Khamis, 22 Oktober 2009

SUARA AHLI PARLIMEN MUDA MEMBELA NASIB PENOREH GETAH

www.nasirzakaria.com YB Nasir Zakaria,Ketua Penerangan DPPNK

Demi Penoreh Getah
PDF
Cetak
Emel

penoreh.jpgHari pertama sidang, kali ini tanpa disangka saya berpeluang membahaskan rang undang-undang bagi meminda Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sudah lama saya ingin bercakap isu ini. Isu rakyat kawasanku yang tercinta Padang Terap. Saya dilahirkan dalam keluarga penoreh getah, ibu dan bapa saya penoreh, saya mengasuh adik kedua saya yang sekarang adalah seorang jurutera di dalam kebun getah milik orang dan saya menoreh sehingga saya menjejaki menara gading
Ada beberapa perkara penting yang saya bangkitkan
1. Rakyat yang memiliki tanah yang kecil saiz yang mendapat manfaat besar pada awal 1980-an melalui mini estet. Saya mencadangkan agar program ini diinisiatifkan semula. 
2. Pekebun kecil yang mempunyai dan mengusahakan tanah yang belum bergeran. Mereka mempunyai keinginan tinggi untuk mengusahakan tanah sehingga mempunyai peluang untuk mendapat bantuan semula. Saya mencadangkan agar RISDA menggalakkan mereka memohon geran, manakala premiumnya dibayar oleh RISDA yang mana manfaatnya adalah untuk negara. Ini disebabkan kekangan kewangan walaupun mereka sudahpun mengusahakan tanah tersebut dalam tempoh sehingga puluhan tahun.
3. Tanah bergeran yang tidak mendapat bantuan tanam semula, tetapi tetap dikenakan cukai ses. Saya memohon dan meminta kerajaan mengkaji perkara tersebut kerana perkara tersebut membebankan petani miskin.
4. Memohon kerajaan memikirkan insentif yang sesuai kepada pekebun kecil seperti yang diberikan kepada nelayan, petani dan lain-lain. Ini adalah amat perlu terutamanya apabila harga getah jatuh menjunam dan musim hujan yang menyebabkan mereka tidak boleh menoreh.
5. Subsidi untuk tanam semula dalam bentu baja dan benih. Subsidi hanya diberi kepada pemilik tanah yang bergeran. Saya menimbulkan persoalan bagaimana subsidi ini boleh dilebarkan kepada pemilik tanah yang belum bergeran. 6. Tanah yang ditanam semula yang memerlukan masa sehingga 7 tahun sebelum boleh ditoreh. Saya mencadangkan agar diberikan insentif seumpama insentif untuk tanaman kontan sementara menunggu pokok boleh ditoreh.

Rujuk mukasurat 76-78 http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR-19102009.pdf
.



0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons