Ahad, 7 September 2008

Mahathir kecewa hanya orang Melayu perlu minta maaf

Mahathir kecewa hanya orang Melayu perlu minta maaf
Irwan Muhammad Zain
Sat | Sep 06, 08 | 4:22:30 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa bila orang Melayu sekarang sering didesak meminta maaf dan dilabelkan sebagai perkauman (racist).
Iklan




Kekecewaan beliau itu diluahkan menerusi blognya, chedet.com akibat daripada sikap kerajaan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri-Menteri sibuk memohon maaf kepada orang Cina dan India kerana apa yang dikatakan kata-kata yang dianggap sebagai terlalu perkauman yang telah disebut oleh beberapa pemimpin Melayu.

Beliau turut menyelar sikap orang Melayu sekarang yang dikatakan amat takut jika mereka diberi label "racist".

Orang Melayu, kata Dr Mahathir, sanggup menulis dalam akhbar bahawa mereka bukan racist semata-mata kerana tidak mahu dilabel sebagai racist.

"Demikianlah ketakutan mereka sehingga apabila hak mereka di buruk-burukan dan diserang, mereka tidak berani mempertahankan diri mereka," kata beliau.

Lebih mengecewakan lagi kata beliau, bila permohonan maaf secara terbuka Timbalan Perdana Menteri dan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi ditolak oleh pemimpin-pemimpin kaum berkenaan dan menuntut agar individu yang dilabelkan perkauman memohon maaf.

Beliau juga menganggap tindakan Kerajaan menghantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan China kerana kononnya wanita rakyat negara tersebut telah ditelanjang oleh polis dan direkod dalam video sebagai antara peristiwa yang memalukan.

Beliau menegaskan jika orang bukan Melayu mengeluar perkataan atau catitan yang boleh ditafsir sebagai perkauman, orang Melayu tidak pernah menununtut supaya pihak berkuasa memohon maaf.

Dr Mahathir juga mempersoalkan memo Hindraf dan perbuatan Wee Meng Chee yang memperlekehkan Negaraku dengan mengguna melodi lagu kebangsaan itu tetapi lirik yang mempermainkan sembahyang dan azan sebagai sesuatu yang bukan hanya bersifat perkauman tetapi juga bernada hasutan.

Beliau mempersoalkan apakah Wee dan pemimpin Hindraf dikehendaki memohon maaf atas apa yang telah mereka lakukan.

"Sebenarnya Wee dipertahan oleh pemimpin-pemimpin parti Cina dan anggota Hindraf dibebaskan daripada tahanan dan ada yang dengan bebasnya bertanding dalam pilihan raya dan menang menjadi wakil rakyat," kata beliau lagi.

Dr Mahathir turut mempersoalkan sikap kerajaan yang dianggap berat sebelah, menyembunyi kata-kata racist Hindraf tetapi melapor dengan meluas apa yang dikatakan oleh pemimpin Melayu.

"Kenapakah Menteri keturunan India atau ketua-ketua kaum India tidak dikehendaki memohon maaf?" soal beliau.

Beliau secara peribadi berpendapat amatlah tidak adil jika satu pihak mendapat kebebasan sedangkan pihak yang ditohmah tidak boleh membuka mulut.

Dr Mahathir juga menjelaskan bahawa apa yang beliau perkatakan itu bukanlah bermaksud mahu mempertahankan Ketua Umno Bukit Bendera Dato' Ahmad Ismail malah beliau turut tidak bersetuju dengan tindakan tersebut tetapi hanya meluahkan rasa kecewanya terhadap keupayaan pemimpin Melayu hari ini menguruskan soal kaum di negara ini. - mns _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons