Isnin, 2 Jun 2008

Pembela lapor polis berhubung laporan akhbar China Press

Izwan Abdul Halim
Thu | May 29, 08 | 4:32:40 pm MYT

KUBANG PASU, 29 Mei (Hrkh) - Pertubuhan Belia Bersatu Malaysia atau singkatannya Pembela telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Jitra kelmarin berhubung satu laporan akhbar oleh China Press keluaran 23 Mei mengenai cubaan pihak Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) merobohkan kuil Hindu di Taman Osman Aroff, Jitra.

Laporan polis itu memetik laporan daripada akhbar berkenaan yang berbunyi 'Kejadian berlaku apabila Pegawai Penguat kuasa MDKP pergi ke tempat kejadian dengan lori dan jentolak dan apabila sampai ke tempat itu mereka bersedia untuk meroboh kuil Hindu itu dengan mengatakan bahawa mereka menerima arahan daripada Pegawai Daerah dan Menteri Besar (MB) Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak'.

Sehubungan itu, Presiden Pembela, Ir. Mohd Jamal Nasir bersama Naib Presidennya, Ooi Jin Taik membuat laporan polis menuntut satu penyiasatan dijalankan terhadap laporan ahkbar berkenaan.

Menurut Pembela, sekiranya dakwaan Pegawai Penguat kuasa itu adalah atas arahan MB Kedah, maka Pembela berharap satu tindakan disiplin atau undang-undang dikenakan kepada pegawai berkenaan kerana telah membuat kenyataan akhbar dengan niat memfitnah MB selaku ketua kerajaan sekali gus melanggar etika selaku penjawat awam iaitu Pegawai Kerajaan Negeri.

Pembela beranggapan bahawa tindakan itu merupakan suatu tindakan untuk memburukkan keperibadian dan imej Ustaz Azizan.

Sebaliknya, jika laporan yang disiarkan oleh akhbar itu palsu, Pembela menuntut supaya suatu pembetulan ke atas laporan itu disiarkan segera dalam tempoh 72 jam daripada laporan polis itu dibuat serta permohonan maaf bertulis kepada MB Kedah.

Pembela merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh 80 ahli, terdiri daripada pelbagai kaum dan profesyen. - mns

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons