Sabtu, 13 Jun 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PASTI NEGERI KEDAH MERIAH

ALOR SETAR.

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Negeri Kedah di;angsungkan dengan meriah pada 12 Jun 2009 . Majlis tersebut diadakan di Dewan Seri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah telah dirasmikan oleh YB Dato' HJ Mohamed Taulan bin Mat Rasul, Exco Kerajaan Negeri Kedah mewakili Menteri Besar Kedah pada sebelah petang.

Pada Sebelah pagi diadakan program sukaneka dan pertandingan kesenian, sajak, piadato dan gubahan yang melibatkan guru PASTI. Serami 400 orang guru PASTI hadir bersama dengan Pengurus PASTI cawangan dan Penyelia PASTI Kawasan.

Ucapan Perasmian disampaikan oleh YB Mohamed Taulan dan Ust Ahmad Yahya telah berucap mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.

Turut hadir ialah Ust Mohd Rosli Azmi,Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah , Beberapa orang Exco DPPNK, Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kedah, AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah serta Ketua Pemuda PAS Kawasan.

Pihak PASTI juga telah memberi beberapa anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri dan Kawasan seperti berikut-

TOKOH GURU PASTI NEGERI KEDAH

Puan Suriani binti Hashim - Kuala Kedah

TOKOH GURU PASTI KAWASAN

1. Langkawi - Puan Maimunah binti Yon
2. Kubang Pasu - Norzamalati binti Zakaria
3. Jerlun - Puan Fatimah binti Mansor
4. Padang Terap - Siti Aminah binti Zamiluddin
5. Kuala Kedah - Puan Rosida binti Ahmad
6. Alor Setar - Puan Suriani binti Hashim
7. Pokok Sena - Puan Rofiah binti Ayob
8. Pendang - Puan Saadiah binti Hj Ahmad
9. Sik - Puan Rosnani binti Zali
10. Baling - Puan Latifah binti Hussin
11. Jerai - Puan Rossita binti Morad
12. Sungai Petani - Puan Habibah binti Othman
13. Merbok - Puan Wahida binti Yaacob
14. Padang Serai - Puan Saadiah binti Saad
15. Kulim/Bandar Baharu - Puan Halimah binti Embi

Senarai penuh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 2009/11

AHLI JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT & PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI/WILAYAH PERSEKUTUAN
SESI 2009 � 2011

Presiden
DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Timbalan Presiden
USTAZ NASHARUDIN MAT ISA

Naib Presiden
DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SALAHUDDIN AYUB
DATO' MAHFUZ OMAR

Ketua Dewan Ulama
DATO' USTAZ HARUN TAIB

Ketua Dewan Pemuda
USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI

Ketua Dewan Muslimat
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH

Setiausaha Agung
DATO' MUSTAFA ALI

Ketua Penerangan
USTAZ IDRIS AHMAD

Bendahari
DR MOHD HATTA RAMLI

Ketua Pengarah Pilihan Raya
DATO' USTAZ ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

Ahli Jawatankuasa
DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN

DATO' KAMARUDDIN JAFFAR

DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK

DATO' DR HAJI HASAN MOHD ALI

USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN

DATO' USTAZ ABU BAKAR CHIK

MOHAMED HANIPA MAIDIN

DATO' IR AMIRUDDIN HAMZAH

DR LO' LO' MOHAMAD GHAZALI

USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

DR DZULKEFLY AHMAD

DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI

USTAZ HASHIM JASIN

MAZLAN ALIMAN

USTAZ TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB

DR MUJAHID YUSOF RAWA

DATO' HUSAM MUSA

MOHAMAD SABU

MOHD ANUAR TAHIR

ASMUNI AWI

MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI

DR SITI MARIAH MAHMUD

WAN UBAIDAH WAN OMAR

AHMAD DULLAH

Pesuruhjaya PAS Negeri
PERLIS : USTAZ HASHIM JASIN

KEDAH : DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK

PULAU PINANG : USTAZ MOHD SALLEH MAN

PERAK : USTAZ ABU BAKAR HUSIN

KELANTAN : TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

TERENGGANU : USTAZ HARUN TAIB

PAHANG : DATO' USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN

SELANGOR : DATO' DR HASAN MOHD ALI

W. PERSEKUTUAN : MOHAMAD NOOR MOHAMAD

NEGERI SEMBILAN : ZULKEFLY MOHAMAD OMAR

MELAKA : USTAZ ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN

JOHOR : DATO' DR MAHFODZ MOHAMED

SABAH : MUHAMAD ABDULLAH

SARAWAK : USTAZ OSMAN MUSTAPHA

Khamis, 11 Jun 2009

Nak Pilihanraya lagi ke? Bagilah selesai Manek Urai Dulu

Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan

Malaysiakini:
Athi Veerangan | Jun 11, 09 5:37pm

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.

ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 05Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.

Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.

Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.

Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

tan beng huat resign as jawi state rep penang lim guan eng dap 110609 03Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.

Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.

Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.

Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

BN tidak mampu retakkan Pakatan Rakyat - Anwar

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Jun 10, 09 | 10:09:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin Barisan Nasional tidak akan mampu meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat berhubung dengan isu Kerajaan Perpaduan. Tegasnya, beliau bersama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertemu semalam bagi membincangkan isu yang hangat diperkatakan muktahir ini.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat percaya perselisihan yang berlaku hanyalah kecil tetapi digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai Umno-BN.

Berikut disiarkan kenyataan penuh Anwar:

Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan.

Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit.

Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media Umno-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS.

Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihan raya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihan raya yang telus.

Insya-Allah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM,
KETUA PEMBANGKANG,
DEWAN RAKYAT MALAYSIA. - mks._

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons