Rabu, 21 Mei 2008

LEBIH 2000 HADIRI MAJLIS MUNAJAT PAS KEDAH

Lebih 2,000 hadiri Majlis Munajat Kedah

Izwan Abdul Halim
Wed | May 21, 08 | 7:32:29 am MYT

KOTA SARANG SEMUT, 21 Mei (Hrkh) - Lebih 2,000 ahli dan penyokong PAS memenuhi Dewan Dato' Fadzil Mohd. Nor, Kompleks PAS Kedah sempena Majlis Ibtihal atau Munajat PAS Kedah yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah baru-baru ini.

ImageOrang ramai mulai hadir ke pekarangan kompleks seawal jam 11 malam dengan masing-masing melakukan ibadah mutlak secara bersendirian. Tepat jam 3.00 pagi, aturcara dimulakan dengan solat hajat berjamaah, bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa.

Setelah itu, aturcara diteruskan dengan solat tahajud dan witir berjamaah diimamkan oleh Ustaz Sayuti Zainol al-Hafiz diikuti doa munajat oleh Syeikh Mohamad Abdullah.

Selepas solat subuh yang diimamkan oleh Ustaz Masmawi Sahak al-Hafiz, aturcara diteruskan dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Dalam kuliahnya, Ustaz Azizan menghuraikan pengajaran dari surah al-Insyirah yang menerangkan kemudahan yang diperolehi setelah kesusahan.

Tegas beliau, kesusahan adalah jalan perjuangan yang mesti dilalui oleh perjuangan Islam sebagaimana yang dilalui oleh Nabi-nabi dan salafus soleh terdahulu.

ImageIbrah dari kisah Fathu Mekah turut dijelaskan beliau dengan harapan para pejuang PAS mempunyai sikap pemaaf. Beliau juga menyingkap pengajaran dari peristiwa Perang Hunain yang membawa kepada sokongan dan dokongan yang semakin teguh kepada Islam.

Sementara itu, Setiausaha BPPNK, Muhamad Yusuf Husin berkata, tujuan program itu diadakan adalah sebagai menyatakan kesyukuran kepada Allah SWT yang memberikan kemenangan kepada PAS dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Program ini sebagai menyatakan kesyukuran kita kepada Allah SWT serta memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kepada kita untuk mengisi kemenangan ini dengan dakwah Islamiyah yang menjadi matlamat perjuangan parti.

"Kita juga memohon daripada Allah agar diberi kekuatan kepada kita menempuh segala kerenah, mehnah dan tribulasi," jelas beliau.

Pada 31 Januari lalu sebelum Pilihan raya Umum Ke-12 (PRU-12) diadakan, PAS Kedah telah menganjurkan majlis seumpama ini dalam memohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan kemenangan. - mks.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons