Rabu, 1 April 2009

Saya mewakili semua bangsa di Bukit Selambau - Manikumar

Bashir Ishak
Tue | Mar 31, 09 | 3:27:51 pm MYT

SUNGAI LALANG, 31 Mac (Hrkh) - Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil N.25 Bukit Selambau, S Manikumar menyatakan beliau adalah calon pilihan yang sesuai untuk semua bangsa.

Menjelaskan kepada para pengundi di Taman Sungai Lalang di sini, beliau menjawab cemuhan sesetengah pihak yang cuba memperlekehkannya sebagai seorang broker penjual kereta.

"Saya sebenarnya adalah seorang usahawan yang mempunyai syarikat penjualan kereta sendiri, juga sebagai jurunding sebuah syarikat rangkaian pembekalan ke luar negara.

"Di samping itu saya juga menjadi pensyarah sambilan di Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya juga menguruskan syarikat penjualan minyak sawit ke luar negara," jelasnya yang mempunyai lulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari UUM.

Selain itu katanya, beliau adalah penduduk tempatan yang fasih berbahasa Melayu serta bercakap dalam dialek Kedah. "Kalau saya telefon orang, kalau saya cakap Kedah orang tak tahu pun dia sedang bercakap dengan seorang India," jelasnya. Selain itu jelasnya, sebagai seorang usahawan beliau juga tidak mempunyai sebarang masalah untuk mendampingi masyarakat Cina.

"Orang kata saya ni seorang India "berkepala otak" Cina kerana terbabit dalam dunia perniagaan. Orang Cina juga saudara saya .

"Yang penting bagi saya, untuk memenangi hati pengundi ialah melalui penjelasan isu dan juga hala tuju kita dalam perjuangan," katanya lagi.

Begitu juga, Manikumar menegaskan bahawa KeADILan adalah parti berbilang kaum, tidak seperti BN yang masih kukuh dengan parti perkauman.

"MIC sendiri adalah parti perkauman. Walaupun disokong oleh Umno, tapi di antara mereka sendiri di dalam BN masih kuat dengan perkauman. Yang penting bagi kita ialah untuk menyatakan keperluan untuk semua kaum bukan sahaja India tapi juga untuk orang Melayu, Cina dan Siam," katanya lagi. - mns_

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons