Isnin, 22 September 2008

PERJUMPAAN DENGAN KETUA DPPNK

19 Ramadhan.

Ketua DPPNK telah mengadakan perjumpaan dengan Harian PASTI Kedah dan Harian MGP Kedah. Pertemuan ini adalah sebagai sesi pertemuan dan perbincangan mengenai program serta projek ekonomi PASTI Kedah.
Antara perkara yang dibincangkan adalah persiapan Kedah sebagai tuan rumah Ujibakat PASTI Malaysia pada 31 Oktober dan 1 November 2008 yang akan datang, persiapan pembukaan kedai PASTI Kedah, hutang PASTI Kedah dan kebajikan guru. Beliau juga memaklumkan bahawa perhubungan PAS Kedah bermurah hati memberikan "duit raya" kepada seluruh guru-guru PASTI Kedah. Jumlahnya akan dimaklumkan kemudian.
Pihak PASTI amat berpuas hati dengan pertemuan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Ketua DPPNK dan Badan Perhubungan PAS Kedah yang bermurah hati dan memahami situasi guru menjelang hari lebaran yang akan datang.
Posted by Pasti Kedah at 6:51 PM

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons