Khamis, 9 Oktober 2008

LAGI GLC DILAPOR POLIS, BPR

Oleh: AMELIA HASHIM

ALOR STAR, 8 Oktober: Kerajaan Kedah sedang meneruskan kajian mengenai mana-mana GLC yang pecah amanah dalam pentadbiran untuk diambil tindakan. Ini ekoran langkah kerajaan negeri baru-baru ini yang mengarahkan GLC supaya membuat laporan terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis sekiranya terdapat pecah amanah dalam mana-mana syarikat milik kerajaan.

Dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco hari ini Menteri Besar YAB Dato’ Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan, terdapat sebuah lagi syarikat yang telah dikenal pasti melakukan pecah amanah dalam pentadbirannya.

“Oleh kerana sebelum ini seluruh umat Islam akan merayakan Eidulfitri yang menuntut kita supaya bermaaaf-maafan, jadi kita tangguhkan sementara tindakan mengarahkan GLC berkenaan membuat laporan polis dan BPR,” katanya.

Apabila ditanya mengenai GLC berkenaan YAB Dato’ Seri Azizan enggan menjelaskan dan meminta semua pemberita supaya bersabar untuk sementara waktu. Ini kerana, katanya, apabila diumumkan nama GLC berkenaan, pihak BPR dan polis akan segera melakukan siasatan.

Beliau berkata demikian selepas menerima laporan mengenai GLC yang menyeleweng. Sehubungan itu dalam perjumpaannya dengan ahli lembaga pengarah PKNK baru-baru ini beliau pernah berkata, GLC tidak sepatutnya mengalami kerugian sekiranya pihak pentadbirannya menguruskan secara bijak dan telus bagi kepentingan rakyat. Ini kerana kerajaan telah menyediakan seperti tanah, aset serta kemudahan lain.

Sebelum ini sebuah syarikat milik PKNK iaitu Syarikat Kumpulan Ladang Sdn Bhd telah dikesan melakukan penyelewengan sebanyak RM197,000. yang disalurkan kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Sumber :

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons