.BLOGSPOT.COM, PENYUMBANG BERITA DAN ARTIKEL, & ADMIN.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Salam hormat daripada saya di Wisma Darul Aman, Alor Setar. Terlebih dahulu saya mengajak diri yang kerdil ini, seluruh pembaca, penyumbang berita dan blogger untuk memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmat yang dianugerahkan. Mari kita terus meningkatkan ketaqwaan kepadaNya, moga-moga kita semua beroleh keampunan dan keredhaan.

Saya telah mengikuti rapat bahan-bahan yang dipaparkan dilaman maya Kedahlanie berkaitan isu-isu Negeri Kedah, dan mengutip semua sumbangsaran yang dilontarkan, sama ada punya identity atau bersembunyi. Saya ambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih atas usaha anda semua.

Bagi undian prestasi Kerajaan Negeri Kedah, saya telah menganalisa semua komen berasaskan beberapa bidang dan kelompok, dan saya telah memanjangkannya kepada YAB Dato’ Seri Menteri Besar (MB) untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan isu tuntutan yang dikatakan melampau yang tidak dinyatakan tuan tubuh Exco yang terlibat, saya telah memaklumkan kepada MB dan beliau akan mengambil tindakan perlu untuk mengatasi perkara tersebut jika didapati wujud kes seperti yang didakwa. Tidak dapatlah saya nyatakan di sini bentuk tindakan dan siapakah individu tersebut. Kepada penulis yang menggunakan nama Penyiasat Persendirian diharap dapat menghubungi saya untuk penjelasan lanjut.

Berkenaan isu rumah Adun Merbau Pulas, saya telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan beliau. Benar seperti yang dinyatakan oleh beberapa responder bahawa ruang tambahan itu adalah untuk dijadikan Pusat Khimat Wakil Rakyat (PKWR). Kos ubahsuai adalah antara RM35 – RM40 ribu sahaja daripapa wang simpanan beliau sendiri, wang pencen suami (Cikgu Ramli) dan duit kebun getah pusaka keluarganya. Sebahagian daripada kos tersebut masih belum dibayar (berhutang) kepada pembekal (hardware) dan upah tukang, dianggarkan berjumlah RM17 ribu. Dakwaan bahawa kos yang melebihi RM80 ribu dari dana kerajaan yang diseleweng adalah tuduhan yang amat berat dam keterlaluan. Saya harap abudzaralghifari bertaubat dan memohon ampun kepada Allah s.w.t dan daripada YB Adun Merbau Pulas, keluarga beliau dan seluruh pengundi beliau. Ingatlah penegasan Allah dalam Al_Quran “Sesungguhnya dosa memfitnah adalah lebih berat daripada membunuh”.

Beliau tahu pihak-pihak yang bertanggungjawab mereka-reka fitnah tersebut, dan anaknya menyimpan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki oleh dua orang yang mengambil rumahnya pada hari tersebut. Laporan polis sedang dipertimbangkan untuk memastikan perkara ini tidak berulang.

Saya secara pribadi amat berat untuk bertanyakan hal tersebut, dan jawapan beliau mengundang titisan air mata tanpa disedari. Memandangkan beliau memegang portfolio kebajikan, memberi sumbangan dari wang gaji, melawat, menziarah dan merasai pederitaan rakyat (seperti Adun-Adun lain), tidak dapat dielakkan lagi. Hampir separuh daripada gaji dan elaun bulanan disumbangkan kepada masyarakat, PKWR dan parti, satu pertiga untuk perjalanan ulang-alik beliau ke pejabat di Alor Setar dan sebahagian kecil untuk diri dan keluarga beliau. Semuanya dibentangkan secara terperinci. Tidak dapat saya bayangkan kesukaran dan pengorbanan beliau untuk melaksanakan amanah yang dipikul, semoga semua itu dianugerahkan ganjaran kebaikan daripada Allah s.w.t. Walaupun tidak ada baki untuk menjadi harta dunia untuk diwarisi anak-anak, beliau tetap bersemangat untuk terus berkhidmat dan menunaikan amanah yang amat berat itu. Marilah kita berdoa semoga beliau terus diberi kekuatan oleh Allah s.w.t untuk meneruskan perjuangan mulia ini.

Saya amat berharap jawapan ini dapat menamatkan pergelutan maya dalam suasana politik yang serba terbuka di zaman ini. Anasir-anasir jahat pihak musuh perlu sentiasa diawasi, baik musuh itu berupa syaitan, jin, manusia, dan nafsu dalam diri.

Kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, saya menyeru agar kita dapat bersatu dan mendokong hasrat melahirkan sebuah negeri yang sejahtera, tempat berteduh orang miskin dan lemah yang terbela bersama orang kaya yang pemurah. Semoga usaha kita mendapat barakah dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Sekian Terima kasih

Yang benar,

MUHAMMAD SANUSI MD NOR
SETIAUSAHA POLITIK
YAB DATO’ SERI MENTARI BESAR KEDAH
msanusi@kedah.gov.my / mhmmd_sanusi@yahoo.co.uk

Jumaat - D Day untuk Rakyat Perak

MB sah: Mahkamah Rayuan buat keputusan esok
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | May 21, 09 | 5:05:50 pm MYT

PUTRAJAYA, 21 Mei (Hrkh) - Mahkamah Rayuan Putrajaya, menetapkan 3.30 petang esok untuk membuat keputusan setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak berhubung status Menteri Besar Perak yang sah di antara Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Iklan

Image

Perbicaraan bermula jam 9.45, apabila peguam Zambry, Dato' Cecil Abraham memulakan hujah manakala jam 2 petang tadi giliran peguam Nizar pula mengemukakan hujah masing-masing.

Seperti dijangkakan tiada sebarang keputusan dibuat pada hari ini, memandangkan mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu hujah kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini keputusan mahkamah tinggi itu ditangguhkan berikutan Mahkamah Rayuan melalui Hakim Dato' Ramly Ali membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu oleh Dato' Dr Zambry Abdul Kadir.

Isnin lalu, Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar telah menghantar surat melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan memohon panel lima hakim untuk mendengar kes tersebut Image

Alasan permohonan itu ialah membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.

Difahamkan, surat permohonan Nizar untuk mendapat panel lima hakim bagi mendengar perbicaraan hari ini yang dihantar ke pejabat Timbalan Pendaftar Isnin lalu tidak diterima oleh Presiden Mahkamah Rayuan Alauddin Md Sheriff tepat pada masanya.

Justeru hanya tiga hakim yang mendengar perbicaraan hari ini iaitu, Hakim Md Raus Sharif, Hakim Zainun Ali dan Hakim Ahmad Maarop. - azm _



Selasa, 19 Mei 2009

Restoran Bahtera Nelayan Produk Baru Pelancongan




Kerajaan Negeri Kedah melalui PKNK telah menyerahkanbangunan restoran yang tidak diduduki semenjak 7 tahun lalu. Restoran ini dibina di zaman Dato’ Seri Syed Razak. Restoran yang dinamakan Restoran Bahtera Nelayan (RBN) kerana senibina tapaknya berbentuk sebuah kapal.

Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Kedah telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengendalikan perniagaan ini walaupun sudah 5 tahun membuat permohonan kepada kerajaan terdahulu. Atas pengalaman PNK Kuala Kedah yang mempunyai dua cawangan, persatuan ini dilihat mampu menguruskan sebuah lagi restoran.

Berkonsepkan restoran di dalam hutan bakau di pesisir Sungai Kedah, RBN mampu menjadi satu produk baru di DUN Kubang Rotan khasnya dan di Negeri Kedah amnya. Restoran yang dibina dengan kos hampir RM6 juta oleh Seri Temin Develeopment Corporation Sdn. Bhd sebuah syarikat GLC Kedah menyajikan hidangan istimewa beraneka jenis masakan kari. Kari Kepala Ikan, Kari Sembilang, Tenggiri, Jenahak serta Mee Udang.

Majlis Pembukaan dimulakan dengan bacaan Yaasin oleh lebih 50 orang kanak-kanak yang dikelolakan oleh Paklong Mat dari Kuala Kedah. Beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah termasuk Abdul Hamid Bahari, Pengerusi PNK Kuala Kedah turut hadir pada Sabtu, 02 Mei 2009 lalu.

ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir sudi hadir menjamu selera pada jam 5 petang, 03 Mei 2009. Kedatangan beliau disambut salah seorang ALP PNK Kuala Kedah, En. Ahmad Ruddin bin Husain, Penolong Pengurus PNK Kuala Kedah, En. Mohd Syam, En. Azizan Endut, ALP PNK serta beberapa orang kakitangan pejabat. Mee Udang Istimewa menjadi pilihan beliau pada petang tersebut.

Diberitakan pada 16 Mei ini, YAB MB Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan serta beberapa orang Exco akan hadir untuk makan tengahari di RBN.


Sebelum rombongan kami pulang, tak putus-putus pengunjung tiba bagi mencuba hidangan yang disediakan di RBN ini. Antara yang baru tiba ialah Pengarah LKIM Perlis,

En. N.Hashim bin Ab. Rahman. Beliau yang juga Bekas Pengarah LKIM Kedah datang

bersama keluarga. Kelihatan beliau dan YB sempat meluangkan masa hampir 15 minit berbual mengenai nelayan.
Kami berharap semua pengunjung blog ini dapat mencuba masakan di RBN ini. Lokasinya yang menarik iaitu di Kg. Kelonchor, Kubang Rotan. Pastikan anda melalui Tandop Ikan Kubang Rotan kemudian bergerak ke Kompleks Baru LKIM di situ dan hanya 1 KM dari situ.

Untuk tempahan anda bolehlah menghubungi En. Syam (019-4181389), Pejabat PNK (04-7621389)

Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat menteri besar

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.

Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim, bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.

Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media hari ini, Abdul Aziz berkata, sebaik saja menteri besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tiada siapa lain.

Beliau berkata, ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Hakim Abdul Aziz berkata, Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budi bicara baginda semata-mata.

Beliau berkata, berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap menteri besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap menteri besar.

"Saya berpendapat bahawa pemecatan menteri besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," katanya.

Beliau berkata, fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali menteri besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat menteri besar.

Abdul Aziz berkata, Sultan Perak sudah menemui dan menemubual tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti ahli dewan undangan negeri (Adun), ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.

Beliau berkata, pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".

Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ ‘quo warranto’ dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.

Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.

Mohammad Nizar, dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lalu selepas pakatan DAP-PKR-Pas memenangi 31 kerusi dalam pilihan raya umum ke-12.

Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga ahli dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi ahli bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.

Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa BN mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.

Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata, beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan menteri besar dan tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran dewan undangan negeri.

"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang menteri besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda.

"Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti dewan undangan negeri hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada menteri besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli dewan undangan. - Bernama

Isnin, 18 Mei 2009

HILANGNYA SEMANGAT JUANG PARTI CAP KERIS

Selepas kalah 5 kali TKO dalam pilihanraya kecil pasca PRU 12 UMNO/BN akhirnya mengaku kalah tak mau letak calon di Penanti. Walau apapun yang berlaku kepada pejuang Keadilan janganlah leka kerana perjuangan mesti diteruskan tanpa UMNO/BN di medan.

BN tidak bertanding pilihan raya kecil Penanti

18/05/2009 6:53pm

KUALA LUMPUR 18 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meletakkan calon bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dasar Islam jadikan PAS terus utuh - Presiden

Basiron Abdul Wahab

Mon | May 18, 09 | 1:35:11 pm MYT

BERA 18 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertegaskan bahawa dasar Islam adalah punca kekuatan PAS selama ini.







Katanya dengan dasar itu, Kerajaan PAS gagal dijatuhkan walaupun dengan kekuatan majoriti hanya satu kerusi di Kelantan apabila wakil Rakyat PAS gagal dibeli walaupun dengan nilai yang amat tinggi.

"Adun PAS mempunyai kekuatan akidah yang kental untuk menolak tawaran-tawaran yang dibuat kepada mereka," kata beliau ketika berucap pada Majlis Penerangan di Darul Ikhwan, Bera.

Menceritakan sejarah lampau, beliau berkata, Umno melakukan pengkhianatan terhadap rakyat yang memilih PAS memerintah di Kelantan dan Terangganu sekitar tahun 1960-an dengan melakukan sabatoj dan penculikan Adun dalam usaha untuk mejatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat. Image

"Di Terengganu mereka membeli Adun Parti Negara dan akhirnya berjaya menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu, di Kelantan pula Adun PAS diculik dan dibawa ke Kuala Lumpur kemudian dibawa ke persidengan Dun Kelantan, Namun Adun PAS berkenaan tidak menyokong undi tidak percaya menyebabkan Kerajaan Kelantan gagal di jatuhkan.

"Kini diulangi pula di Perak dalam usaha untuk berkuasa selepas ditolak rakyat dalam pilihan raya umum," ujarnya.

Menurut Tuan Guru, jika di negara maju, perbuatan Umno itu boleh menjatuhkan kerajaan pusat kerana di dalam negara demokrasi rakyat adalah hakim tertinggi adalah rakyat, bila kerajaan lemah rakyat akan menggantikannya dengan kerajaan baru.

"Bagiamanpun di negara kita, tahap kefahaman politik rakyat masih rendah dan mereka tidak memahaminya menyebabakan Umno-BN terus berkuasa walaupun melakukan pelbagai perkara yang mencemarkan demokrasi," ujar beliau.

Mengenai PAS, beliau menegaskan semua pihak mempunyai peranan tersendiri termasuk golongan profesional malah katanya, golongan profesional terlibat sama dalam menubuhkan PAS.

PAS, katanya pernah dipimpin oleh Dr Abas dan ramai tokoh profesional di dalam PAS termasuklah Tan sri Aminuddin Baki, Prof Ahmad Ibrahim dan lain-lain. Image

Menurutnya, laporan media kononya PAS bergolak hanyalah laporan media di luar PAS yang tidak memahami dan melihat PAS dari dalam.

"Umpama kita mengubah suai rumah kedengaran riuh dari luar wal hal kita mengemas rumah dan mengalih parabut, memanglah kedengaran dari luar bising tetapi kita di dalam tahu apa sedang kita buat," katanya. - mns _



PENCALONAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengerusi Tetap (2)


Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap (4)


Aris Awang
Jamuliddin Elias
Misbahul Munir Masduki
Norazli Musa

Ketua Pemuda (2)


Nasrudin Hassan
Zaki Ibrahim

Timbalan Ketua Pemuda (5)


Ahmad Sabri Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
Musoddak Ahmad
Nasrudin Hassan
Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Naib Ketua Pemuda (5)


Ahmad Sabki Yusof
Azman Shapawi Abd Rani
YB Firdaus Jaafar
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Suhaizan Kaiat

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan (45)

Abdul Rahman Sidek
Abdullah Abdul Karim
Adly Zahari
YB Ahmad Baihaki Afiqullah
YB Ahmad Izzat Mohd Shauki
Ahmad Sabri Yusof
Ahmad Yahya
Aminuddin Zulkepli
Ariffin Deraman
Anuar Ali
Azman Shapawi Abd Rani
YB Firdaus Jaafar
Firdaus Masod
Hasbullah Ridwan
Helman Sanudin
Kamal Ashaari
Kamaruddin Sidek
Kamaruzaman Mohamad
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Fahmi Md Som
Khairul Anuar Wafa
Khalil Abdul Hadi
Mohd Adram Musa
Mohd Ashraf Mukhlis
Mohd Nazri Chik
Mohd Noor Hamzah
Mohd Sani Hamzah
Mohd Sufian Ibrahim
YB Nasir Zakaria
Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Norazli Musa
Raja Ahmad Iskandar
Ramadhan Fitri Elias
Riduan Mohd Nor
Ridwan Hashim
Dr Rosli Allani Abd Kadir
Sanusi Mohd Noor
Suhaimi saad
Suhaizan Kaiat
YB Taufek Abdul Ghani
Wan Sukairi Wan Abdullah
Yaakob Abu Seman
Yusni Mad Piah
Zulkifli Ahmad (Pandan)
Zuraidin Abdullah

Pemeriksa Kira-kira (6)

Jamil Saring
Mohd Adib Abd Jalil
Mohd Azman Yunus
Mohd Munzir Hamzah
Muzammil Hafiz
YB Zaki Ibrahim

Pencalonan Dewan Ulama PAS Pusat


Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi pemilihan kepimpinan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS pusat yang diumumkan hari ini.

DEWAN ULAMA


Pengerusi Tetap

1. Hamdan Mohamad (menang tanpa bertanding)

Timbalan Pengerusi Tetap (4)

Abd Manaf Othman
Ismail Noh
Kassim Ahmad
Mohd Nazir Zakaria

Ketua

Datuk Harun Taib (menang tanpa bertanding)

Timbalan Ketua (2)


Hashim Jasin (penyandang)
Datuk Ahmad Yaakob

Naib Ketua

Datuk Mahfodz Mohamed (menang tanpa bertanding)

Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama (41)

Abdullah Abdul Razak
Abd Rashid Abd Rahman
Abdullah Husin
Abdul Ghani Samsuddin
Abu Bakar Abdullah
Ahmad Awang
Datuk Ahmad Yaakob
Dr Azhar Yaakob
Azizan Md Desa
Dr Badruzzaman Yusuf
YB Hassan Mohamood
YB Hashim Jasin
Datuk Husin Awang
Ismail Osman
Jaliluddin Abdul Wahid
Yahya Othman
Soied Din
Mohd Zain Abdul Rahman
YB Taib Azamuddin Md Taib
Nik Mohd Zawawi Salleh
Shuib Mad Amin
Salleh Sani Harun
Zulkifli Ismail
Khirul Muntanazar Ismail
Yussainee Yahya
Zulkarnain Abidin
Salehen Mukhyi
Nik Razi Nik Mat
Mohd Zainul Asri Mohd Ramli
Mohd Amir Omar
Datuk Muhammad Daud
Yaakob Husin
Hassan Alias
Nurul Khalil Rosli
Datuk Hassan Mohamad
Ismail Noh
Dr Osman Sabran
Mokhtar Sarip
YB Muhammad Mustafa
Zulkarnain Hassan
Mokhtar Senik

Pemeriksa kira-kira (6)

Abdul Rashid Dail
Ibrahim Omar
Isa Jantan
Khairil Saad
Mohd Noor Md Zain
Nordin Ayob

Ust Harun Taib kembali terajui Ulama PAS

Muda Mohd Noor | May 18, 09 3:06pm
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib mengetuai semula Dewan Ulama apabila menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut dalam satu pengumuman hari ini.

Jawatan ketua Dewan Pemuda PAS pusat pula bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru - Nasrudin Hassan dan Zaki Ibrahim.

Manakala pertandingan bagi jawatan ketua Dewan Muslimat bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru - Nuridah Mohd Salleh, Dr Mariah Mahmud, Dr Asiah Ali dan Azizah Khatib Mat.

pas muktamar ke 55 annual general assembly 55 180509Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed pula menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Dewan Ulama.

Manakala jawatan timbalan ketua dewan tersebut, penyandangnya, Hashim Jasin - ADUN Sanglang - akan berdepan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.

Seramai 41 orang dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat dewan berkenaan, antaranya, ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin Md Taib dan Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Bagi Dewan Pemuda pula, lima orang dicalonkan masing-masing untuk bertanding jawatan timbalan dan naib ketua.

Manakala bagi Dewan Muslimat pula, empat orang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan ketua dan tiga orang untuk naib ketua.

Bagi jawatan timbalan ketua Dewan Pemuda, lima orang dicalonkan termasuk anak kepada Mursyidul Am PAS - Nik Abduh Nik Aziz.

Empat lagi ialah setiausaha dewan Pemuda, Ahmad Sabki Yusof; Azman Shapawi Abd Rani (naib ketua sekarang); Musoddak Ahmad (exco) dan Nasruddin.

Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi juga antara lima orang yang dicalonkan bertanding jawatan naib ketua Pemuda.

Tiga lagi ialah exco dewan tersebut, Firdaus Jaafar dan ketua penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat.

Seramai 45 orang dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa pusat Pemuda, termasuk ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad; ketua Pemuda Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil; pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani; timbalan ketua Pemuda Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah; bekas ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa.

Ahmad Sabki, Nik Abduh dan Suhaizan turut dicalonkan bertanding AJK.

Bagi Dewan Muslimat pula, empat orang dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua, termasuk penyandangnya, Wan Hasrina Wan Hassan.

Dr Siti Mariah dan Azizah yang dicalonkan untuk ketua, turut dicalonkan bagi merebut jawatan timbalan bersama dengan ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Yusof.

Tiga orang dicalonkan bertanding jawatan naib ketua Muslimat, iaitu Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Zailah dan exco kerajaan Kelantan, Wan Ubaidah Omar.

Manakala 39 orang dicalonkan untuk jawatankuasa pusat dewan berkenaan termasuklah ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali; exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali dan anak bekas presiden PAS, Nurul Huda Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali, ketika mengumumkan senarai pencalonan di atas berkata mereka mesti menjawab penerimaan pencalonan selewat-lewatnya pada 25 Mei ini.

Ahad, 17 Mei 2009

PAS KAWASAN BALING PERLUSKAN SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN BANGUNAN BARU


Markaz PAS Kawasan Baling (Sekarang)

MAKLUMAN

Parti Islam Semalaysia PAS Kawasan Baling akan membina sebuah Kompleks Pentadbiran diatas sebidang Tanah GM7252 Lot 589 seluas 3 Relong 458 Jemba, dibeli dengan harga RM 180,000.00 di Mukim Kupang, Kg.Teluk Durian, 09200 Kupang, Baling, Kedah. Bagi mengantikan Pejabat PAS Kawasan yang sedia ada kerana keluasan dan lokasinya yang tidak begitu selesa bagi menjalankan aktiviti-aktiviti PAS serta selalu menghadapi masaalah banjir.
Tuan Guru Hj Abd Wahab Hassan
YDP PAS Kawasan Baling

Assalamulaikum wr.wth.
Alhamdulillah, PAS Kawasan Baling telah pun mengadakan laman webnya sendiri, sehubungan itu saudara saudari Ahli penyokong muslimin muslimat yang ingin mengetahui perkembangan mengenai PAS Kawasan Baling boleh melayari laman web ini di http://pasbaling.blogspot.com bila-bila masa. Insyallah pihak kami akan mengemaskinikan laman ini dari masa ke semasa. Sebaran pertanyaan dan cadangan boleh juga di Emailkan ke : ppasbaling@ymail.com ataupun pasbaling@gmail.com
Tel/Fax: 04 4766452

Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan
Yang DiPertua PAS Kawasan Baling


YB Hj Zuki dan YB Johari Abdullah
2 Tokoh Pimpinan PAS Baling

Tokoh Guru PASTI Kebangsaan 2009

Puan Faridah Dawam

Dilahirkan Pada 2 Mei 1968 di kg Gajah Perak
Terlibat dengan PASTI dari 1988 selepas tamat peperiksaan STPM
mengajar pada mualanya suka2 lama2 membuatkan beliau tertarik dengan PASTI walaupun imbuhan untuk mendidik anak2 PASTI tidak seperti tawaran yang pernah beliau dapat namun hatinya sudah terpaut denagn PASTI

Beliau juga terlibat dengan PAS seiring dengan penglibatan beliau di dalam PASTI...pada 1987 beliau menjadi AJK penaja penubuhan DMP Kg Gajah..dan pada umur 22 tahun beliau telah diberi amanah sebagai ketua DMP kawasan Kampung Gajah.

Beliau telah bertemu jodoh dengan Mohd Hasyim bin Yahya dan telah dikurniakan 7 orang cahaya mata namun pada tanggal 26 Julai 2006 ..telah berlaku satu kemalangan maut semasa dalam perjalanan menziarahi anaknya di Ma'ahad Al-Islah Sungai Lampam (Jalan kampung Gajah - Teluk Intan) yang melibatkan beliau sekeluarga..suaminya telah meninggala didalam kejadian itu..beliau dan 2 orang anaknya cederah parah dan dimasukkan ke wad ICU Ipoh.berita kematian suami tercinta hanya diketahui setelah 5 hari kejadian berlaku.

Dengan tabah beliau meneruskan kehidupan sebagai ketua keluarga dengan pendapat dari imbuhan guru PASTI sebanyak RM3oo sahaja serta sumbangan dari orang ramai..hasil tarbiyyah yang diterima beliau cekal meneruskan kehidupan membesar dan mendidik anak2nya walaupun keseorangan sebagai ketua keluarga,beliau tidak pernah memberi alasan untuk tidak terlibat dengan apa saja program anjuran PASTI atau parti

Puan Faridah Dawam seorang yang sentiasa berfikir untuk memajukan PASTI dan parti..bersama iltizam dan sokongan2 dari teman2 seperjuanagan..beliau bertekad meneruskan perjuangan memastikan anak2nya..murid2 PASTI dan masyarakat keseluruhannya memahami Islam dan seterusnya syariat Islam tertegak di bumi Malaysia yang tercinta ini.Kini beliau diamanahkan sebagai Ketua Majlis Guru PASTI Kawasan Pasir Salak dan Timbalan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Perak.

Sukan PASTI

Selamat Bermuktamar

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons