Khamis, 30 Oktober 2008

Kelab Penyokong PAS Pendang Rai Deepavali

Oleh IZWAN ABDUL HALIM


JENUN: Hari Deepavali yang disambut pada 27 Oktober lalu, dimeriahkan Kelab Penyokong PAS Kawasan Pendang dengan mengadakan majlis rumah terbuka di kediaman setiausahanya, Encik Kunasegaree Anandan di Kilang Besar di sini.


Suasana muhibah ditonjolkan dengan kehadiran tetamu dari pelbagai kaum yang mendiami Daerah Pendang terdiri dari Melayu, Cina, India dan Siam. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu utama iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ahli Parlimen Pendang, YB Dr Haji Mohd Hayati Othman.

Tetamu telah diraikan dengan hidangan berupa laksa Penang, bihun goreng, kekacang dan buah-buahan yang disediakan melalui katering dari PAS Kawasan Pendang.


Kelab turut menyediakan sumbangan untuk masyarakat India miskin di situ yang disampaikan oleh Dato’ Mohamed Taulan dan Dr Mohd Hayati.


Hadir sama Pegawai Daerah Pendang, Tuan Haji Harun Jasin; Setiausaha PAS Kawasan Pendang, Tuan Haji Mohd Sobri Awang; Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Pendang, Dr Hajah Rahimah Sahit serta Ahli Majlis Daerah Pendang, Encik Ai Nin Din Num dan Encik Tan Heng Huak.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons