Selasa, 4 November 2008

Dua YB Berkongsi Pengalaman

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

BALING: Sebagai wakil rakyat, bukan sahaja berperanan memberi khidmat kepada masyarakat tetapi juga dapat menimba pengalaman yang cukup berharga.

Itulah yang dikongsikan dua wakil rakyat dari Parlimen Baling iaitu Adun Kupang, YB Encik Johari Abdullah dan Adun Kuala Ketil, YB Tuan Haji Md Zuki Yusof ketika ditemui pada satu temubual di Kupang, di sini 14 Oktober lalu.


Kedua-duanya merupakan bekas pendidik dan lebih mesra dengan panggilan 'Cikgu', malah merupakan aktivis PAS Baling yang dikenali gigih dengan perjuangan.

Menurut mereka, jika selama ini melihat kepayahan hidup orang Melayu di daerah itu, dengan kemenangan pada PRU-12 lalu membawa mereka kepada menyaksikan sendiri kesusahan hidup yang dialami masyarakat bukan Islam kerana dipinggirkan pemerintah sebelum ini.

Maklum Cikgu Johari, aduan yang sering diajukan kepadanya berupa permasalahan kemudahan awam. Katanya, mungkin itu lumrah di daerah seperti itu yang jauh dari pusat pentadbiran.

"Wakil rakyat kawasan bandar mungkin berdepan masalah-masalah pengurusan sampah, landskap dan seumpamanya, tapi kami di sini, aduan lebih banyak mengenai kemudahan awam," terangnya.

Sementara itu, bagi Cikgu Md Zuki, beliau mengungkap PAS sebagai parti keramat.

"Dalam keadaan tiada duit, tiba-tiba duit datang. Pengalaman saya sebagai Adun, baru-baru ini hadapi ribut, banjir dan hari raya. Kita menadah tangan ke langit, tak ada duit dan sebagainya. Tiba-tiba esok pagi ada dermawan datang memberi wang," ujarnya terharu menceritakan kisah itu.

Katanya, jika malam sebelumnya beliau asyik memikir hal-hal dihadapinya, namun 'pertolongan' yang datang tiba-tiba menyelesaikan semuanya.

"Wallahua'lam, berjuang dengan PAS ini akan jadi begitu, tapi kena yakin betul-betullah," katanya sambil menguntum senyuman.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons