Perbahasan menarik isu bajet di warung kopi
Basiron Abdul Wahab Wed | Sep 03, 08 | 11:19:25 am MYT | |
Ramai yang gembira dengan 'Belanjawan 2009 - kerajaan prihatin' berjumlah RM207.9 billion naik 5.1 peratus berbanding belanjawan 2008 yang dibentang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, 29 Ogos lalu. Gembira juga rakyat marhain mendengarnya apabila bayaran bil eletrik RM20 kebawah dikecualikan pembayaranya. Katanya pengcualian bayaran itu akan memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu rakyat miskin walaupun ada yang berpendapat kerajaan BN 'fobia' dengan angka RM20 itu. Sebagaimana biasa media arus perdana memainkan peranan propagandanya untuk menghebahkan kebaikan bajet kerajaan prihatin itu maka ramailah tokoh-tokoh diemput (dibayar) untuk bercakap memujikan kerajaan BN itu. Di peringkat rakyat biasa, tidak kurang yang turut membahaskan isu sama di parlimen mereka, iaitu kedai kopi dan warung-warung . Penulis sempat mencuri dengar perbahasan tanpa speker itu ketika singgah minum teh tarik disebuah warung, isi perbahasan mereka berbeza daripada apa yang dibahaskan oleh wakil rakyat di parlimen. Namun mereka berbahas dengan telus dan baik tanpa ada yang mencelah atau mengganggu. Perbahasan begitu lancar sekali. Jika speker parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melihat perbahasan itu tentu beliau sendiri kagum kerana perbahasan tanpa pengerusi itu berjalan lebih lancar daripada perbahasan di parlimen yang dipengerusikannya. Antara yang dibahaskan termasuklah isu pengecualian bil eletrik RM20 yang dikatanya sebagai hadiah kerajaan BN kepada rakyat berpendapatan rendah. Pembahas A di kedai kopi bertanya, siapakah yang menggunakan eletrik dibawah RM20 itu? "Rumah aku yang tak banyak peralatan eletrik pun kena bayar lebih dari RM20 sebulan dan tidak layak mendapat bil percuma," jelas si A memulakan bicara. "Aku tahu siapa yang layak tidak perlu bayar bil eletrik itu," kata si B disebelahnya sambil menghirup teh tarik. "Siapa? tanya si A. "Mereka ialah pendatang asing," jawab B. "Kenapa pula pendatang asing mendapat faedah itu, tidakkah kerajaan mengecualikan bayaran itu untuk rakyat miskin," si A inginkan penjelasan. "Rakyat tempatan biasanya menyiapkan kelengkapan rumahnya dengan peralatan eletrik seperti televisyen, kipas angin, sterika, peti sejuk, peruk eletrik, cerek eletrik dan sebagainya, penggunaan peralatan itu walaupun dikira perlatan asas sahaja bagi sebuah rumah menyebabkan bayaran bil mereka pastinya melebihi RM20 sebulan. "Bagi pendatang asing yang tinggal sementara di sini sudah pastinya mereka tidak memerlukan peti sejuk, sterika atau periuk eletrik, memadailah dengan televisyen dan kipas angin sahaja, ini menyebabkan bil eletrik bulanan mereka rendah di bawah RM20 sebulan, jadi merekalah yang layak menerima faedah bajet kerajaan prihatin itu," hujah si B. "Ya tak ya juga, bil aku dah lebih RM20 itu pun aku tak pakai alat pendingin hawa pun, aku setuju dengan awak," kata A. "Jika demikian Bajet kerajaan prihatin itu adalah untuk warga asing dari Indonesia , Bangladesh dan lain-lainlah ya, rakyat tempatan melopong juga la," kata si A. "Hehehehe..." Semuanya ketawa mungkin geli hati dengan langkah kerajaan prihatin yang membuat bajet tidak mengenai sasaran. Terfikir juga penulis kenapalah kerajaan tidak memberikan dalam bentuk rebet RM20 kepada semua pengguna eletrik supaya semua rakyat mendapat faedahnya. Ini kerana melalui kaedah dalam bajet itu hanya penggunaan eletrik dibawah RM20 kebawah sahaja akan dikecualikan bayarannya, pengguna-pengguna yang menggunakan eletrik dibawah RM20 kemungkinan besar adalah mereka yang tidak tinggal tetap disini dalam erti kata lain adalah warga asing !. Pendapat si B ada munasabahnya, kerana warga asing yang tinggal sementara disini mereka tidak akan membeli peralatan eletrik ayng besar sebagaimana penduduk tempatan. Apabila mereka tiada peti sejuk, sterika yang mengguna banyak banyak watt sudah tentu bil akan lebih rendah. Berbeza dengan rakyat tempatan yang memang menetap disini dan inginkan keselesaan hidup sudah tentulah mereka membeli banyak perlatan eletrik . Persoalanya adakah menteri kewangan berfikir perkara itu semasa membuat cadangan untuk mengecualikan bayaran bil RM20 kebawah itu? Jika mereka sudah memikirkannya tentulah mereka telah mengenal pasti golongan sasaran sebenar, malanglah jika yang mendapat faedah adalah warga asing sedang rakyat tempatan berputih mata!. Pengalaman seorang rakan penulis yang menyewakan rumah kepada warga asing dari Indonesia membuktikan kebenaran dakwaan si B. Menurutnya, penyewa warga asing itu tidak membeli apa-apa peralatan eletrik dirumah sewanya. Mereka hanya mengunakan lampu dan bil eletrik bulanan mereka memang rendah dibawah RM20 sebulan. Nah...terbukti sudah memang warga asinglah yang bakal mendapat manfaat daripada Bajet kerajaan prihatin!. Rupanya prihatin kerajaan BN bukan kepada rakyat tempatan tetapi kepada warga asing. - mr_ |
0 komentar:
Catat Ulasan