Ahad, 13 Julai 2008

Pemimpin PAS Pakatan Rakyat wajar tunjuk teladan baik

Izwan Abdul Halim
Sun | Jul 13, 08 | 2:30:09 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 13 Julai (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pemimpin PAS yang berada dalam Pakatan Rakyat agar menunjukkan contoh dan teladan kepada semua.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 100 Hari Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah Kompleks PAS Kedah di sini malam semalam.

ImageUjar Abdul Hadi, PAS merupakan parti yang menegakkan Islam bersama dengan Pakatan Rakyat dan PAS tetap mendukung cita-cita Islam.

Maka katanya, wajib kepada kepimpinan PAS menyatakan hukum Islam, pendirian Islam, ajaran Islam dan bukannya memaksa orang kepada Islam.

"Supaya orang bukan Islam tahu apa itu Islam dan supaya mereka tahu apa yang diamalkan oleh Umno itu bukan ajaran Islam.

"Saya minta supaya pimpinan PAS yang berada dalam Kerajaan Pakatan Rakyat menunjukkan sifat-sifat Islam, akhlak Islam, cara-cara Islam untuk menjadi contoh dan teladan. Bahawa kita adalah pemimpin yang istiqamah, yang konsisten, yang adil dan baik. Insya-Allah kita akan sama-sama dapat memelihara kerajaan kita dan menambahkan kekuatan kita,"ujarnya pada ceramah tersebut. - mks. _

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons