Khamis, 23 Oktober 2008

OPS BANTUAN BANJIR DI KEDAH

ALOR STAR- 22 OKTOBER

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah turun menjalankan operasi membantu mangsa banjir di Kedah semalam. Operasi bantuan banjir semalam telah melibatkan beberapa buah penempatan mangsa banjir di Anak Bukit, Kuala Kedah , Pokok Sena dan Jerai.

Operasi bantuan ini disertai oleh Ust. Musoddak Hj Ahmad, Ketua Pemuda PAS Kedah, YB Mohd Nasir Mustafa, ADUN Kubang Rotan, Ust. Mohd Rosli, Setiausaha DPPNK, Muhammad Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid, Setiausaha Akhbar Menteri Besar,Fadzil Baharum, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNK, Radhi Said, Timbakan Ketua Pemuda Kuala Kedah dan beberapa orang petugas dari Pemuda Negeri dan Kuala Kedah.

Antara barangan yang disumbangkan Beras, Gula, Kopi, minyak masak, biskut, sardine, ikan kering, air mineral, ubat nyamuk, lampin bayi , tuala wanita dan beberapa barangan lain yang diperlukan oleh mangsa banjir.

Kebanyakkan mangsa ditempat di sekolah-sekolah, Masjid dan Surau. Ada mangsa yang sudah dua hari berada di penempatan mangsa banjir.

Kronologi OPS BANJIR

3.00 petang - Operasi bantuan bermula dengan taklimat kepada petugas-petugas yang melibatkan kampong-kampung yang dilanda banjir oleh YB Mohd Nasir Mustafa di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Anak Bukit , Alor Pial Anak Bukit.

4.00 petang – Konvoi Unit Bantuan mangsa banjir bertolak ke Sekolah Kebangsaan Gunung yang menjadi penempatan banjir kepada hampir 300 orang. Ketua Pemuda DPPNK dan Setiausaha Politik MB Kedah telah menghulurkan sumbangan barangan makanan kepada mangsa banjir .

5.00 petang – Konvoi bertolak ke Sekolah Wawasan , Taman Aman Anak Bukit . Sumbangan diserahkan kepada mangsa disana.

5.30 petang - bertolak ke pasar awam Pekan Anak Bukit. Sebanyak 7 keluarga telah menjadikan bangunan pasar awam Pekan Anak Bukit sebagai penempatan kerana rumah telah ditenggelam air paras pinggang. Mereka menjadi ruang-ruang kosong pasar dan juga meja jualan peniaga sebagai tempat tidur.

6.00 petang - bertolak ke Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. Sebanyak 122 orang ditempatkan disitu. Ketua Pemuda DPPNK dan rombongan telah menyerahkan bantuan kepada mangsa.

6.35 petang - selepas selesai menunaikan solat Asar konvoi meneruskasn perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Kg. Bukit Hijau, Pokok Sena. Kampung ini terletak dalam DUN Bukit Lada telah menempatkan hampir 550 orang mangsa. Ini merupakan penempatan teramai setakat ini di Kedah yang mana mangsa terdiri daripada penduduk beberapa buah kampong yang dilanda banjir .

7.20 malam- Perjalanan diteruskan dan berhenti di Masjid Bukit Pinang untuk menunaikan solat Maghrib selepas itu meneruskan perjalanan Guar Chempedak.

8.00 malam- Konvoi tiba di Kota Sarang Semut untuk mengisi semula bekalan yang telah habis diagihkan dan menambah bekalan baru.

9.00 malam – Bertolak Titi Teras yang berada di kaki bukit Gunung Jerai. Seramai 170 orang mangsa telah ditempatkan di masjid Titi Teras yang terletak dalam DUN Guar Cempedak. YB Dr Hamdan Khalib , Exco Kerajaan Negeri Kedah sedang menanti ketibaan konvoi untuk turut serta menziarahi mangsa banjir. Bagi penduduk di sini ini merupakan perpindahan banjir kali kedua tahun selepas beberapa bulan lepas akibat rumah ditenggelami air.

9.30 malam- Konvoi meneruskan perjalanan ke Kg Teroi. Mangsa telah ditempatkan di Masjid Teroi.

10.00 malam – konvoi bertolak ke Kg. Selengkoh yang terletak dalam DUN Sungai Limau. Sebanyak 70 orang telah ditempatkan di Surau disitu. Semasa tiba air sudah melimpah di atas jalan raya dan sebuah kedai runcit berhadapan dengan surau telah dimasukki air.

10.30 malam – Konvoi berpatah balik semula ke Kg Teroi Dalam yang pada sebelah petang tadi terputus hubungan. Mangsa telah ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kg. Teroi Dalam.

11.00 malam – Operasi bantuan berakhir disitu. Konvoi serta petugas-petugas kembali semula ke PKWR Alor Pial Anak Bukit .

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons