Khamis, 22 Mei 2008

UNIT AMAL KEDAH AKAN HANTAR 150 ANGGOTA KE JAMBORI AMAL PUSAT 2008

Baling- 22 Mei 2008

Jabatan Amal Negeri Kedah akan menghantar seramai 150 orang anggota Unit Amal Kedah ke Jambori Amal Pusat 2008 yang akan diadakan di Kg. Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Peserta ke Jambori tersebut terdiri daripada anggota Unit Amal di 15 kawasan seluruh Kedah.

Menurut Pengarah Jabatan Amal Kedah, Ust Zelani Nik Chik, sekarang ini pihak Jabatan Amal Negeri sedang membuat beberapa persediaan ke Jambori tersebut yang meliputi persiapan peralatan, khemah, peserta dan juga kenderaan ke sana. Untuk menjayakan matlamat ke Jambori itu Unit Amal memerlukan kos perbelanjaan yang dianggarkan hampir RM8000.00.

Tambahnya lagi, pihaknya sekarang sedang mengumpulkan dana ke jambori. oleh itu beliau amat mengharapkan jika ada sebarang sumbangan. sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Tabung Sukarelawan Pemuda Kedah No akaun 2011010058915- Bank Islam Alor Star atau berhubung terus dengan beliau di No 013 5191260.

0 komentar:

SIARAN LANGSUNG TV PAS KEDAH

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | fantastic sams coupons