Jumaat, 21 November 2008

KESIAN WAKIL RAKYAT BN

Kesian sungguh kepada Wakil Rakyat BN yang terpaksa merayu kerajaan Pakatan Rakyat Kedah memajukan kawasan sik setelah BN-UMNO yang memerintah Malaysia dan jadi wakil Rakyat kawasan tersebut sejak 50 tahun gagal melaksanakan sebarang pembangunan di Daerah Sik. Masalahnya kenapa mereka tidak merayu sedemikian semasa BN-UMNO memerintah sejak lama sedang mereka mampu ketika itu. Sama-samalah kita bangunkan bukan sahaja Sik tapi seluruh daerah di Kedah yang gagal dimajukan oleh BN-UMNO

Beri perhatian majukan Sik

ALOR STAR 20 Nov. - Kerajaan negeri digesa memberi tumpuan membangunkan Sik dekat sini yang bukan sahaja merupakan antara daerah termiskin di negara ini malah jauh ketinggalan daripada arus pembangunan.

Tajudin Abdullah (BN-Belantek) berkata, kemiskinan tegar di Sik cukup ketara tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Selain itu, kata beliau, daerah Sik sehingga kini tidak mempunyai bekalan air mencukupi sehingga menyukarkan penduduk setempat untuk menjalani kehidupan seharian dengan selesa.

''Bekalan air bukan sahaja tiada di kampung, malah di Institut Kemahiran Mara (IKM) serta Ibu Pejabat Polis Daerah Sik dan ia bukan sahaja mengganggu kehidupan penduduk malah menjejaskan urusan kerja," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menjunjung kasih kepada Sultan Kedah sempena perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah Ke-12 di sini hari ini.

Selain itu, kata Tajudin, jalan-jalan di Sik juga mengalami kerosakan teruk dan tidak terjaga termasuk jalan utama Gurun ke Sik sehingga membahayakan penduduk yang menggunakannya.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons