Isnin, 3 November 2008

Ribuan manusia hadir solat jenazah Ust Bakar

Bandar Hilir, Sik 2 Nov 2008

Lebih 6000 orang hadir solat jenazah Ust Abu Bakar Ibrahim pada jam 10.00 pagi di Pondok Bandar Hilir, Sik. Orang ramai telah dahulu datang menziarahi jenazah pada sebelah malam hingga menimbulkan kesesakkan di kawasan pondok dan solat jenazah terpaksa dibuat sebanyak 2 kali.Ramai Pimpinan PAS di semua peringkat dan juga bekas murid Allahyarham hadir memberi penghormatan terakhir.


Ust Abu Bakar Ibrahim atau lebih dikenali Ust Bakar Bongor telah kembali ke rahmatullah pada pukul 7.00 petang semalam . Menurut menantu beliau, Ust Alias Abdullah Allahyarham telah jatuh sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Beliau merupakan pengasas pondok Markaz Tarbiah Islamiah, Kg. Bandar Hilir, Sik yang juga merupakan bapa mertua kepada Ketua Pemuda PAS Kawasan Sik, Ust Ismail Hj Mahmud.

Pondok beliau telah mengalami satu kebakaran besar pada bulan Ramadhan tahun 2007 yang lalu yang menyebabkan semua pondok pelajar lelaki hangus terbakar.

Sebelum menubuhkah pusat pengajian pondok ,beliau merupakah salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Misbahul Falah, Banggol Berangan, Parit Panjang atau lebih dikenali Pondok Lanai. Beliau juga adalah salah seorang AJK Pas Kawasan Sik dan pernah ditahan dibawah akta ISA pada tahun 1997 selama 2 tahun dalam "Operasi Kenari".

Semoga Allah mencucuri roh beliau dan menempatkan beliau dikalangan para hambanya yang solihin.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian Allahyarham kerahmatullah. Amin...

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons