Selasa, 14 Oktober 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS NEGERI KEDAH SEMPENA AIDIL FITRI 1429h

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM

SUNGAI PETANI – Aidilfitri adalah hari kemenangan umat Islam setelah
sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sebagai meraikan
kemenangan tersebut, antara amalan yang menjadi kebiasaan adalah
majlis rumah terbuka.

Bermulanya era baru pentadbiran negeri Kedah, di mana rakyat jelata
telah memilih sebuah kerajaan yang lebih telus bagi menjamin
kesejahteraan seluruh negeri. Sebagai menghargai mandat yang
diberikan, Parti Islam Semalaysia (PAS) Kedah menganjurkan majlis
rumah terbuka yang diadakan di Padang Awam Taman Semarak, Sungai
Pasir, Sungai Petani baru-baru ini.

Kira-kira 4,000 rakyat dari seluruh negeri Kedah daripada pelbagai
lapisan masyarakat tidak melepaskan peluang menghadiri majlis tersebut
sejak jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. Pelbagai juadah
disediakan khas daripada setiap PAS kawasan di seluruh negeri Kedah
kepada para tetamu. Anatarnya adalah keropok lekor, sate, bihun sup,
ketupat, rendang, bubur kacang serta buah-buahan. Dewan Ulamak, Dewan
Pemuda Pas, Ahli Dewan Undangan Negeri turut menyediakan hidangan yang
menyelerakan kepada para tetamu.

Para pemimpin negeri serta PAS Kedah turut hadir pada majlis tersebut
bagi meraikan kedatangan tetamu dari seluruh negeri Kedah. Antara
pemimpin yang hadir adalah, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan
Pelaburan, Sains dan Inovasi, YB Tuan Haji Ir Amiruddin Hamzah,
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan,
Kebudayaan, YB Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita dan Kebajikan, YB Ustazah Hajjah Siti Aishah
Ghazali, Ahli Parlimen Merbok, Dato' Rashid Din, Pengarah Urusetia
Penerangan Negeri Kedah, Zulkifli Yahaya serta Pimpinan PAS Kedah yang
lain.

Masyarakat bukan Islam turut hadir meraikan majlis tersebut yang
terdiri daripada kaum Cina, India dan Siam. Ini dapat dibuktikan
bahawa pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang terbentuk pada Mac lalu
berjaya menyatukan perpaduan kaum di negeri Kedah bagi menjamin
kesejahteraan seluruh rakyat.

Sudah menjadi adat dalam sambutan Aidilfitri, di mana kanak-kanak
adalah golongan paling gembira kerana mereka diraikan dengan pemberian
duit raya. Justeru itu, para pemimpin yang hadir pada majlis tersebut
menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak. Majlis itu turut
dimeriahkan dengan selingan persembahan nasyid oleh kumpulan-kumpulan
nasyid daripada sekolah di sekitar negeri Kedah.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons