Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label takziah. Papar semua catatan

Sabtu, 4 September 2010

TAKZIAH KEPADA YB DR HJ HAMDAN MOHAMED KHALIB

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan Takziah kepada YB Dr Hj Hamdan Mohamed Khalib serta keluarga diatas  kematian anak beliau Mohd Syazmin, 16 tahun  yang meninggal dunia pada pukul 10.30 mlm tadi  akibat kecederaan dalam kemalangan jalanraya.Semoga Allah memberi kesabaran yang tinggi kepada YB Dr Hamdan dan keluarga di atas pemergian Insan yang disayangi lebih-lebih lagi disaat menjelang hari Raya Aidilftri. Dr Hamdan adalah Exco Kerajaan Negeri Kedah yang juga Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah 1995-1997


Kemalangan berlaku pada  jam 3.00 petang Khamis lalu, Mohd Syazmin dan abangnya Mohd Syazwan, 18 tahun terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sik-Jeniang. Kedua-dua beradik dimasukkan ke dalam wad ICU di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari SMK Agama Sik.

Jenazah Syazmin telah disembahyangkan pada jam 10.30 di Surau Taman Ria Indah (berhadapan rumahnya) dan akan disemadikan di Masjid Lama, Merbok. Sehingga kini, abangnya Syazwan masih lagi berada di wad ICU dan masih belum sedarkan diri.

Turut menziarahi jenazah YAB Dato' Seri Hj Azizian Menteri Besar Kedah, dan Exco -Exco Kerajaan Negeri serta ADUN dan Ahli Parlimen. Turut datang menziarahi YB Lydia Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bagi melancarkan lalulintas dan sebagai penunjuk arah Jabatan Amal Negeri Kedah telah menhantar satu Unit dirumah beliau dan di tanah perkuburan untuk membantu mengawal lalulintas .


Marilah sama-sama kita berdoa semoga roh allahyarham akan ditempatkan

oleh Allah SWT di kalangan hamba2Nya yang soleh dan dimasukkan ke

dalam syurga di akhirat kelak. Pohon kejasama muslimin dan muslimat

untuk teruskan solat hajat dan berdoa semoga Mohd Syazwan akan segera

sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.



Buat arwah Mohd Syazmin, marilah kita sama-sama sedekahkah alfatihah

untuk almarhum.....Alfatihah...

Sabtu, 23 Januari 2010

TAKZIAH- PONDOK LUBUK TAPAH TERBAKAR

Dewan PemudA PAS Negeri Kedah  mengucapkan takziah kepada pengurusan Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas yang kehilangan tiga blok asrama pelajar lelakinya dalam kebakaran kira-kira jam 2 pagi, hari ini.

Pondok berkenaan merupakan pusat pengajian agama yang tertua di Kelantan yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Rahman Che Wan  pada tahun 1931.

Bagi yang ingin memberikan sumbangan, bolehlah menghubungi pejabat pondok berkenaan di talian: 09-7905672 atau Saudara Azlan, 014-5064930

AL FATIHAH , TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN KDYMM SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dengan ini merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda. Amin

Rabu, 11 November 2009

TAKZIAH KEPADA DATO' KAMARUDDIN JAAFAR

AL FATIHAH 
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada YB Dato' Kamaruddin Jaafar di atas pemergian Isteri tercinta paga tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat di atas roh beliau dan diberikan keampunan oleh Allah

Kmai juga mengharapkan agar beliau dan keluarga bersabar didugaan tersebut. Amin


Jumaat, 14 Ogos 2009

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM ASRI RABBANI

Dewan PemudA PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Asri Ibrahim, Vokalis Kumpulan Rabbani yang menghembuskan nafas terakhir semalam.
Semoga semua pihak dapat bersabar di atas pemergiannya beliau. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dalam industri nasyid tanah air, yang mana beliau dan rakan-rakannya merupakan perintis hiburan alternatif yang semakin maju dan mendapat tempat didalam masyarakat. Al Fatihah

Jumaat, 31 Julai 2009

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN DATO' HAMDAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Hamdan Abd Rahman di atas pemergian beliau. Takziah juga dihulrkan kepada PAS Pulau Pinang di atas kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada PAS Pulau Pinang.Semoga segala khidmat dan pengorbanan beliau akan dibalas dengan ganjaran yang besar disisi Allah dan sentiasa dicucuri rahmat. Amin...

Jumaat, 22 Mei 2009

TAKZIAH DI ATAS KEMATIAN HJ ISMAIL YAACOB

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada Keluarga Allahyarham Hj Ismail Yaacob yang kembali kerahmatullah pagi tadi. Permergian beliau adalah satu kehilangan yang besar kepada perjuangan Islam. Semoga Allah mengampuninya dan dicucuri rahmat ke atas roh beliau. AL Fatihah..


Kematian Ismail kehilangan besar pada kerajaan negeri,PAS

Wartawan Kita | Foto Rizal Tahir

Fri | May 22, 09 | 5:15:40 pm MYT

KUALA KRAI, 22 Mei (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manik Urai,Haji Ismail Yaacob,60, sebagai kehilangan besar kepada kerajaan negeri dan PAS.

Iklan

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata Ismail, yang meninggal di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu di sini kira-kira 5.50 pagi tadi sebagai antara wakil rakyat PAS yang paling lama berkhidmat di Kelantan.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud berkata Ismail menunjukkan prestasi yang sangat baik sebagai seorang wakil rakyat.

Petang tadi, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat.

Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.Image

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.- mks._

Jumaat, 20 Mac 2009

Al Fatihah- Ketua Pemuda PAS Tampin Meninggal Dunia

Alor Setar,

Dewan Pemuda PAS Mengucap takziah kepada Keluarga Allahyarham Khairul Azhar dan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan diatas pemerhian beliau ke rahmatullah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau amin.

Ketua Pemuda PAS Tampin meninggal dunia
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Tampin, Khairul Azhar Kamaruddin, 35 meninggal dunia akibat serangan denggi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau kembali ke rahmatullah jam 11 malam semalam dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat di perkuburan Masjid Paroi hari ini.

Demikian dinyatakan Setiausaha Kerja PAS Negeri Sembilan Suhaire Sulaiman kepada Harakahdaily jam 1 pagi tadi.

"Solat jenazah akan ditunaikan di masjid berkenaan dan pengkebumiannya akan dilakukan di makam Masjid Paroi.

"Isteri beliau sedang menunggu hari untuk bersalin anak ketiga dan anak sulungnya baru berusia 4 tahun.Sama-samalah kita mendoakan rohnya dan kesejahteraan keluarganya," katanya.

Khairul dikejarkan ke hospital berkenaan semalam selepas jatuh pengsan di Klinik Ampangan ketika mendapatkan rawatan susulan di klinik berkenaan sejak tiga hari lalu.

Menurut salah seorang ahli keluarganya, pihak doktor mendapati buah pinggang Khairul kini gagal berfungsi, selain hati membengkak dan darahnya dimasuki kuman. - azm _

Sabtu, 29 November 2008

Salahuddin Ayub utus ucapan takziah dari Mekah

29 Nov 2008 10:36AM

Oleh Salahuddin Ayub

BAGI pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga di atas kembalinya kerahmatullah Allahyarham Y.B. Dato' Haji Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu pada hari semalam.

Kembalinya kerahmatullah Allahyarham adalah kehilangan besar dalam sistem pembangunan pendidikan negara. Allahyarham banyak memberikan perkembangan positif dalam usaha membangunkan sistem pendidikan negara untuk generasi yang akan datang.

Kami berharap dan mendoakan agar Y.Bhg. Datin serta ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah di atas ujian yang telah melanda. Kami juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang soleh jua. Amin

* YB Salahuddin Ayub merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat - Pengarang

Selasa, 4 November 2008

Ucapan Takziah Ketua Pemuda PAS Kepada Gerakan

PAS/DPPP/1.03.04-07(021) 3 November 2008 / 5 Zulkaedah 1429

Kepada :

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon

Presiden,
Parti Gerakan Rakyat Malaysia,

Level 5, Menara PGRM,
8, Jalan Pudu Ulu, Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
(No. Fax : 03-9287 8866)


Y.Bhg. Tan Sri;

UCAPAN TAKZIAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Bagi pihak Pimpinan dan ahli-ahli Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat), saya merakamkan ucapan takziah kepada Y.Bhg. Tan Sri dan seluruh ahli Parti Gerakan Rakyat Malaysia serta ahli keluarga mendiang Y.Bhg. Dato' Dr. S. Vijayaratnam, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia di atas kematiannya pada hari ini.

Kami berharap Y.Bhg. Tan Sri dan seluruh ahli Parti Gerakan Rakyat Malaysia serta ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah;

YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ahad, 27 Julai 2008

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH UCAP TAKZIAH KEPADA DATO' WAN RAHIM

Kota Sarang Semut, Alor Star- 27 Jul 2008

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada Dato' Wan Abd Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu di atas pemergian ayahanda beliau ke rahmatullah. Dewan Pemuda berharap supaya beliau dan keluarga bersabar di atas pemergian Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Amin



Ayah anggota parlimen Kota Bharu meninggal dunia
Salmah Mat Husain
Thu | Jul 24, 08 | 7:12:29 pm MYT

KOTA BHARU, 24 Julai (hrkh) - Ayah kepada anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 5.15 petang tadi.
Iklan




Wan Abdullah Wan Mohmood, 82 meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Keladi, dekat sini di hadapan anak-anaknya.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Wan Rahim, Wan Hasnah, Wan Hashimah dan Wan Hasmah di samping 37 cucu.

Manakala anak keempatnya, Wan Mohd Azim bekas pegawai Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan yang juga suami anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar meninggal dunia tujuh tahun lalu.

Wan Rahim berkata, ayahnya meninggal dunia akibat sakit tua di samping menghidap angin ahmar sejak sebulan lalu.

Allahyarham merupakan pesara Lembaga Letrik Negara (Tenaga Nasional Berhad).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat jenazah sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol, kira-kira jam 9.30 malam ini.

Isteri Allahyarham, Che Jah Che Ibrahim meninggal dunia pada 2003 ketika berusia 65 tahun.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Rohani Ibrahim mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian insan yang tersayang. - mj _

Rabu, 16 Julai 2008

DEWAN PEMUDA PAS KEDAH MENGUCAPKAN TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAN DATO' BASRI AKIL KERAHMATULLAH

Kompleks PAS Kedah, Alor Star

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Basri Akil di atas pemergian beliau ke rahmatullah petang kelmarin. Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah merasakan satu kehilangan yang besar kepada rakyat negeri kedah terutamanya di atas jasa Allahyarham kepada pembangunan bolasepak Kedah. Jasa dan sumbangan Allahyarham telah meletakkan pasukan bolasepak kedah dipersada kegemilangan bolasepak negara dan antara pasukan yang disegani masa kini.

Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dan menempatkannay dikalangan mereka yang diredhai oleh Allah.Al Fatihah...


MUSODDAK BIN HJ AHMAD
ketua Pemuda PAS Kedah

Selasa, 20 Mei 2008

TAKZIAH BUAT ALLAHYARHAM AZIZAH SHAARI

Kompleks PAs Kedah- Alor Star

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Azizah Shaari, seorang guru PASTI Kawasan Merbok yang telah menghempuskan nafas terakhir ketika sedang mengendalikan Sukan PASTI Kawasan Merbok pada 17 Mei lepas. Semoga keluarga beliau tabah dengan pemergian beliau. Kita mendoa'kan semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkannya dikalangan orang yang soleh. amin.

Ahad, 4 Mei 2008

Kerajaan Kedah ucap takziah kepada keluarga Allahyarham S.M Nasimuddin

Bashir Ishak
Sun | May 04, 08 | 12:23:40 pm MYT

ALOR STAR, 4 Mei (Hrkh) - Kerajaan PAS Kedah mengucapkan takziah kepada isteri dan keluarga pengasas dan Pengerusi Naza Group, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu di Los Angeles, California.

Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau adalah seorang tokoh yang baik, berwawasan dan komited dalam perniagaannya.

"Kita juga mengucapkan terima kasih kerana beliau juga membawa Naza ke negeri Kedah dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat," kata Menetri Besar, Ustaz Azizan Abdul Razak.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons