Sabtu, 4 April 2009

Laporan media perdana ibarat 'pi mai-pi mai tang tu'

Bashir Ishak
Fri | Apr 03, 09 | 9:26:17 am MYT

SUNGAI PETANI, 3 April (Hrkh) - Berita yang dipaparkan oleh media arus perdana dalam musim pilihanraya kecil ini dianggap seperti "Pi Mai Pi Mai Tu" kata Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook.

"Ini kerana ianya adalah sebuah drama politik. Pengarahnya adalah Umno, pelakonnya Umno. Ini kerana tiap-tiap malam hanya pemimpin Umno dan MIC sahaja yang keluar di kaca televisyen.

"Ini nampak macam pilihanraya kecil ini hanya satu orang saja yang lawan, macam 14 orang calon lain sudah mati," katanya.

Justeru beliau menyarankan agar setiap calon yang bertanding di dalam pilihanraya diberikan hak kepada semua calon yang bertanding untuk menyuarakan hak masing-masing.

"Bukan kepada calon KeADILan saja tapi juga kepada calon bebas. Mengapa hanya satu calon sahaja yang keluar tv sampai 3-4 kali sehari. Berilah peluang sama rata kepada semua calon untuk menyuarakan pandangan mereka. Samada rakyat mahu pilih atau tidak itu bukan soalnya," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berceramah dalam kempen pilihanraya Dun Bukit Selambau di Markas Besar PAS di Lagenda Heights dekat sini semalam.Kira-kira 500 orang masyarakat berbilang bangsa hadir dalam program tersebut.

Semalam, beberapa ceramah yang turut disertai oleh pimpinan DAP mendapat sambutan baik oleh masyarakat setempat di beberapa lokasi di sekitar Dun Bukit Selambau. - azm _

1 komentar:

Tanpa Nama berkata...

dah mmg tau keadaan mcm tu. berita arus perdana depa punya. tapi mcm mana pun, buang masa saja PAS kempen untuk prk bukit selambau ni. nampak gaya mmg BN menang. PKR bukan boleh harap pun. orang PKR pun byk yang belakon saja. kata konon DSAI ada nak gempaq pula hari ni tapi macam biasa tak dak apa pun. PAS pun kena tengok juga ahli2 yang munafiq ramai. depan berlakon macam baik tapi kot belakang, macam2 kes.

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons