Jumaat, 20 Jun 2008

MB lawat sekolah terbakar

Izwan Abdul Halim
Fri | Jun 20, 08 | 11:07:02 am MYT


ALOR STAR, 20 Mei (Hrkh) - Atas dasar keprihatinan, Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak tengah hari semalam melawat Sekolah Kebangsaan Suka Menanti yang terbakar biarpun dikatakan wujud larangan supaya Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat daripada memasuki premis sekolah.

Malah ada cakap-cakap mengatakan wujud juga larangan gambar beliau digantung di sekolah-sekolah.

Jelas kelihatan juga, para guru dan kakitangan sekolah seakan bimbang untuk mendekati beliau. Masing-masing sekadar memerhatian daripada jauh, hanya Guru Besar, Kasim Ali yang seolah-olah terpaksa menyambut kehadiran beliau.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 malam tadi, sebuah bilik pejabat, bilik mesyuarat, kelas dan stor musnah terbakar. Pihak bomba yang hadir 20 minit kemudian berjaya memadam kebakaran dalam masa satu jam.

Kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas. Bagaimanapun, jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Pada lawatannya itu, Ustaz Azizan melahirkan harapan agar Kerajaan Pusat mempercepatkan bantuan kepada sekolah berkenaan.

Menurutnya, Kementerian Pelajaran merupakan kementerian kedua menerima peruntukan besar selepas Kementerian Pertahanan.

Ujarnya, semakan ke atas bangunan lama juga perlu dilakuan khususnya pada pendawaian elektrik.

Penggunaan elektrik di sekolah-sekolah masa kini juga, menurut Ustaz Azizan berlaku penggunaan secara 'overloaded' dengan kewujudan makmal komputer dan seumpamanya.

"Ini memang peraturannya, selepas 15 tahun kena semak semula pendawaiannya," ujarnya.

Jelas dilihat ketika lawatan Ustaz Azizan itu, guru-guru tidak berani tampil untuk bersua dengannya.

Masing-masing sekadar memerhatian daripada jauh kecuali Guru Besar, Kasim Ali yang seolah-olah terpaksa menyambut kehadiran beliau.

Turut melawat sekolah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Ismail Salleh dan Ustazah Siti Ashah Ghazali. - mns_

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons