Rabu, 3 September 2008

Ustazah Fatimah enggan dipisah dengan muktamar

Mohd Nor Yahya
Tue | Sep 02, 08 | 6:38:46 pm MYT

IPOH, 2 Sept (Hrkh) - Biarpun muktamar PAS kali ke-54 sudah lebih dua minggu berlalu, namun bagi bekas Ketua Muslimat PAS Kedah, Ustazah Fatimah Ramli, 68 ia menjadi kenangan baginya kerana sanggup datang dengan berkerusi roda.

Iklan

Lebih membanggakan lagi beliau tetap setia di ruang pemerhati muslimat sejak hari pertama muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia sehinggalah hari terakhir.

Image "Biar pun terpaksa berkerusi roda dan kurang sihat, namun keinginan datang ke muktamar tetap kuat bagi mengikuti ucapan dasar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan perbahasan perwakilan.

"Dulu makcik boleh berdiri kuat dan sering menjadi perwakilan dari Kedah ke muktamar seperti ini," ujarnya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Beliau yang begitu terharu apabila mengimbaukan kenangan manisnya ketika menjadi Ketua Muslimat PAS Kedah pada tahun 1970-an.

Menurutnya juga beliau dapat berbangga kerana anak-anaknya turut mengikut menjejaki langkahnya bagi meneruskan perjuangan bersama gerakan Islam di negara ini.

Antaranya anggota jawatankuasa PAS Perlis, Mohd Nor Salleh.

"Makcik datang ke muktamar dengan dibantu anak lelaki yang bersusah payah. Makcik amat terharu kerana muktamar tahun ini diadakan di sebuah negeri yang asal dilahirkan PAS. Diharap tahun hadapan diadakan di Kedah," ujarnya. - mj _



0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons