Selasa, 31 Mac 2009

Pakatan tubuh 13 pos masyarakat India di Bukit Selambau

Mohd Sabri Said
Mon | Mar 30, 09 | 4:00:10 pm MYT

BUKIT SELAMBAU, 30 Mac (Hrkh) - Tidak sampai dua hari selepas hari penamaan calon Dewan Undangan Negeri (Dun) N25 Bukit Selambau, Pakatan Rakyat berjaya mewujudkan 13 pos untuk masyarakat India dan perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perkembangan itu menunjukan satu peningkatan sokongan di kalangan masyarakat India yang sudah tahu menilai peranan MIC pimpinan Dato' Seri S Samy Vellu yang dianggap ketinggalan.

Timbalan Pengarah Hak Antara Kaum dan NGO (Hak) PAS Kedah, Hamid Ibrahim, berkata apa yang berlaku adalah di luar dugaan.

"Peningkatan sokongan itu menunjukan satu isyarat sokongan daripada masyarakat India berbanding pilihan raya umum ke-12 lalu. Kita sedang mengatur pelbagai pendekatan lagi untuk memastikan undi bertambah," ujarnya ketika di temui di bilik media Yayasan Aman, Sungai Lalang.

Sebelum menjelang hari penamaan calon Hak telah mengesan lapan pos dan selepas hari penamaan calon lima lagi ditubuhkan.

Pos-pos tersebut ialah Taman Ria Jaya, Estet UP, Lubuh Kawah, Lubuk Segentah, Sungup Para, Petani Para, Bukit Para, Bukit Selambau Estat, Desa Aman, Taman Bandar Baru, Sungai Tukang, Tasek Apong dan Air Mendidih.

Sebelum ini katanya, Pakatan Rakyat khususnya PAS hanya menumpukan pada cula undi di kalangan masyarakat Melayu sahaja kerana sukar untuk mendapatkan petugas yang boleh membantu sepenuh masa dan mempunyai kecekapan ICT.

Tetapi, kali ini dengan bantuan Kelab Penyokong PAS dari Perlis dan Pendang (Kedah) ia menjadi realiti.

Sekarang ini Hak tidak lagi bersusah payah menyelenggarakan cula undi sebaliknya lebih kepada bantuan keperluan makanan kerana ramai golongan muda India di 13 lokasi berkenaan, katanya.

"Apa pun kita ucap terima kasih pada Kelab Penyokong PAS Perlis dan Pendang kerana bertindak agresif membantu jentera PAS dan Pakatan Rakyat sehingga berjaya menubuhkan 13 lokasi dalam masa yang singkat," tegas beliau yang juga Pengurus calon N25, Manikumar.

Kini Hak sedang berusaha mengerakan jentera memasuki kawasan penempatan orang Siam berdekatan Pekan Bukit Selambau manakala pendekatan terhadap masyarakat Cina dilaksanakan seperti biasa, katanya. - lanh _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons