Jumaat, 21 November 2008

KOMENTAR MENARIK- PETIKAN DARI KEDAH LANIE..

Pakatan yang tak sepakat

TUDUHAN MELULU....

oleh ismail abd hamid

Kita kena ingat terdirinya so call kerajaan PAS diKedah bukanlah semata-mata atas dasar kekuatan pas tapi juga menerima sumbangan dari PKR dan DAP walaupun hanya 6 kerusi. Tindak tanduk pemimpin PAS sekarang diKedah memang tak diduga oleh rakan kongsinya. Sikap bongkak dan tak berunding bila nak buat polisi atau keputusan menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati. Dimana sikap musyawarah PAS sebelum ini.

Di DUN Bandar Baru saja telah timbul perasaan tidak puas hati pemimpin2 PKR. Mana tidaknya ketika kempen dulu PKR bermatian kempen untuk Ust. Yaakob tapi bila dah menang diketepikan sama sekali. Sikap ini bukanlah sikap seorang muslim. Kalau kopiah saja putih tapi hatinya hitam pemerentahan PAS tidak akan selamat.

Masalah perlantikan Ketua Kampung belum lagi selesai walau pun senarainya telah diluluskan. Dalam persetujuan yang dicapai setiap UPU diujudkan 3 MKK iaitu 2 untukl PAS dan 1 kpd PKR. Di DUN Bandar Baru PKR diperuntukkan 18 dan 18 nama telah dikemukakan kpd ADUN PAS Bandar Baru. Tapi tanpa berunding dengan PKR 8 tempat telah dipotong dan diganti dengan calon dari PAS dan Kelab Penyokong PAS (KPP). KPP bukan diujudkan oleh PKR dan sebarang peruntukan kpd KPP sepatutnya diambil dari peruntukan PAS.

Begitu juga dengan anugerah bintang dan kebesaran Sultan Kedah. ADUN diamanahkan untuk menguruskannya. Yang kami terkilan borang langsung tak nampak semuanya disorok oleh Azmi Salleh PA ADUN. Bila ditanya diberitahu PKR ada 4 peruntukan dan telah diberi kpd ahli PKR. Apa yang bangang sangat. Apa hak PAS yang nak menentukan siapa dikalangan PKR yang layak diberi anugerah. Biarlah PKR sendiri tentukan dan kami seolah-oleh dibawah jajahan PAS.

Yang seronok lagi hal ADUN PAS ni senang-senang saja mau nama. Bila berlaku banjir di Sg. Kecil Ulu, AJK PKR Bandar Baru dilantik oleh Pejabat Daerah jadi pegawai penyelaras banjir. Kawan ni bekerjalah 5 hari 5 malam uruskan pusat penempatan mangsa banjir. Pengurusi Cawangan PKR Lubuk Buntar keluarkan belanja membantu mangsa ini. Tapi yang keluar dalam Warta Darul Aman ADUN PAS 7 hari 7 malam duduk dipusat banjir. Pembohong hidup2. Beliau hanya datang pada hari pertama dan balik jam 6 petang pi makan nasi kandar dengan kuncu2nya. Datang kembali pada hari lawatan Ustazah Aishah dan hari lawatan Menteri Dalam Negeri. Hari lain dia lena dirumah. Kita tu orang islam ustaz pula janganlah pembohong.

Saya cuma nak minta pas berubah sikap sama ada di peringkat negeri atau kawasan. Jangan jadi chi chiwi. Muasabah lah diri sama. Renongkan sama ada perbuatan kita sekarang yang mengenapikan kawan bila dapat kuasa betul2 perangai ulamak atau perangai pelak.

KALAU NAK PAKAT-PAKAT BETUL-BETUL. KAMI PKR TAK HERAN DENGAN KUASA KERANA INSYALLAH DALAM PRU 13 NANTI RAKYAT AKAN MEMBANTU KAMI MEMERENTAH TANPA BANTUAN PAS.
Yang Berkhidmat KedahLaNie Di pos pada 12:17 AM

JAWAPAN YANG RASIONAL

Mansor Rahman said...

Assalamualaikum wbt., Salam perjuangan dan sejahtera Kedah.
Ayat pertama yang saya nak sebut bila membaca komen Ismail Hj Hamid, mudah saja .. emosional dan tidak dapat apa yang diminta.Kalau ikut ahli psikologi kerenah dan perangai bebudak suka ungkit apa yang dibuat, suka sebut apa yang tak dapat.Apabila tengok nama saya, saya harap saudar kenal kot. Kalau tak kenal maknanya saudara memang bukan orang sini, cuma balik sekali sekala dan buat show.Rakyat Bandar Baharu hairan apabila melihat kelibat saudara dalam sesi pilihanraya kali ke 12 lalu dan ada di antara mereka bertanya "sapa tu, yang tak lekang daripada Ustaz Yaakub?" Tahniah kerana saudara "dikenali" dan diterima masyarakat setempat atas sumbangan, kerja-kuat dan karektor politus tuan Macam tu nak cerita pasal kerja pilihanraya raya.Saya menulis sebab saya kenal tuan.Petugas politik bukan sama dengan sikap "bossy" tuan di jabatan sayang oo!Berpuluh tahun tuan berada di jabatan kerajaan sebagai boss satu anugerah pingat pun tarak, kalau bagi pingat agak2nya nak gantung di mana? Tengkok, leher, dalam kereta atau dalam kelambu? Pingat tak penting "Tan Sri", yang penting kerja membantu masyarakat. Borang pingat ADUN terima 4 keping dia nak bagi kat sapa agaknya. Yang baru muncul atau yang dah lama berkhidmat untuk beliau. Saya tak mau sentuh PKR sebab mereka rakan kongsi politik, tetapi saya nak sentuh angkatan sealiran dengan tuan yang nampak kekuasaan, pingat, pangkat dan nama adalah segala2nya dalam kehidupan berpolitik.Kalau tak jadi Ketua Kampung tak boleh bagi khidmat ke? Berlambak individu yang dikenali tak jadi Ketua apa2 pertubuhan atau mana2 kampung pun. Kalau dak buat kebajikan tunggu mangsa banjir tak payahlah minta Warta tulis nama kita besar2 dan umumkan yang kita ada di sana. Nama YB ada maknanya kitalah tu. Tak kan YB nak timba air rumah mangsa banjir, tak kan YB nak cuci rumah terbakar, kita lah tu "Tan Sri" ooi.Kalau nak pamir juga buat banner besar2, pasang di simpang tiga jalan, biar semua orang tahu, kan manis begitu.
Sepatutnya tuan yang pernah jadi boss, buka sub-pejabat PKR di Bandar Baharu daftar ahli, tolong rakyat miskin isi borang permohonan rumah, bawa yang sakit ke hospital untuk rawatan sebab yang miskin ramai tidak ada kenderaan, bukan melalak knak cari publisiti murahan.Dah mahir internet tolong isi borang online itu baru gentlemen! Tak macam tu "Tan Sri" (Pangkat dan pingat yang saya harap akan dapat nanti). Mari berbincang dengan PAS bawa senarai ahli PKR yang baru memohon dan kita check, ianya dah jadi ahli PAS ke belum. Ini cari ahli pun di kalangan ahli PAS, pujuk2 suruh isi borang. Bukan itu caranya tuan!
Saya nak maklumkan persepsi masyarakat terhadap tuan dan beberapa orang sahabat2 tuan "Depa ni cakap saja pandai, satu kerja pun tak buat" Wallahuaklam.
Tolonglah, kalau nak bincang bagi salam dulu, bukan masuk pejabat YB kemudian arah itu dan arah ini. Ini sikap "KA" yang perlu ditinggalkan.Bersatu dan buat kerja, yang susah, yang miskin orang Melayu banyak daripada bangsa lain dan yang peliknya pimpinan Melayu nak berebut pingat dan nak jawatan.Apa nii? Kita dah maju, jangan ikut UMNO yang kembali ke belakang, kita maju ke depan. Belum tantu pilihanraya ke 13 kita boleh kuasai negara, usaha dulu baru Allah bantu.Jangan bila menang ke hulu ke hilir bawa segulung pelan daerah, nak minta itu nak minta ini tak dapat semua orang tak betul, semua orang tak pandai.. AKU saja yang pandai.
Cermin diri sebelum kita kata di badan orang ada daki.Muhasabah diri sebelum berkata aku dah banyak buat bakti. Jangan kerana duduk bangun tidur di pusat banjir 7 hari 7 malam minta kita diiktiraf dengan pingat. Biar peluh jatuh ke bumi, biar darah tumpat ke tanah, biar hanya tinggal kulit dan tulang JANGAN UNGKIT KEBAIKAN KITA, BERSANDARLAH KEPADA ALLAH.Jangan bawa pingat ke kubur, jangan bawa nama ke pusara bawalah kebajikan yang diterima ALLAH.
Wassllam dan salam perjuangan.
Manasor Rahman
Penolong Setiausaha PAS
KAwasan Kulim Bandar Baharu.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons