Alor Star-
Isu penurunan harga minyak memang dinanti-nantikan oleh rakyat. Dengan kedudukan harga minyak dipasaran dunia yang semakin menurun, rakyat menjangka harga minyak akan turun lebih banyak berbanding 15 sen semasa merasuah pengundi di dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Semalam kerajaan telah mengumumkan penurunan harga minyak, tapi cuma 10 sen sahaja. Rakyat yang menjangkakan akan turun lebih dari itu amat merasa kecewa. Dengan bebanan kewangan menjelang hari lebaran ini 'duit raya 10 sen' itu masih belum dapat meringankan beban rakyat. Walaupun harga minyak turun harga barangan di pasaran tetap sama, para peniaga bukannya mudah untuk menurunkan harga barang walaupun mereka begitu cepat menaikkan harga barang ketika ura-ura harga minyak akan naik. itu lah sistem yang ada hari ini. Yang gagah akan terus menikmati segala kesenangan dengan memeras keringat rakyat bawahan. Golongan tertindas ini tiada siapa yang membela.
Walaubagaimana pun Tahniah kepada Pak Lah kerana bagi duit raya kepada kami rakyat jelata dengan nilai 10 sen (sekupang).
Khamis, 25 September 2008
PAK LAH BAGI DUIT RAYA SEKUPANG KPD RAKYAT MALAYSIA
Khamis, September 25, 2008
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
No comments
0 komentar:
Catat Ulasan