Ahad, 19 Oktober 2008

Kejadian Murid tendang Guru- apa nak jadi....?

Kesan pendidikan sekular
Dilulus terbit pada Sunday, October 19 @ 17:00:00 MYT oleh AbuJihad
Analisis Isu Oleh shamatun

"

 17 Syawal 1429 H, kiranya hari raya yang ke-17, kita dikejutkan dengan satu kes yang melibatkan seorang pelajar perempuan yang didakwa menendang dan memukul seorang gurunya. Seorang pelajar perempuan yang berusia 14 tahun menendang dan memukul seorang guru perempuan yang berusia 27 tahun. Akhir Zaman ...


Pengalaman saya sebagai seorang pendidik, memang tak dinafikan wujudnya masalah-masalah yang berlaku antara saya dan pelajar. Lebih-lebih lagi ketika menghadapi pelajar yang bermasalah dari sudut akhlaknya. Tetapi setakat tak pernah lagi seorang pelajar pun mengeluarkan perkataan atau tulisan yang kesat macam "Gila Babi" apatah lagi memukul atau menendang saya.

Daripada isu yang berlaku sekarang, sudah sah, apabila pendidikan Islam tidak diterapkan secara sebaiknya ke dalam seseorang pelajar, dan apabila sistem pendidikan yang asasnya sekular akan menyebabkan seseorang pelajar itu akan bersikap seperti bukan manusia.

Sekarang ini, kebanyakkan ibubapa inginkan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Hampir setiap kali menjelang peperiksaan, akan menjemput ustaz, orang kampung, tetamu kehormat dan kaum kerabat semata-mata untuk melakukan solat hajat dan tahlil perdana untuk memastikan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Pelajar itu akan berjaya, tetapi berjaya dalam pelajaran sahaja. Yang tidak berjaya adalah tidak berjaya dalam akhlaknya, moralnya, tingkah lakunya dan peribadinya.

Daripada itulah, saya berpendapat bahawa sistem pendidikan yang ada di Malaysia sekarang MESTI ditukar kepada sistem pendidikan Islam yang sempurna. Perkara ini takkan berlaku melainkan kerajaan yang ada sekarang MESTI ditukar kepada kerajaan ISLAM.

Kepada ibubapa yang dihormati sekalian, jika kita inginkan kebahagian, ketenangan, keberkatan dan kesejahteraan berlaku ke atas anak-anak kita di masa akan datang samada di dunia dan akhirat, kita bertanggungjawab sepenuhnya agar memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan ISLAM yang sempurna sejak dari kecil lagi. Jangan di akhirat nanti, kita akan dipersoalkan oleh anak-anak kita disebabkan kita tidak mempedulikan kehidupan mereka di dunia yang akan musnah ini. Anak-anak ini diibaratkan sebagai "Kain Putih". Kita yang akan mencorakkannya. Samada kita inginkan kebaikkan atau keburukan ke atas mereka.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memastikan sistem pendidikan yang ada sekarang ini DITUKAR kepada sistem pendidikan ISLAM yang sempurna dengan cara MENUKAR kerajaan sekarang kepada kerajaan ISLAM.

Wassalam.
"

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons