Selasa, 17 Mac 2009

AL FATIHAH- Ramli Jaafar Pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah kembali kerahmatullah

Alor Setar,

Sdr Ramli Jaafar, 46 tahun ,salah seorang pegawai Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah telah kembali kerahmatullah 7.30 pagi tadi di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Beliau lumpuh separuh badan akibat terlibat dalam kemaalangan jalanraya semasa dalam perjalanan untuk bertugas semasa Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu Januari lepas telah dimasukkan ke wad ICU Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Pada ketika ini jenazah beliau masih dibilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.Jenazah beliau akan dibawa pulang ke rumahnya di Kg. Permatang Durian, Lunas Pdg Serai, Kedah untuk disemadikan lepas Solat Asar petang ini.

Semasa pilihanraya Umum ke 12 8 Mac tahun lalu beliau menjadi wakil calon kepada calon PKR YB N. Gobalakrishnan yang bertanding di Parlimen Padang Serai.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak. Semoga mencucuri rahmat keatas roh beliau. Amin

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons