Isnin, 27 Oktober 2008

Begitulah cara UMNO/BN menguruskan kita !

dari: Tranungkite.net

Analisis Isu Oleh accudo

"
Begitulah cara kerajaan UMNO/BN menyelesaikan masalah. Mereka buat program untuk kononnya hendak menyelesaikan masalah tetapi sebaliknya masalah lain yang lebih kritikal yang timbul. Akhirnya mereka bergaduh sesama sendiri, lalu pelbagai isu digembar-gemburkan untuk merasionalkan adegan pergaduhan sesama mereka.


Dalam kecoh-kecoh parti BN bergaduh sesama sendiri, ditimbul isu perpaduan dan kontrak sosial. Kononnya rakyat sudah tidak bersatu padu, perpaduan antara kaum semakin meruncing, penyelesaian segera perlu dicari, kata mereka.

Maka timbullah cadangan mengajar semula mata pelajaran Sejarah dan perlu diwujudkan mata pelajaran Kontrak Sosial. Itulah cara UMNO /BN. Bila dirasakan rakyat kononnya tidak bersatu padu, wujudkan mata pelajaran Sejarah dan Kontrak Sosial. Bila banyak kes rogol dan buang anak, wujudkan cadangan Pendidikan Seks. Bila harga barangan naik dan kononnya untuk menghadapi tekanan inflasi, wujudkan mata pelajaran kepenggunaan.

Bila ramai yang terkorban di jalanraya, diadakan mata pelajaran Keselamatan Jalanraya. Bila didapati kononnya generasi muda kurang semangat patriotisme (sebenar semangat cinta UMNO) buang duit banyak-banyak dan adakan PLKN. Bila didapati pelajar lemah dalam Bahasa Inggeris wujudkan pula PPSMI dan macam-macam idea lagi yang akhirnya bukan menjadi penyelesai masalah sebalik membebankan pelajar dan tenaga pengajar dan pencetus masalah yang lebih kritikal pula.

Kadang-kadang kita pertikai semua idea-idea ini semua, bukan kerana ianya mengarut atau tidak bagus tetapi ia lebih kepada pelaksanaan yang tidak telus, penyelesaian masalah yang tidak betul dan salah dan begitu banyak membazirkan wang rakyat. Hari ini sibuk dan riuh dengan mata pelajaran Sejarah dan Kontrak Sosial. Kalau idea tersebut bagus, buatlah dan laksanakanlah. Cuma jangan akhirnya ada udang disebalik batu.

Maksud saya ada udang di sebalik batu ialah akhirnya ia bermatlamat memuja dan memuji UMNO tanpa asas yang kukuh. Saya bukan menuduh tanpa bukti. Cuba lihat mata pelajaran Sejarah yang ada, ke mana sanjungan dan pengiktirafan terhadap pejuang-pejuang tulen kemerdekaan dan kenapa dikecilkan peranan mereka yang sebenar sangat besar seperti Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Ibrahim Yaakub, Ishak Muhammad, Dr Burhanuddin el-Helmi, Ustaz Abu Bakar Baker, Samsiah Fakeh, Ahmad Buestamam dan ramai lagi. Bukan mahu menafikan tapi asyik-asyik Tunku, Dato Onn, Tun Razak, Malayan Union, 13 Mei 69. Fakta lain semua jadi kecil dan kelihatan terpencil. Penuh dalam sejarah peranan UMNO semata-mata. Peranan pihak lain tidak adakah ? Kenapa digelapkan ?

Sebab itu saya katakan, apabila sesuatu program dirangka untuk perpaduan rakyat atau untuk apa -apa pun, buatlah secara ikhlas demi kesejahteraan Malaysia (bukan kesejahteraan UMNO) buat selama-lamanya. Dalam hal ini Kerajaan UMNO/BN wajar bertanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz apakah ramuan yang ampuh untuk menjamin kesejahteraan Malaysia buat selama-lamanya. Tuan Guru sudah pasti ada formulanya dan UMNO jangan terlalu ego sampai tidak boleh menerima nasihat.

layari juga blog ini: http://garamlada.blogspot.com/"

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons