Ahad, 5 Oktober 2008

Lebih 60,000 Ribu hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilftir Menteri Besar Kedah

Alor Star- 4 Okt 2008
Lebih 60,000 ribu rakyat Kedah yabng terdiri dari segenap lapisan rakyat dan bangsa telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilftri Menteri Besar Kedah di Kediaman Rasmi Beliau di Seri Mentaloon, Alor Star.

Jamuan yang bermula jam 11.00 pagi dijadualkan berakhir pada jam 4.30 petang, namun orang ramai berpusu-pusu datang sejak awal majlis bermula sehingga jam 5.30 petang lebih. Berbagai juadah istimewa telah disediakan antaranya laksa, bihun sup, lemang, satay, mee goreng, pasembor, bihun goreng, soto, lontong, nasi dan berbagai jenis lauk, keropok lekor, buah-buahan. sementara minuman istimewa ialah teh tarik, cendol dan juga aiskrim.

YAB Dato' Seri Ust Azizan dan To'Puah Hajjah Faekah juga turut menyampaikan duit raya kepadaanak-kanak yang hadir dan juga orang dewasa yang turut bersesak-sesak untuk mendapatkan duit raya dari Menteri besar Kedah.

Rata-rata pengunjung yang hadir merasakan amat gembira kerana dapat hadir ke majlis tersebut dan berpeluang untuk melawat kediaman rasmi Menteri Besar, Kedah.
Semnetara ahli-ahli Badang Perhubungan PAS Negeri Kedah juga turut membantu dengan menjadi penyambut tetamu serta meraikan orang ramai yang berkunjung ke majlis tersebut.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons