
Kemalangan berlaku pada jam 3.00 petang Khamis lalu, Mohd Syazmin dan abangnya Mohd Syazwan, 18 tahun terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sik-Jeniang. Kedua-dua beradik dimasukkan ke dalam wad ICU di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari SMK Agama Sik.
Jenazah Syazmin telah disembahyangkan pada jam 10.30 di Surau Taman Ria Indah (berhadapan rumahnya) dan akan disemadikan di Masjid Lama, Merbok. Sehingga kini, abangnya Syazwan masih lagi berada di wad ICU dan masih belum sedarkan diri.
Turut menziarahi jenazah YAB Dato' Seri Hj Azizian Menteri Besar Kedah, dan Exco -Exco Kerajaan Negeri serta ADUN dan Ahli Parlimen. Turut datang menziarahi YB Lydia Exco Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Marilah sama-sama kita berdoa semoga roh allahyarham akan ditempatkan
oleh Allah SWT di kalangan hamba2Nya yang soleh dan dimasukkan ke
dalam syurga di akhirat kelak. Pohon kejasama muslimin dan muslimat
untuk teruskan solat hajat dan berdoa semoga Mohd Syazwan akan segera
sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Buat arwah Mohd Syazmin, marilah kita sama-sama sedekahkah alfatihah
untuk almarhum.....Alfatihah...
0 komentar:
Catat Ulasan