Ahad, 12 Oktober 2008

Wehdah Sokong Keputusan Kerajaan Kedah Naikkan Kuota Bumiputra 50%

ALOR STAR, 12 Okt (Bernama) -- WEHDAH, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong keputusan kerajaan Kedah menaikkan kuota perumahan bumiputra kepada 50 peratus, meminta kerajaan pusat mengemukakan fakta apabila meminta kerajaan negeri memperkenalkan sistem atau dasar perumahan yang realisitik dan seimbang.

Pengerusi WEHDAH, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kerajaan Kedah membuat keputusan betul apabila menaikkan kuota itu dari 30 kepada 50 peratus bagi mengimbangi polarisasi kaum, berkuatkuasa 1 Sept lepas.

Berdasarkan pecahan kaum, bumiputra Kedah berjumlah kira-kira 1.5 juta dan bukan bumiputra 400,000 orang, kuota 50 peratus adalah wajar, katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Dalam lawatannya ke Kedah Jumaat lepas, Najib berkata dasar perumahan haruslah mengambil kira masalah pemaju dan bukan sekadar memperkenal tetapi menyukarkan pelaksanaannya.

Menteri Besar itu pula menyifatkan dasar tersebut adalah wajar kerana majoriti rakyat Kedah adalah kaum Bumiputera.

Bagaimanapun dasar itu ditentang oleh Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah yang menyifatkan sebagai menyukarkan pemaju perumahan dan mahukan sistem kuota sedia ada iaitu 30 peratus untuk Bumiputera dikekalkan.

Mohd Azmi yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) mencadangkan penubuhan sekretariat 'Baitul Salim' atau Perumahan Sejahtera bagi memantau aktiviti industri perumahan bagi mencapai matlamat rancangan kerajaan.

Mohd Azmi turut meminta kerajaan negeri mengawasi dan mengehadkan penjualan hartanah terutama rumah kos tinggi kepada warga asing di Langkawi di bawah program 'Malaysia My 2nd Home' supaya masyarakat tempatan tidak terpinggir dalam tempoh masa panjang.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan memorandum mengandungi 23 perkara menyokong keputusan kerajaan negeri kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Sanusi Mohd Noor untuk disampaikan kepada Azizan.

--

1 komentar:

KHAIRUL NAZRI berkata...

1. Secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Kedah PAS kerana terus menjaga kebajikan rakyat terutama kepada bangsa Melayu.

2. Seharusnya tidak kira siapa yang memerintah namun kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan. Ini adalah kerana jatuh bangun kerajaan itu bergantung kepada sokongan rakyat juga.

3. Jelas, PAS Kedah tidak seperti PAS Kelantan yang lebih berceramah, lebih melontarkan saranan dan kejian dari menawarkan dan melaksanakan agenda pembangunan rakyat.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons