Isnin, 22 September 2008

Gani Patail: International Man of Mystery!

sumber: Tranungkite.net

Dilulus terbit pada Monday, September 22 @ 13:45:53 MYT oleh admin

Artikel Oleh melayunett



" Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa Gani Patail adalah seorang lelaki yang penuh misteri dan keajaiban. Artikel ini membongkar rahsia-rahsia dan misteri-misteri yang menyelubungi insan bernama Gani Patail ini termasuk peranannya dalam menumbangkan kerajaan pembangkang Sabah satu waktu dulu.

Tarikh 6 Oktober 1955 merupakan tarikh malang bagi negara apabila lahirnya insan yang cukup kontroversi ini. Beliau mendapat pendidikan awal di UM. Beliau bekerja sebagai pendakwa semenjak tahun 1980 iaitu sebaik saja tamat pengajian pada tahun 1979. Beliau merupakan ahli :

* Jemaah Pengampunan
* Majlis Pendidikan Negara
* Malaysia/Thailand Joint Authority
* Majlis Tanah Negara
* Dewan Bahasa dan Pustaka

Berikut ialah 'sumbangan-sumbangan' nya pada negara:


1. Peranan Gani Patail dalam menumbangkan kerajaan Sabah.
Dulu, kerajaan Sabah pernah diperintah oleh pembangkang. Walaubagaimanapun, BN berjaya meyakinkan ahli-ahli parti pemerintah Sabah untuk melompat parti ke BN. Kes ini kemudiannya dibawa ke mahkamah - kes Datuk Amir Kahar Mustapha vs Tun Mohd Said Keruak.

Gani Patail ialah peguam yang membela tindakan ahli-ahli yang melompat parti masuk BN dengan menghujahkan bahawa bahawa hak untuk bertukar parti dijamin dibawah perlembagaan! Gani juga berhujah bahawa menurut kes terdahulu, kes Adegbenro vs Akintola, Privy Council telah memutuskan bahawa tindakan menukar ketua menteri dan kerajaan dengan kaedah lompat parti sah.

Panjang lebar hujah Gani PAtail waktu membela tindakan melompat parti dulu. Kini, kita nantikan pula hujah si Gani dalam membantah tindakan lompat parti. Macam sesumpah yang boleh bertukar-tukar warna.

Kini, Sabah dan Sarawak boleh 'strike-back'.

2. Peranan Gani dalam melindungi pulau Batu Putih
Tiada apa-apa peranan pun. Jarang sangat dengar apa-apa komen dari Gani berhubung isu kedaulatan Batu Putih. KOmitmennya lebih untuk melindungi kepentingan politik sempit parti tertentu. Kepada sesiapa yang slow, parti tertentu tersebut ialah UMNO.. U, M, N , O.

3. Tembak dan dakwa
Masih ramai rakyat yang terkejut dengan tindakan Gani turun mahkamah untuk mendakwa sendiri penyokong PAS yang telah ditembak oleh polis sewaktu di Batu Buruk. Meminjam ayat shardanny dan melayunet, 'harapnya mampos terus ahli PAS tuh'. Begitulah sikap GAni dan UMNO yang secara konsisten mengejutkan masyarakat dengan kejutan-kejutan mereka.

4. Gani Patail ini juga sedang disiasat oleh BPR berhubung dakwaan menyalahguna kuasa dan memalsukan bukti sewaktu menjadi pendakwaraya bagi kes Anwar dulu.

Kepada GAni Patail, sila sediakan pasport anda. Insya-Allah, apabila Pakatan Rakyat naik, golongan-golongan seperti anda akan diheret ke mahkamah.

Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari melayunet.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons