Selasa, 16 Jun 2009

Sdr Sanusi Md Nor dilantik EXCO Pemuda PAS Pusat


Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah, Sdr Muhammad Sanusi Md Nor telah dilantik sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlantikan itu telah diputuskan oleh Mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS Pusat pada 15 Jun di Pejabat Agung PAS Pusat , Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ust Ahmad Yahya mengucap tahniah di atas perlantikan tersebut dan pilihan yang tepat dan yakin dengan kemampuan beliau (Sanusi) memainkan peranan diperingkat nasional dan ini adalah satu kejayaan Dewan Pemuda PAS Kedah melahirkan kepimpinan di peringkat pusat . Sebelum ini YB Firdaus Jaafar dan YB Ust Nasir Zakaria telah memenangi pemilihan dalam muktamar DPPP yang lalu.

Sementara itu Sdr Kamaruuzzaman Mohamad sebagai dilantik Setiausaha, Sdr Adram Musa telah dilantik sebagai Bendahari Pemuda Pusat dan Sdr. Suhaizan Kaiat dikekalkan sebagai Ketua Penerangan.

Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasrudin Hj Hasan telah mengumumkan keseluruhan barisan kepimpinan pemuda PAS pusat sesi 2009-2011 ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut kira-kira pukul 11.00 pagi tadi.

Berikut merupakan senarai tersebut:
Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Zuhdi Marsuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman

1 komentar:

almukmien berkata...

salam,

alhamdulillah, ana, ayahanda, bonda pengundi dan penyokong PAS di DUN Kota Siputeh & Parlimen Jerlun bersyukur kpd ALLAH SWT atas kejayaan PAS mengambilalih tampuk kepimpinan kerajaan KEDAH.

ana mengenali saudara SANUSI MD NOOR semasa ana bersekolah di SSMJ, Sg. Petani. ana mengucapkan tahniah kepada beliau sempena perlantikan sebagai EXCO Pemuda PAS Pusat 2009-2011. semoga beliau dapat menunaikan amanah ini dengan cemerlang. insya'ALLAH

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons