Sabtu, 21 Mac 2009

DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH SERAH RM 74038 SUMBANGAN GAZA KEPADA YAYASAN AMAL


ALOR SETAR,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menyerahkan sumbangan Tabung Kemanusiaan Gaza sebanyak RM 74038.00 kepada Yayasan Amal semasa Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Yayasan tersebut pagi tadi. Serahan 'Mock cek' sumbangan telah disampaikan oleh ust Mohd Rosli Azmi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah kepada Yb Dr. Ismail Salleh, Exco Kerajaan Negeri Kedah bagi pihak Yayasan Amal.Sementara itu Satu Misi Kemanusiaan Yayasan Amal akan pergi ke Gaza pada bulan April ini.

Wang tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul melalui Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah . Sebelum itu pihak DPPNK telah menyerahkan kutipan Dana Kemanusiaan Gaza sebanyak RM 136,000.00 kepada PAS Pusat yang akan disalurkan kepada Umat Islam di Gaza.

Pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menngucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Gaza. Semoga Allah memberkati segala usaha yang dilakukan itu.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons