Ahad, 2 November 2008

PENGUASAAN BAHASA ARAB PENTING - MB

oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR STAR: Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak meminta kepada semua pelajar di universiti-universiti Timur Tengah menambah penguasaan mereka dalam Bahasa Arab.

Menurutnya, jika ingin belajar di Timur Tengah, golongan pelajar ini perlu menambah pengetahuan mereka di dalam Bahasa Arab dan menguasainya.


"Bagaimana kita hendak belajar di sana jika penguasaan di dalam Bahasa Arab mereka lemah dan jika ingin lebih mudah mempelajari serta menguasai pelajaran di sana, penguasaan Bahasa Arab adalah perlu," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT) kali ke-13, di sini.

Selain itu, beliau turut menegaskan bahawa beliau akan mencuba sedaya upaya bagi menyalurkan bantuan kepada persatuan ini.

Ujarnya, beliau akan menolong dari segala bentuk, termasuklah peruntukan kewangan tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Tambahnya lagi, beliau akan cuba bagi menggabungkan persatuan ini dengan Maahad Ad-Dini bagi pembangunan institusi terbabit.

Beliau turut menekankan beberapa perkara kepada hampir 150 ahli persatuan terbabit mengenai sumbangan yang boleh dilakukan mereka dalam pembangunan insan.

"Ia termasuklah penambahbaikkan dalam mahkamah syariah dan ahli boleh membangunkan ummah melalui kajian-kajian ilmiah," katanya.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan itu, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim sekali lagi dilantik menjadi Pengerusi Ahli Jawatankuasa PBMITT.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi PBMITT Pusat, Ismail Abdul Halim.
Posted by Warta Darul Aman Daily at 3:46 PM

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons