Khamis, 10 September 2009

DPPNK AKAN TURUN KE SIK SERAH SUMBANGAN

Petang ini Dewan Pemuda PAS akan turun ke. Kg Betong Sik bagi menyerahkan sumbangan Ramadhan kepada fakir miskin disana. Semua persiapan telah disusun oleh pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik. Semoga berjalan dengan baik InsyaAllah

PAKAT PI DENGAQ CERAMAH MAT SABU

DPPNK AGIH BUBUR LAMBUK DI PEKAN RABU ALOR SETAR


Petang kelmarin 9.9.09 hari Rabu , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah turun ke Pekan Rabu Alor Setar untuk mengagihkan bubur lambuk percuma kepada pengunjung dan oramai sekitar kawasan tersebut. Sebanyak lebih 1000 bungkusan bubur lambuk telah berjaya diedarkan dalam tempoh 45 minit. Turut menerima bubur lambuk pemandu bas dan penumpang yang berhenti di Bus Stop Pekan Rabu, para peniaga bazar Ramadhan, pemandu teksi, penarik beca termasuk dikalangan yang bukan Islam.

Turut hadir mengagihkan sumbangan Sdr Sanusi Md Nor, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, YB Ust Izzat Shauki, Naib Ketua, Ust Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK , Yusrin Zakri, Bendahari, Helmi Khalid, Fadzil baharum, Fadzil Noor Sahani, Saiful Syazwan ( semua Exco DPPNK). Turut sama membantu AJK Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, Pokok Sena dan Alor Setar.

Orang ramai yang menerima bubur lambuk tersebut mengucapkan berbanyak terima kasih di atas usaha murni tersebut.

Untuk makluman program agihan bubur lambuk di Pekan Rabu adalah program tahunan DPPNK setiap kali Ramadhan.

peeeee







Selasa, 8 September 2009

MENTERI BESAR KEDAH SERAH SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Menteri Besar Kedah, YAB Datto' Seri Ust Hj Azizan Abd Razak telah menyerahkan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat yang bernaung di bawah Unit Hal Ehwal Sekolah Agama Rakyat (HESA) pada 8 Sep 2009, jam 11.00 pagi tadi. Majlis diadakan di Dewan Kecil Seri Mentaloon, Alor Setar. Turut hadir ialah Dato' Taulan Hj Mat Rasul, Exco Pendidikan, Agama dan Koperasi, Dato' Dato' Dr Abd Isa Ismail, Speaker DUN Kedah , Dato' Amiruddin Hamzah, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib, YB Ustazah Aishah Ghazali, Dato' Sheikh Uzair Baharum, YDP MAIK, Dato' Khairuddin Zain, Pengarah Jaik dan Pentadbir Sekolah Agama Rakyat.

Dalam Majlis tersebut sebanyak 21 buah sekolah telah menerima sumbangan yang diperuntukkan sebanyak RM600,000 daripada YAB Menteri Besar Kedah seperti senarai berikut:-

1. Sekolah Menengah Islam Darul Ulum (SMIDU), Pokok Sena
2. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah , Kg. Tok Keling, Alor Setar
3. Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) Alor Setar
4. Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak
5. Sekolah Rendah Islam Darul Ulum , Langkawi
6. Sekolah Rendah Islam Burhanuddin Al Helmy
7. Sekolah Rendah Islam An Nur, Pendang
8. Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Kupang
9. Madrasah Islahiah Diniah, Kg. Memali
10. Madrasah An Nur Al Islamiah, Pendang
11. Sekolah Rendah Raudatul Ulum, Kg.Kembal Kuala Ketil
12. Sekolah Agama At Tayyibah, Changloon
13. Madrasah Zubaidyah, Merbok
14. Maahad Tarbiah Islamiah, Derang
15. Sekoilah Tahfiz Sains An Najihin, Kulim
16. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah, Bandar Hilir, Sik
17. Madrasah Misbahul Falah, Parit Panjang
18. Madrasah Nurul Islah, Parit Panjang
19. Madrasah Nurul Hidayah, Kg. Tembak, Kuala Ketil
20. Maahad Qiraat Al Azhar Amal Aimy Dzalifah, Alor Setar
21. Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah Penghulu Elang, Kulim











DPP PUSAT, DPPNK DAN DPP JERAI TURUN PADANG BEGI SUMBANGAN RAMADHAN











kelmarin berlangsung program turun padang bagi menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan golongan kurang upaya. Program melibatkan rombongan daripada Dewan Pemuda PAS Pusat terdiri dari Ust Azman Shafawi,Timbalan Ketua Pemuda Pusat Sabky Yusuf, Naib Ketua Pemuda, Kamaruzzaman Mohamad , Setiausaha dan Sdr Adram Musa, Bendahari, sementera dari DPPNK, Ust Ahmad Yahya, Yb Ust Izzat Shauki, Ust Mohd Rosli Azmi, Yusrin Zakri Adnan, Ust. Azam Samat, Ust Mohamad Ismail,Fadzil Noor Sahani dan DPP Jerai terdiri daripada YB Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda dan AJK DPP Jerai.

Rombongan DPP Pusat disambut si Sekolah Integrasi Faizin kemudian di bawa ke Pondok Hj Majid tempat program. Ketua Cawangan dan Ketua Pemuda Cawangan Pondok Hj Majid , Guar Chempedak menyambut kedatangan rombongan. Sementara didalam madrasah pihak muslimat sedang tekun menyediakan juadah berbuka puasa untuk hari itu.

Rombongan telah dibawah kebeberapa buah rumah sekitar kawasan tersebut untuk menyerahkan sumbangan kepada mereka yang layak. Antara penerima terdiri daripada fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim, dan orang uzur (lumpuh) . Sumbangan hamper berupa barang makanan disumbang oleh Dewan Pemuda PAS Negerik Kedah, sementara YB Firdaus Jaafar menberi duit raya kepada penerima. Selepas itu rombongan kembali ke Madrasah Pondok Hj Majid untuk bertemu dengan penduduk disitu. Ust Azman Shafawi telah memberi tazkiran sebelum berbuka puasa.

DPPNK ADAKAN PERTEMUAN DENGAN SPEAKER DUN KEDAH




Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah mengadakan pertemuan dengan Speaker DUN Kedah, Dato' Abd Isa Ismail kelmarin , 7 Sep 2009 di Pejabat beliau pada pukul 12.00 tengahari. Pertemuan tersebut bagi mendapat penjelasan terkini tentang isu kekosongan DUN Kota Siputeh yang yang ditolak oleh SPR. Hadir dalam pertemuan tersebut , Ketua Pemuda PAS Kedah,Ust Ahmad Yahya, Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha DPPNK, Ust Mohd Rosli Azmi dan Ketua Penerangan DPPNK , YB Nasir Zakaria.

Dalam pertemuan itu Dato' Speaker telah menjelaskan tentang tindakan yang beliau ambil berhubung isu ini. Beliau juga akan membawa kes ini ke mahkamah untuk dan sekarang panel peguam yang dilantik sedang menyiapkan dokumen untuk memfailkan kes tersebut.

Isnin, 7 September 2009

SPR MAIN ISTILAH ISU KEKOSONGAN KERUSI DUN KOTA SIPUTEH

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

ALOR SETAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengecam alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan sebagai memperlekehkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK) berhubung keputusan badan itu terhadap status kerusi Dun Kota Siputeh

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, SPR sengaja mengenengahkan istilah yang tidak terdapat pada UUTKNK bagi mengelirukan orang ramai.

Tegas beliau, alasan digunapakai badan itu cuba memperbodohkan umum seolah-olah tidak tahu mengenai perundangan.

"Misalnya dalam UUTKNK yang dimaksudkan itu langsung tidak terdapat istilah penggal yang digunakan SPR. Jadi nampaknya SPR sudah terkeluar dari peranannya selaku pengendali pilihan raya, mereka kini nak mentafsir undang-undang pula.

"Jikapun SPR hendak menjadi hakim, jadilah hakim yang adil. Tetapi kita juga difahamkan, SPR tidak memanggil Speaker untuk memberi pandangan dan keterangan, mereka hanya menjemput Abu Hassan (Adun Kota Siputeh) sahaja.

"Paling kita kesal, walaupun ketika ini bulan Ramadan, SPR terus menunjukkan sikap mereka menjadi barua kepada Barisan Nasional. Jangan sampai nanti rakyat pula akan kata SPR adalah syitan dalam bulan Ramadan," ujarnya 2 Ogos lalu.

Tambah Ahmad, alasan badan itu hanya mengesahkan lagi persepsi umum yang mendakwa SPR tidak bebas.

DPPNK BUAT LAPORAN POLIS BERHUBUNG KENYATAAN AZIZ SHEIKH FADZIR DALAM SINAR HARIAN

Pada jam 10.30 pagi tadi Dewan Pemuda PAS telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Dato' Aziz Sheikh Fadzir dalam Akhbar Sinar Harian kelmarin. Laporan dibuat oleh Ust Ahmad Yahya,Ketua Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar. Turut mengiringi beliau Ust MOhd Rosli Azmi, Setiausaha DPPNK, YB Nasir Zakaria, Ketua Penerangan DPPNK dan Sdr Helmi Khalid, Exco DPPNK.

Berikut adalah KENYATAAN MEDIA DARIPADA DPPNK

" Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah membuat satu laporan pilus terhadap Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Dato' Abd Aziz bin Sheikh fadzir berhubung kenyataan beliau dalam sebuah akhbar berkenaan ' ada lagi ADUN istihar Bebas', pada 6 September 2009.

Kenyataan itu juga turut menggugat keamanan dan keharmonian yang sentiasa dipelihara oleh pemimpin Pakatan Rakyat di negeri Kedah.

Kenyataan itu juga bagi berniat jahat untuk menafikan hak rakyat yang telah memilih seorang wakil dari parti yang dipercayai oleh mereka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga sangsi, bagaimana seorang Ketua UMNO Bahagian mengetahui akan ada lagi Adun dari parti PKR dan PAS bakal mengishtiharkan diri sebagai Adun Bebas.

Pemuda PAS Negeri Kedah juga memberi amaran keras kepada beliau agar tidak bermain api menuju kearah merosakkan perpaduan rakyat sepertimana yang pernah dilakukan beliau ketika menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia beberapa tahun lalu dengan mengadakan perhimpunan haram dihadapan Dewan Himpuan Cina Selangor. "


Ahmad bin Yahya
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah





Ahad, 6 September 2009

TAMRIN RAMADHAN DPPNK 1430H








Semalam 5 Sep 2009 telah diadakan Majlis Iftar dan Tamrin anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dengan penglibatan daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan Seluruh Kedah. Seramai 150 orang AJK Pemuda Negeri dan kawasan hadir dalam tamrin tersebut. Tahun ini Dewan Haji Minai , Markaz MTD DUN Kota Siputeh telah dipilih sebagai lokasi tamrin dan Dewan Pemuda PAS Jerlun sebagai tuan rumah.

Majlis bermulajam 6.00 petang dengan penyampaian tazkirah oleh Cikgu Abd. Wahab Abd Rahman, bekas pimpinan pemuda PAS Kedah dan juga vateran PAS Kedah. Beliau telah mengambil kesempatan itu untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang aktivis PAS . Beliau pernah dipindahkan kebeberapa buah sekolah diluar Kedah kerana penglibatan dalam PAS termasuk ditukar di Pahang selama 6 tahun.

Peserta dihidangkan dengan juadah berbuka puasa dan makan malam yang enak. Walaupun hujan lebat ia tidak menghalang kehadiran yang begitu ramai.

para peserta kemudian menunaikan solat Isyak dan Terawih berjamaah. Selepas itu majlis pembentangan kertas kerja tamrin dengan pembentangan pertama oleh Tuan Haji Aris Awang, Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah. Beliau telah menggunakan tayangan slide untuk memudahkan penyampaian beliau. Belioau telah membentang kertas bertajuk kerja Pemuda Pasca Kemenangan , Harapan dan cabaran.

Kemudian Sdr Sanusi Md Nor , Timbalan Ketua Pemuda membentang taklimat terkini perkembangan kerajaan negeri Kedah serta isu semasa yang berlaku. ust Ahmad Yahya turut menyampaikan ucapan penutup tamrin. majlis berakhir pada pukul 12.30 malam.

MAJLIS BERBUKA PUASA MENTERI BESAR DENGAN MKK

Pada 3 Sep 2009 lepas berlangsung Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Kedah Bersama Ahli Majlis Ketua Kampung dan Ketua Komuniti (MKK) di Dewan Seri Mentaloon. Seramai 1700 orang Ahli MKK hadir. Menteri Besar Kedah juga telah menyampaikan tazkiran Ramadhan kepada semua hadirin. Majlis dianjurkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).










SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons