Isnin, 2 Jun 2008

Sekretariat DPPP anjur Persidangan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat 2008



Langkawi- 2 Jun 2008

Sekretariat Dewan Pemuda PAS Pusat Berjaya menganjurkan Persidangan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat 2008 di Langkawi pada 30,31 Mei & 1 Jun 2008. Persidangan yang diadakan di Langkawi Boutique Resort itu telah dihadiri oleh 150 orang Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan seluruh negara. Persidangan tersebut merupakan agenda tahunan Sekretriat Dewan Pemuda PAS Pusat bertujuan untuk mengukuhkan organisasi Dewan Pemuda PAS Kawasan dan Mengemaskini pentadbiran.

Diantara agenda yang menjadi keutamaan persidangan itu ialah bagaimana untuk menambah dan mengemaskini keahlian pemuda serta memahamkan seluruh setiausaha tentang peranan dan fungsi masing-masing. Walaugaimana pun persidangan kali ini tidak dihadiri oleh peserta dari Sabah dan Sarawak kerana faktor perjalanan yang jauh.

Pengerusi Sekretariat DPP Pusat Sdr. Ahmad Sabki Yusuf yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat menegaskan bahawa program kursus seumpama ini amat penting bagi memantapkan sistem pentadbiran Dewan Pemuda PAS diseluruh peringkat kerana setiausaha adalah nadi penggerak kepada kejayaan dan kelancaran kerja parti. beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang menghadiri persidangan ini kerana memberi kerjasama dan tumpuan yang baik .

Antara yang diperkenalkan dalam persidangan ini ialah Aplikasi Sistem Keahlian Pemuda (UKJ) dan sistem khidmat pesanan ringkas (SKOPN) .

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons